MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/2bfc39f6-5a2f-47ef-976a-5d3ce9be7f25/1_2img_6348.jpg?sfvrsn=e816faef_1 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/21nov24_news1_ms
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/21nov24_news1_ms
MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
21 Nov 2024 | PEOPLE

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT

// KISAH OLEH DONAHUE FOO / FOTO OLEH XAVIER LOH & LOH YU ZE & IHSAN 3SG RESHMA 

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF. 

3SG Reshma adalah salah seorang daripada 877 pakar baharu SAF – walaupun perjalanan itu penuh dengan kesukaran, dia bertekad untuk menghormati ingatan arwah ibunya dan tidak pernah berputus asa. 

Apabila Sarjan Ketiga (3SG) Reshma d/o Pulanthiradas kehilangan ibunya pada 24 Ogos, kesedihan atas kehilangan itu sangat mendalam.

Ibunya telah bertarung dengan kanser kolon Tahap 4 selama lima tahun, tetapi penyakit itu merebak ke bahagian tubuh lain pada awal tahun ini, menyebabkan kegagalan organ.

Walaupun menghadapi kesukaran ini, ibunya telah menjadi sumber dorongan yang teguh, membimbing 3SG Reshma melalui saat-saat paling sukar semasa Latihan Asas Ketenteraan (BMT).

“Setiap kali saya menelefon ke rumah sambil menangis, ibu saya akan selalu berkata, 'Kamu boleh melakukan ini. Jangan berputus asa.' Kata-katanya memberi saya kekuatan untuk terus maju.” 

Pada perbarisan tamat latihan BMT 3SG Reshma (tengah), dia merakamkan gambar yang bermakna bersama ibunya (kiri), yang sokongannya menjadi pendorong utama untuk beliau melalui hari-hari yang paling sukar, dan sarjan platunnya 1SG Natalie Keong (kanan). 

Terinspirasi untuk Terus Maju

Ibu 3SG Reshma meninggal dunia sejurus sebelum wanita berusia 23 tahun itu hendak memulakan kursus kepimpinannya semasa Penggal Profesional dalam Kursus Kadet Pakar.

Walaupun beliau merasa kehilangan dan kekosongan, dia bertekad untuk menghormati ingatan arwah ibunya dengan menamatkan kursus tersebut.

"Ada masanya saya mahu berputus asa, tetapi saya teringat kata-kata ibu saya dan teruskan usaha," kata 3SG Reshma. 

Foto terakhir 3SG Reshma (kiri) yang diambil bersama ibunya mendapat tempat yang istimewa di hatinya. Apabila mengenangnya, dia merasa gembira kerana dapat mengimbau kembal hubungan rapat mereka. 

Dia juga mendapat kekuatan melalui sokongan panglima dan rakan-rakan beliau. Ketika beliau dilanda kesedihan kerana memikiran mendiang ibunya dan menangis semasa sesi latihan lapangan yang sukar, jurulatih, panglima platun dan rakan seplatunnya sentiasa berada di sisinya.

“Mereka memberikan keselesaan dan nasihat…(dan) sokongan mereka membantu saya mendapatkan semula fokus dan tabah.”

Didorong oleh tujuan

Impian 3SG Reshma untuk menyertai Tentera Darat bermula pada usia muda.

Semasa beliau menjadi pelajar di Sekolah Rendah Townsville, beliau terpesona melihat askar-askar yang menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

“Mereka kelihatan begitu segak dan berdisiplin. Ketika itu, saya tahu bahawa saya mahu menjadi seperti mereka.”

Kekagumannya bertambah semasa zaman sekolah menengahnya apabila beliau menjadi sukarelawan untuk membungkus pek NDP dan berinteraksi dengan kakitangan Tentera. "Mereka tenang, profesional, dan baik hati," katanya.

Seorang askar wanita, khususnya, meninggalkan kesan yang mendalam. "Dia seorang yang berkeyakinan tinggi tetapi lembut, dan saya mahu mewujudkan keseimbangan itu sebagai pemimpin suatu hari nanti." 

Pada NDP tahun ini, 3SG Reshma (tengah) berpeluang mengambil bahagian dalam pengagihan bekalan makanan. Ia adalah sebahagian daripada latihan logistik di tempat kerja yang berlangsung selama tiga bulan di Markas, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan ke-16, sebelum beliau memulakan Kursus Kadet Pakar pada akhir Jun 

Semasa belajar di ITE (Institut Pendidikan Teknikal) College Central, beliau yang ketika itu  berusia 19 tahun membuat keputusan untuk mendaftar dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Beliau juga merasakan minatnya dalam logistik, yang telah dikembangkan semasa pengajian Higher Nitec dalam Sumber Manusia dan Pentadbiran, dapat dimanfaatkan dengan baik.

Menyampaikan berita kepada keluarganya, bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kakak dan abang saya bertanya mengapa saya mahu mendaftar sebagai anggota tetap. Tetapi selepas saya menjelaskan minat dan kesungguhan saya, mereka memahami dan menyokong saya.” 

3SG Reshma berdiri dengan bangga (baris tiga, dua dari kanan) bersama rakan seangkatan dan panglima-panglima Kursus Kadet Pakar Logistiknya, yang sentiasa menggalakkannya dan membuatnya berasa seperti sebahagian daripada pasukan. 

Menemukan Tempat Beliau

Sebagai satu-satunya kadet wanita dalam Kursus Kadet Pakar Logistiknya datang dengan cabaran tersendiri. Pada mulanya dia merasa sukar untuk menyertai perbualan, tapi lama-kelamaan keadaan menjadi lebih baik apabila rakan-rakannya berusaha untuk melibatkannya.

“Mereka menunjukkan perhatian yang lebih dan sentiasa menyokong saya. Ia membuatkan saya berasa seperti saya benar-benar diterima,” kenangnya.

Saat yang paling sukar tetapi paling memberi kepuasan mungkin adalah ketika beliau berjaya menamatkan perbarisan sejauh 10km. Pada mulanya, 3SG Reshma berasa seperti mahu berputus asa apabila dia mengalami sakit belakang yang teruk.

“Ketika itulah Waran Platun saya menggalakkan saya dengan berkata, Kamu boleh melakukannya.' Beliau juga memainkan muzik untuk saya dan berjalan bersama saya. Ia sangat bermakna kepada saya dan membuatkan saya untuk teruskan.

“Kami meraikan dengan satu perbarisan (pada penghujungnya) dan saya merasakan satu kepuasan besar. Ia mengingatkan saya mengapa saya tidak pernah berputus asa.” 

Melempar topi sebagai tanda perayaan selepas 5.5 bulan usaha keras! 
Bangga dengan anda: Abang 3SG Reshma, 1SG Rubin Raj, turut hadir di perbarisan tamat latihan untuk menyokongnya. 

Memimpin dengan empati

Pada 21 Nov, 3SG Reshma adalah antara 877 kadet yang menamatkan pengajian sebagai Pakar dan Pakar Tentera SAF pada Perbarisan Graduasi Kadet Pakar Ke-61 yang diadakan di Kem Pasir Laba.

Pengijazahan dari Kursus Kadet Pakar menandakan pencapaian penting bagi 3SG Reshma, yang kini menantikan penempatan pertamanya dan berharap untuk memimpin dengan empati dan persefahaman.

"Saya mahu menjadi seorang pemimpin yang bekerja keras untuk pasukan saya - seseorang yang boleh mereka percayai dan harapkan."

Dia pastinya telah melangkah jauh – perjalanan ini adalah tentang ketabahan, pertumbuhan dan menghormati kepercayaan arwah ibunya terhadap dirinya.

"Kata-kata ibu saya, 'Jangan berputus asa', akan sentiasa bersama saya." 

Suggested Reading
Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
PEOPLE
21 Nov 2024

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
PEOPLE
21 Nov 2024

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
PEOPLE
21 Nov 2024

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
21 Nov 2024

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.

ENCIK CHAN MELIHAT LATIHAN KESEDIAAN OPS DALAM LAWATAN PERTAMA KE UNIT SAF SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN
PEOPLE
21 Nov 2024

Semasa lawatan pertamanya sebagai Menteri Pertahanan, Encik Chan memerhatikan latihan yang dijalankan oleh unit kesediaan tinggi di seluruh Perkhidmatan, serta latihan RSAF yang berterusan.

Feature
NDP 2025 MENJANJIKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG LEBIH BESAR, LEBIH BAIK UNTUK SG60
PEOPLE
21 Nov 2024

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula dari Padang hingga Marina Bay dan kawasan kejiranan, dengan kegemaran orang ramai seperti Kontinjen Kenderaan dan sorotan baharu seperti Lompatan Perpaduan oleh Singa Merah dan penyelam tentera laut.

MENCARI KEKUATAN DALAM KESEORANGAN
PEOPLE
21 Nov 2024

3SG Bai Hong Rui berkongsi kisahnya kembali ke Singapura untuk NS dan bagaimana dia menghadapi perjuangan untuk memulakan perjalanan yang tidak dikenalinya sendiri.

Feature
“IBU HARIMAU” DALAM 203 SQN RSAF
PEOPLE
21 Nov 2024

ME4 Lucy Apparajoo mungkin tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka di bawah tanggungjawabnya, tetapi dia menjalinkan hubungan rapat dengan mereka melalui penjagaan dan belas kasihannya.

Feature
Melawan raksasa-G
PEOPLE
21 Nov 2024

Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
PEOPLE
21 Nov 2024

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.