IMBAS KEMBALI: 5 RSN PERTAMA

05may21_photo1copy https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05may21_photo1copy.jpg?sfvrsn=4c2af221_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IMBAS-KEMBALI-5-RSN-PERTAMA
IMBAS KEMBALI: 5 RSN PERTAMA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IMBAS-KEMBALI-5-RSN-PERTAMA
05 May 2021 | MILESTONES

IMBAS KEMBALI: 5 RSN PERTAMA

Demi memperingati ulang tahun ke-54 Tentera Laut Republik Singapura (RSN) pada 5 Mei, berikut adalah beberapa peristiwa "pertama" yang anda mungkin belum tahu.

KISAH SHERLYN QUEK // FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS & IHSAN RSN

RSS Sea Wolf melepaskan peluru berpandu anti-kapal Gabriel pada Mac 1974 menandakan kemasukan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) ke era peluru berpandu.
English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

1) Tentera Laut Republik Singapura mengukir sejarah setelah menjadi Tentera Laut pertama di Asia Tenggara yang berjaya melepaskan peluru berpandu anti-kapal.

Kapal Peluru Berpandu kelas Sea Wolf (MGB) yang ditempah pada pertengahan 1970-an, merupakan kapal perang terpantas RSN dan dapat mencapai kelajuan terpantas lebih daripada 30 knot (56km/j).

Lebih-lebih lagi, kapal-kapal bersenjata ini telah dipertingkatkan dengan pelbagai senjata sejak bertahun-tahun – daripada peluru berpandu anti-kapal Gabriel dan senjata Bofors kepada peluru berpandu permukaan-ke-permukaan Harpoon dan peluru berpandu permukaan-ke-udara Mistral.

Setelah berkhidmat untuk Singapura selama lebih dari 30 tahun, armada Tentera Laut berjumlah enam MGB telah ditamatkan pada 13 Mei 2008, diambil alih oleh frigat kelas Formidable sebagai kapal serangan utama RSN.

Skyvan bertindak umpama "mata di langit" Tentera Laut dari awal 1970-an sehingga 1993. [Foto: Facebook RSAF]

2) Penerbangan pertama RSN ke langit pada 1975.

Pada April 1975, SH-7 Skyvan menerbangkan misi pengawasan udara maritim (MAS) pertama, yang berfungsi sebagai "mata di langit" bagi meningkatkan keupayaan pengintipan Tentera Laut.

Enam anak kapal yang terdiri daripada gabungan Tentera Udara Republik Singapura (juruterbang, juruterbang bersama, pemandu arah dan loadmaster) serta warga kerja RSN (Penyelaras Maklumat Tindakan dan operator radar).

Pesawat-pesawat lasak ini mempunyai kelajuan 150 knot (278kmh), kemampuan ketinggian sekitar 9,840 kaki (3km) dan daya tahan 4.5 jam di udara.

Diperoleh pada 1973, Skyvans binaan Britain pada awalnya, digunakan khususnya untuk misi pengangkutan. Namun, mereka memainkan peranan yang lebih besar secara beransur-ansur dalam MAS, melakukan rondaan di perairan Singapura untuk memantau kapal-kapal yang mencurigakan dan meninjau aktiviti maritim.

Pada 1993, mereka digantikan oleh Pesawat Peronda Maritim Fokker F-50 setelah berkhidmat selama hampir 20 tahun.

RSS Conqueror yang merupakan kapal selam pertama yang kembali ke Singapura, belayar masuk ke perairan Singapura pada 2 Mei 2000. [Foto fail]

3) Tentera Laut Republik Singapura memperoleh kapal selam pertamanya pada 1995

Keempat-empat kapal selam kelas Challenger RSN yang dibeli daripada Royal Sweden Navy (RSwN), bersenjatakan torpedo berat. Walaupun agak kecil dan tangkas, para pejuang selinap laut dalam ini dapat bergerak dengan kelajuan 16 knot (30km/j) dalam air.

Pada 1996, sekumpulan perintis 12 anggota Tentera Laut dihantar untuk menjalani latihan oleh RSwN untuk belajar tentang pengetahuan asas dan menimba pengalaman dalam mengendalikan kapal-kapal ini, sebelum pulang untuk membina keupayaan kapal selam Singapura.

Menteri Pertahanan pada ketika itu, Dr Tony Tan melancarkan kapal selam Singapura yang pertama, RSS Challenger, di Kockums Shipyard di Malmo, Sweden pada 26 Sep 1997.

RSS Challenger dan RSS Centurion telah ditamatkan perkhidmatannya pada 2015 setelah berkhidmat selama hampir dua dekad, manakala dua kapal terakhir – RSS Conqueror dan RSS Chieftain – akhirnya akan digantikan oleh kapal-kapal selam kelas Invincible yang baharu.

LTC (Bersara) Gill (barisan pertama, kedua dari kanan) menerima momento semasa perayaan ulang tahun RSN ke-50 pada Hari Tentera Laut 2017.

4) LTC (Bersara) Jaswant Singh Gill merupakan komandan Tentera Laut Singapura yang pertama

Bendera tentera laut Angkatan Sukarelawan Laut Singapura (SNVF) pertama kali dikibarkan di Telok Ayer Basin pada 5 Mei 1967, menandakan kelahiran Tentera Laut Singapura.

Berucap di upacara bersejarah itu, Leftenan Kolonel (LTC) (Bersara) Jaswant Singh Gill – ketika itu Pegawai Eksekutif SNVF – berkata: "Kini bendera putih baharu bagi negara muda kita akan berkibar di sini dan di kapal kita, saya berharap anda semua akan sedar dan ingat bahawa reputasinya terletak dalam tangan anda.

"Dan anda akan bertekad untuk melakukan yang terbaik untuk memastikan ia akan selalu dipandang dengan mulia dan hormat di mana sahaja ia berkibar."

LTC (Bersara) Gill, yang bersara dari tentera laut pada 1972, juga bertugas dalam beberapa posisi pertahanan utama lain di Angkatan Bersenjata Singapura, seperti Pegawai Pemerintah (CO) Kem Pulau Blakang Mati, dan komandan Pangkalan Udara Tengah dan Pangkalan Udara Changi.

Beliau meninggal dunia pada Disember 2020 pada usia 97 tahun.

Meneroka perairan baharu: KOL Goh telah dinaikkan pangkat untuk menjadi pegawai tentera laut wanita yang tertinggi dalam Tentera Laut, dan memerintahkan kapal perang maju seperti RSS Supreme.

5) KOL Jerica Goh adalah pegawai pemerintah wanita pertama frigat RSN, dan dinaikkan pangkat menjadi kolonel wanita pertama di Tentera Laut.

Pada 2013, LTC Goh ketika itu mengambil alih pucuk pimpinan kapal perang RSS Supreme dan menjadi Pegawai Pemerintah frigat wanita yang pertama. Tiga tahun kemudian, beliau menjadi pegawai tentera laut berpangkat tertinggi apabila dinaikkan pangkat menjadi Kolonel (KOL), di mana beliau meneraju pembangunan latihan untuk RSN.

Tentang apa yang beliau gemari ketika bekerja di RSN, KOL Goh berkata: "Pengalamannya agak berbeza di mana-mana bahagian dalam Tentera Laut. Anda bekerja dengan pasukan yang berlainan dan anggota-anggota yang mempunyai kemahiran yang berbeza.

Tetapi semangat kekeluargaan Tentera Laut yang ditemuinya adalah sama di mana-mana jua."

Sepanjang kerjayanya selama 28 tahun di Tentera Laut, beliau telah mengetuai operasi pencarian pesawat Indonesia AirAsia QZ8501 yang hilang pada 2014 sebagai Pegawai Pemerintah RSS Supreme, dan telah dikerahkan sebanyak dua kali ke Teluk Aden untuk operasi mencegah pelanunan.

Pelopor berusia 47 tahun kini sedang menjalani lawatan staf sebagai Pengarah Nexus, sebuah jabatan di bawah Kementerian Pertahanan yang bertujuan untuk mengukuhkan komitmen orang awam terhadap pertahanan melalui inisiatif Pertahanan Total dan Pendidikan Negara.

Suggested Reading
Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
MILESTONES
05 May 2021

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
MILESTONES
05 May 2021

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
MILESTONES
05 May 2021

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
MILESTONES
05 May 2021

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.

ENCIK CHAN MELIHAT LATIHAN KESEDIAAN OPS DALAM LAWATAN PERTAMA KE UNIT SAF SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN
MILESTONES
05 May 2021

Semasa lawatan pertamanya sebagai Menteri Pertahanan, Encik Chan memerhatikan latihan yang dijalankan oleh unit kesediaan tinggi di seluruh Perkhidmatan, serta latihan RSAF yang berterusan.

Feature
NDP 2025 MENJANJIKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG LEBIH BESAR, LEBIH BAIK UNTUK SG60
MILESTONES
05 May 2021

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula dari Padang hingga Marina Bay dan kawasan kejiranan, dengan kegemaran orang ramai seperti Kontinjen Kenderaan dan sorotan baharu seperti Lompatan Perpaduan oleh Singa Merah dan penyelam tentera laut.

MENCARI KEKUATAN DALAM KESEORANGAN
MILESTONES
05 May 2021

3SG Bai Hong Rui berkongsi kisahnya kembali ke Singapura untuk NS dan bagaimana dia menghadapi perjuangan untuk memulakan perjalanan yang tidak dikenalinya sendiri.

Feature
“IBU HARIMAU” DALAM 203 SQN RSAF
MILESTONES
05 May 2021

ME4 Lucy Apparajoo mungkin tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka di bawah tanggungjawabnya, tetapi dia menjalinkan hubungan rapat dengan mereka melalui penjagaan dan belas kasihannya.

Feature
Melawan raksasa-G
MILESTONES
05 May 2021

Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
MILESTONES
05 May 2021

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.