MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN MENYATAKAN KESANGGUPAN UNTUK BEKERJASAMA DEMI KESELAMATAN YANG MAPAN
// LAPORAN OLEH CLAIRE YEOH
// GAMBAR OLEH CLAIRE YEOH & ANDREW TAN DARI BANGKOK, THAILAND
Menteri-menteri Pertahanan dari 10 negara ASEAN menandatangani Deklarasi Bersama Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-13 tentang Keselamatan Mapan pada 11 Julai semasa ADMM ke-13 di Bangkok, Thailand.
Deklarasi Bersama menggariskan komitmen negara-negara ASEAN untuk menggalakkan kerjasama keselamatan yang mampan. Para menteri pertahanan juga bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau dan membincangkan keperluan untuk memperdalam kerjasama untuk menangani cabaran bersama semasa ADMM.
Bercakap kepada media selepas mesyuarat itu, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memuji kemajuan ASEAN yang baik sejak penubuhannya.
Beliau berkata, "Selama bertahun-tahun, kita telah menyediakan lebih banyak inisiatif dan itu merupakan petanda yang baik ... gambaran keseluruhannya adalah bahawa ini adalah kelompok keselamatan yang menangani cabaran yang dihadapi oleh setiap negara atau sesebuah negara dan setiap tahun menyebarluaskan langkah-langkah untuk menangani mereka dan saya fikir ia adalah satu petanda yang baik untuk ASEAN. "
Para pemimpin juga mengakui pentingnya inisiatif yang diterima pakai oleh ADMM pada tahun-tahun kebelakangan ini, seperti langkah-langkah membangun keyakinan yang meningkatkan perkongsian maklumat dan membantu mengurangkan risiko salah perhitungan.
Ini termasuk Terma Rujukan bagi inisiatif ASEAN Our Eyes, platform kerjasama untuk pertukaran maklumat; dan Garis Panduan Interaksi Maritim, inisiatif untuk memudahkan pengurusan untuk meleraikan ketegangan yang boleh timbul di laut yang diterima pakai pada tahun 2017. Para pemimpin juga bersetuju untuk mengembangkan Infrastruktur Komunikasi Langsung ASEAN (ADI), yang diguna pakai pada tahun 2014, kepada negara-negara ADMM-PLUS.
Dr Ng menambah bahawa dengan bekerjasama, inisiatif-inisiatif ini memberi manfaat kepada rakyat negara-negara anggota ASEAN. "Pada akhirnya, semua yang dilakukan oleh agensi-agensi keselamatan adalah untuk rakyat mereka sendiri sama ada untuk melindungi hak-hak mereka, nyawa mereka, atau mata pencarian mereka.
"Dan lebih banyak lagi yang kita boleh selaraskan, semakin banyak kerjasama antara kita, saya fikir semakin ramai rakyat ASEAN, rakyat kita di negara masing-masing, akan mendapat manfaat," katanya.
Semasa di Thailand, menteri-menteri pertahanan ASEAN juga bertemu Perdana Menteri Thailand (JEN) Prayut Chan-o-cha sebelum ADMM. Di samping itu, Dr Ng bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pertahanan JEN Prawit Wongsuwan.