Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07sep20-photo18985eb1a-6fd4-40a3-8b5d-24048b861ab4.jpg?sfvrsn=381dc6f3_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/HELIKOPTER-SUPER-PUMA-RSAF-MENANDAKAN-35-TAHUN-IA-BERADA-DALAM-PERKHIDMATAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/HELIKOPTER-SUPER-PUMA-RSAF-MENANDAKAN-35-TAHUN-IA-BERADA-DALAM-PERKHIDMATAN
HELIKOPTER SUPER PUMA RSAF MENANDAKAN 35 TAHUN IA BERADA DALAM PERKHIDMATAN
07 Sep 2020 | MILESTONES

HELIKOPTER SUPER PUMA RSAF MENANDAKAN 35 TAHUN IA BERADA DALAM PERKHIDMATAN

BARANG LAMA NAMUN TETAP BERHARGA: KETIKA SUPER PUMA TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA MENGINJAK 35 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN, BERIKUT ADALAH BEBERAPA FAKTA MENGENAI HELIKOPTER INI DAN OPERASI YANG DISERTAI SEPANJANG PERKHIDMATANNYA.

Diperkenalkan pada 1985, Super Puma menyediakan SAF dengan keupayaan pengangkutan sederhana dan mengambil alih tugas SAR daripada helikopter Bell 212 dan UH-1H.

1) RSAF menerima Super Puma pada Oktober 1985.

Diperoleh untuk memenuhi permintaan operasi RSAF, helikopter AS-332 Super Puma beroperasi sepenuhnya menjelang 1986.

Sejak itu, ia menjadi sumber utama bantuan udara untuk pengangkutan tentera, pembekalan semula di samping juga operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Super Puma ditempatkan di bawah Skuadron 125 dan 126, yang kedua-duanya terletak di Pangkalan Udara Sembawang.

Super Puma melakukan Lintas Terbang Hormat Bendera Negara NDP dari 1986 hingga 2000.

2) Dahulu digunakan untuk menerbangkan bendera negara semasa Perarakan Hari Kebangsaan (NDP).

Lintas Terbang Hormat Bendera Negara membuat penampilan pertamanya pada 1970, dan dilakukan oleh helikopter Aerospatiale SA316B Alouette III dari Skuadron 120. Dahulu, saiz bendera berukuran 3m x 2m.

Pada 1986, helikopter Super Puma mengambil alih tugas mengibarkan bendera dan membawa bendera yang berukuran hampir 30m x 20m. Ini kemudiannya mencipta rekod dunia ketika itu untuk bendera negara terbesar yang diterbangkan.

Kali terakhir Super Puma menerbangkan bendera negara ialah di NDP 2000, yang kemudiannya diambil alih oleh CH-47D Chinook pada tahun yang seterusnya.

RSAF memperingati 20 tahun latihan di Oakey pada 2018.

3) Anak-anak kapal Super Puma dilatih di Pusat Latihan Oakey di Queensland, Australia.

Super Puma mula tiba di Pusat Penerbangan Tentera Oakey pada 1 Sep 1998 yang membentuk Pusat Latihan Oakey, di bawah perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan Australia pada 1996.

Perjanjian Oakey membolehkan RSAF membuat pengerahan sehingga 16 helikopter untuk melatih juruterbang di kawasan itu yang mempunyai ruang udara latihan 17 kali ganda saiz Singapura. Ini memberikan juruterbang peluang untuk menajamkan kemahiran mereka dan menjalankan latihan penerbangan yang realistik, di samping juga menguatkan integrasi udara darat dengan Angkatan Tentera Singapura.

Pada 2012, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Menteri Pertahanan Australia ketika itu Stephen Smith menandatangani perjanjian memanjangkan latihan helikopter RSAF untuk selama 15 tahun lagi sehingga 2027.

Mangsa diangkat dengan win ke Super Puma dalam misi SAR yang disimulasikan semasa Latihan Wallaby 2019.

4) Super Puma merupakan aset RSAF pertama yang menyertai Latihan Wallaby.

Sejak 1993, ia menjadi teras kepada latihan, menjalankan ikatan misi menyokong aktiviti latihan Angkatan Tentera Singapura seperti pengangkutan tentera, pemindahan perubatan oleh helikopter dan SAR.

Super Puma menjalankan pergerakan elak dengan tembakan suar, sebagai langkah balas terhadap misil permukaan ke udara, semasa Latihan Wallaby 2017.

Landskap dan ruang udara luas di Kawasan Latihan Shoalwater Bay membolehkan juruterbang mengasah kemahiran mereka menerbangkan pesawat, juga membolehkan pakar anak kapal udara berlatih menembak dengan mesingan yang ditempatkan di pintu kabin. Ini merupakan taktik yang digunakan untuk menghujankan tembakan ke atas pasukan musuh apabila helikopter sedang mengangkat aset tentera.

Askar-askar SOTF menggempur markas pengganas dari darat dan udara semasa Latihan Keselamatan Maritim dan Mencegah Keganasan ADMM-Plus 2016.

5) Helikopter-helikopter ini telah menyertai beberapa latihan tempatan dan luar negara bagi mencegah keganasan.

Untuk menangani ancaman keganasan dan maritim yang semakin meningkat, Super Puma telah mengembangkan suite operasi mereka dengan mengangkut askar-askar Pasukan Tugas Operasi Khas (SOTF) untuk penyisipan askar, menyediakan mereka dengan mobiliti yang lebih besar bagi penyisipan pantas melalui udara.

Contohnya, pasukan SOTF berpaut pada atap tempat persembunyian "pengganas" di samping juga kapal yang "dirampas" dari Super Puma semasa Latihan Keselamatan Maritim dan Mencegah Keganasan ADMM-Plus Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada 2016.

Ketika melindungi perairan Singapura, Super Puma juga digunakan sebagai pengiring di atas bagi melindungi kargo kapal-kapal perdagangan, sebagaimana yang disaksikan pada 2012. Latihan ini memupuk perhubungan bekerja yang kukuh dalam kalangan agensi kebangsaan yang berbeza bagi memastikan kapal tiba dengan selamatnya di pelabuhan.

Anggota win dan mangsa simulasi sedang diangkat ke Super Puma yang sedang berlegar di udara sebagai sebahagian daripada SAREX MALSING.

6) Super Puma mengambil bahagian dalam Latihan Mencari dan Menyelamat (SAREX) MALSING buat pertama kalinya pada 2019.

Latihan dua hala antara RSAF dan Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) lima hari ini membabitkan anak-anak kapal udara, darat serta pasukan perubatan SAR dari kedua-dua pasukan. Ini merupakan pertama kali latihan yang mula dianjurkan pada 2018 menampilkan helikopter Super Puma dan helikopter EC725 RMAF dalam senario SAR.

Anak kapal udara RSAF sedang mencari mangsa terselamat sebagai sebahagian daripada simulasi kemalangan kecil.

Selain daripada merancang dan melaksanakan operasi mencari dan pemindahan perubatan aerial bersama, anggota-anggota juga bertukar pengetahuan profesional dan membincangkan bidang kepentingan bersama.

Pada 16 Jan 20, anak-anak kapal Rescue 10 menyelamatkan empat orang dalam misi menyelamat berganda, memindahkan dengan selamat mangsa-mangsa ke Hospital Besar Singapura.

7) Super Puma berwarna menarik merah putih dikhaskan untuk misi SAR.

Berwarna merah dan putih, helikopter ini membentuk sebahagian daripada pasukan SAR 24/7 yang dipanggil Rescue 10.

Sesetengah daripada misi menyelamat yang terkenal termasuk insiden perlanggaran USS John McCain pada Ogos 2017 dan, paling terkini, operasi menyelamat berganda yang membabitkan anak kapal yang terbakar teruk dari kapal tangki dan tiga lelaki yang terkandas di laut selepas kapal layar mereka terbakar pada Januari tahun ini.

 

Anak kapal Rescue 10 bersedia 24/7 untuk kecemasan sepanjang masa.

8) Pasukan Rescue 10 terdiri daripada enam orang anggota.

Sebaik sahaja penggera diaktifkan, anak-anak kapal – yang biasanya terdiri daripada juruterbang; juruterbang bersama; operator win; anggota win; doktor dan medik – boleh berlepas terbang kurang dari 15 minit.

Juruterbang dan juruterbang bersama bertanggungjawab menerbangkan helikopter, menandakan lokasi tepat bagi operasi menyelamat, dan memulakan komunikasi dengan kapal di mana mangsa berada. Jika mereka mempunyai masa, mereka boleh melayari Internet untuk maklumat bagi jenis kapal dalam misi yang dijalankan bagi mengenal pasti tempat win yang sesuai.

Anggota win mengangkat mangsa ke atas helikopter.

Sebaik sampai ke kapal, anggota win akan diturunkan dengan win bersama-sama doktor untuk menyelamatkan mangsa. Operator win akan memastikan ia diikat kepada kabin dengan selamat sebelum mengangkat mereka ke atas dengan selamat.

Sebaik berada di atas helikopter, doktor dan medik akan mengambil alih dan memberikan rawatan sementara sambil mangsa dikejarkan ke hospital terdekat.

Suggested Reading
Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
MILESTONES
07 Sep 2020

She used to serve on the Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
MILESTONES
07 Sep 2020

She used to serve on the

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
MILESTONES
07 Sep 2020

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
MILESTONES
07 Sep 2020

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.

ENCIK CHAN MELIHAT LATIHAN KESEDIAAN OPS DALAM LAWATAN PERTAMA KE UNIT SAF SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN
MILESTONES
07 Sep 2020

Semasa lawatan pertamanya sebagai Menteri Pertahanan, Encik Chan memerhatikan latihan yang dijalankan oleh unit kesediaan tinggi di seluruh Perkhidmatan, serta latihan RSAF yang berterusan.

Feature
NDP 2025 MENJANJIKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG LEBIH BESAR, LEBIH BAIK UNTUK SG60
MILESTONES
07 Sep 2020

She used to serve on the Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula dari Padang hingga Marina Bay dan kawasan kejiranan, dengan kegemaran orang ramai seperti Kontinjen Kenderaan dan sorotan baharu seperti Lompatan Perpaduan oleh Singa Merah dan penyelam tentera laut.

MENCARI KEKUATAN DALAM KESEORANGAN
MILESTONES
07 Sep 2020

3SG Bai Hong Rui berkongsi kisahnya kembali ke Singapura untuk NS dan bagaimana dia menghadapi perjuangan untuk memulakan perjalanan yang tidak dikenalinya sendiri.

Feature
“IBU HARIMAU” DALAM 203 SQN RSAF
MILESTONES
07 Sep 2020

She used to serve on the ME4 Lucy Apparajoo mungkin tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka di bawah tanggungjawabnya, tetapi dia menjalinkan hubungan rapat dengan mereka melalui penjagaan dan belas kasihannya.

Feature
Melawan raksasa-G
MILESTONES
07 Sep 2020

She used to serve on the Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
MILESTONES
07 Sep 2020

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.