Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/2bfc39f6-5a2f-47ef-976a-5d3ce9be7f25/01-csl_88487dfbf379-733f-4769-9e43-e59aa2877756.jpg?sfvrsn=84fb19a3_1 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/25nov24_news1_ms
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/25nov24_news1_ms
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
25 Nov 2024 | MILESTONES

TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.
//CERITA OLEH JOSHUA DE SOUZA /FOTO OLEH PERINTIS & TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA 
Diperolehi daripada Tentera Laut Diraja Sweden pada tahun 1995, kapal selam kelas Challenger merupakan kapal selam kelas pertama dlam sejarah Singapura. 

Pada petang 25 Nov di Pangkalan Tentera Laut Changi, satu majlis penamatan telah diadakan ketika matahari terbenam untuk RSS Conqueror dan RSS Chieftain , kapal selam terakhir daripada kelas kapal selam pertama Singapura ini.

Kedua-duanya adalah antara empat kapal selam kelas Challenger yang mula beroperasi pada tahun 2000-an, membuka jalan dalam pembangunan keupayaan operasi kapal selam bagi Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

Dua kapal selam lain - RSS Challenger dan RSS Centurion – ditamatkan perkhidmatan lebih awal pada 2015.  

Majlis yang dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Muda (RADM) Sean Wat, menandakan peralihan terakhir kapal selam perintis kelas Challenger RSN kepada kapal selam kelas Invincible terkini (dua daripadanya mula beroperasi sepenuhnya pada awal September lalu).

Langkah Pertama Singapura ke Dunia Kapal Selam

RSN memperoleh kapal selam kelas Sjoormen pada tahun 1995, sebagai sebahagian daripada pakej latihan dengan Tentera Laut Diraja Sweden.

Ketika bercakap kepada media pada September 1995, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika itu Dr Tony Tan berkata: “Kelebihan pakej latihan ini ialah ia akan memberi kita pengetahuan sebenar tentang tentang cara mengendalikan kapal selam dan bagaimana ia boleh menambah keupayaan kita yang sedia ada .” 

Kumpulan perintis krew kapal selam RSN dihantar untuk berlatih dengan Tentera Laut Diraja Sweden pada tahun 1996 menggunakan kapal selam kelas Sjoormen. 

Ini diikuti dengan pemerolehan tiga lagi kapal pada 1997. Empat armada kapal itu menjalani program pengubahsuaian dan penyesuaian untuk beroperasi di perairan tropika Singapura, sebelum dinamakan semula sebagai kapal selam kelas Challenger.

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditauliahkan pada Julai 2000 dan Ogos 2002, menjadikan ia dua kapal selam pertama Singapura yang berkhidmat dalam RSN. 

Pada 5 Mac 2002, RSS Chieftain (gambar) kembali ke perairan Singapura dari Sweden untuk menyertai Skuadron ke-171 RSN. 

Belajar Operasi Kapal Selam

Kapal selam kelas Challenger ini mampu mencapai kelajuan sehingga 10 knot di permukaan, dan 16 knot apabila menyelam.

Dioperasikan oleh 28 anak kapal, kapal selam itu sepanjang 51m dan dilengkapi dengan torpedo berat. 

Pengalaman yang diperoleh oleh Skuadron Ke-171 – skuadron kapal selam RSN– daripada latihan dengan kapal selam kelas Challenger ini menjadi panduan ketika mereka memperoleh kapal selam kelas Archer daripada Tentera Laut Diraja Sweden pada tahun 2005, dan juga dalam mereka bentuk kapal selam kelas Invincible baharu yang dibina khas untuk perairan Singapura.

Kolonel (Bersara) Cyril Lee, salah submariner pertama RSN, berkata: "Daripada hanya membeli kapal selam siap, kepada menentukan keperluan untuk memenuhi operasi khusus dalam tempoh 10 tahun, tiada tentera laut lain yang saya tahu mampu mencapai lonjakan seperti ini. Dan ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh RSN .” 

Kapal selam Singapura yang cekap dan senyap, walaupun biasanya beroperasi di dasar laut, pernah muncul untuk tontonan umum – rakyat Singapura yang teruja berpeluang melihat RSS Conqueror ketika ia terlibat dalam Perarakan Maritim Hari Kebangsaan pada tahun 2000!

Orang ramai juga boleh melihat dengan lebih  dekat sebahagian daripada kapal selam RSS Centurion yang telah ditamatkan perkhidmatannya . Siripnya dipaparkan di Muzium Tentera Laut sebagai sebahagian daripada paparan kapal selam. 

Lihat paparan kapal selam RSS Centurion, yang terletak betul-betul di luar Muzium Tentera Laut. [Foto: Defence Collective Singapore] 

Permulaan baru

Apabila lembaran ini ditutup untuk kapal selam kelas Challenger, satu lagi bab baharu bermula untuk Sekolah Latihan Kapal Selam (STS). Logo baharu STS telah dilancarkan pada 25 Nov oleh RADM Wat.

Dinamakan sebagai penghormatan kepada RSS Challenger , STS ialah fasiliti latihan sehenti yang dilengkapi simulator termaju yang membolehkan latihan individu dan pasukan dalam persekitaran yang selamat tetapi realistik. 

Ketika berucap pada majlis itu, Panglima Armada RADM Kwon Hon Chung berkata: “Di atas kapal selam kelas Challenger inilah kami menyelam ke dunia bawah air kira-kira 29 tahun yang lalu dan mengatasi pelbagai cabaran.

"Daripada permulaan yang sederhana ini, kapal selam perintis RSN telah memperluaskan sempadan  operasi kapal selam dengan keazaman dan ketabahan, dan kini yakin mengendalikan platform tercanggih." 

Suggested Reading
Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
MILESTONES
25 Nov 2024

She used to serve on the Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
MILESTONES
25 Nov 2024

She used to serve on the

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
MILESTONES
25 Nov 2024

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
MILESTONES
25 Nov 2024

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.

ENCIK CHAN MELIHAT LATIHAN KESEDIAAN OPS DALAM LAWATAN PERTAMA KE UNIT SAF SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN
MILESTONES
25 Nov 2024

Semasa lawatan pertamanya sebagai Menteri Pertahanan, Encik Chan memerhatikan latihan yang dijalankan oleh unit kesediaan tinggi di seluruh Perkhidmatan, serta latihan RSAF yang berterusan.

Feature
NDP 2025 MENJANJIKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG LEBIH BESAR, LEBIH BAIK UNTUK SG60
MILESTONES
25 Nov 2024

She used to serve on the Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula dari Padang hingga Marina Bay dan kawasan kejiranan, dengan kegemaran orang ramai seperti Kontinjen Kenderaan dan sorotan baharu seperti Lompatan Perpaduan oleh Singa Merah dan penyelam tentera laut.

MENCARI KEKUATAN DALAM KESEORANGAN
MILESTONES
25 Nov 2024

3SG Bai Hong Rui berkongsi kisahnya kembali ke Singapura untuk NS dan bagaimana dia menghadapi perjuangan untuk memulakan perjalanan yang tidak dikenalinya sendiri.

Feature
“IBU HARIMAU” DALAM 203 SQN RSAF
MILESTONES
25 Nov 2024

She used to serve on the ME4 Lucy Apparajoo mungkin tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka di bawah tanggungjawabnya, tetapi dia menjalinkan hubungan rapat dengan mereka melalui penjagaan dan belas kasihannya.

Feature
Melawan raksasa-G
MILESTONES
25 Nov 2024

She used to serve on the Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
MILESTONES
25 Nov 2024

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.