USAHA BERSAMA ADALAH PERLU BAGI MEMASTIKAN PERAIRAN YANG SELAMAT: DR NG

14may19_news2-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14may19_news2-1.jpg?sfvrsn=77f7282e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/USAHA-BERSAMA-ADALAH-PERLU-BAGI-MEMASTIKAN-PERAIRAN-YANG-SELAMAT-DR-NG
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/USAHA-BERSAMA-ADALAH-PERLU-BAGI-MEMASTIKAN-PERAIRAN-YANG-SELAMAT-DR-NG
USAHA BERSAMA ADALAH PERLU BAGI MEMASTIKAN PERAIRAN YANG SELAMAT: DR NG
14 May 2019 | MILESTONES

USAHA BERSAMA ADALAH PERLU BAGI MEMASTIKAN PERAIRAN YANG SELAMAT: DR NG

// LAPORAN THRINA THAM

// GAMBAR JURUGAMBAR PIONEER

Dengan 25 peratus daripada semua barangan yang didagangkan di dunia di atas lebih 1,000 kapal yang melalui Selat Singapura setiap hari, laut yang tenang diperlukan untuk memastikan perdagangan global dijalankan berterusan dirantau ini, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

"Tetapi terdapat awan ribut gelap di kaki langit yang boleh mengancam keamanan dan kemakmuran komuniti maritim yang dikongsi bersama," katanya. Ini termasuk ancaman maritim tradisional seperti lanun, rompakan bersenjata dan penyeludupan dadah, senjata dan manusia.

Untuk mengatasi ini, tentera laut di rantau ini telah menubuhkan Peronda Selat Melaka, Perjanjian Kerjasama Trilateral di Laut Sulu dan Perjanjian Kerjasama Serantau untuk Membanteras Aktiviti Lanun dan Perompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia. Ini mengakibatkan penurunan aktiviti lanun di Selat Melaka - dari 20 tahun 2007 hingga lapan tahun ini.

Singapura juga bekerjasama dengan Indonesia untuk memudahkan cadangan rangkaian perkongsian perisikan di kalangan angkatan tentera Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

"Sebagai Pengerusi ASEAN tahun lepas, Singapura membantu meneruskan inisiatif Indonesia menjadi inisiatif ASEAN," kata Dr Ng.

Dr Ng menekankan usaha kolektif terhadap ancaman maritim pada pembukaan Pameran dan Persidangan Pertahanan Maritim Antarabangsa ke-12 (IMDEX) Asia, yang diadakan di Pusat Pameran Changi pada 14 Mei.

Bercakap kepada 26 panglima pasukan pertahanan dan angkatan tentera laut, ketua-ketua, pengarah pengawal-pengawal pantai dan pegawai kanan tentera laut, Dr Ng menekankan bahawa anggota tentera perlu membina keyakinan melalui kerjasama dan kolaborasi.

IMDEX dwitahunan adalah pertunjukan pertahanan maritim antarabangsa yang terbesar di Asia Pasifik. Acara tahun ini, yang berlangsung dari 14 hingga 16 Mei, menyaksikan jumlah penyertaan yang terbesar dengan 236 peserta dari 30 negara.

Ia juga mempunyai 25 kapal perang dari 15 negara yang mengambil bahagian dalam pameran kapal perang di Pangkalan Laut Changi. Armada antarabangsa ini mempunyai tiga kapal besar: INS Shakti dari angkatan Tentera Laut India, Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun JS Izumo dan HMAS Canberra kepunyaan Tentera Laut Diraja Australia, yang membuat penampilan sulungnya di Singapura.

Bersempena dengan IMDEX Asia, Angkatan Laut Republik Singapura juga menjadi tuan rumah Persidangan Keselamatan Maritim Antarabangsa yang ke-6 (IMSC) dengan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian Chan Chun Sing membuka IMSC di JW Marriott Hotel pada petang pada 14 Mei, di mana beliau mengulangi sentimen Dr Ng mengenai kepentingan kepercayaan dan kerjasama antara negara-negara maritim.

"Memberi tumpuan pada hanya menjaga kepentingan kita sendiri akan menghalang kita daripada memberi respons yang berkesan ... Kita berkongsi lautan dan ada ruang bagi kita untuk bertindak sebagai komuniti untuk melindungi komuniti global bersama," kata Encik Chan.

Beliau menekankan tiga pendekatan yang telah diambil oleh Singapura untuk membina kepercayaan: menggunakan mekanisme operasi seperti Kod untuk Pertembungan yang Tidak Dirancang di Laut; membina saling kendali operasi melalui latihan dan perkongsian maklumat; dan mewujudkan dialog terbuka dan inklusif.

Pada kenyataan terakhir, Encik Chan berkata bahawa IMSC bersama-sama dengan Shangri-La Dialogue adalah platform yang digunakan untuk mewujudkan dialog sedemikian.

Beliau berkata: "Dengan melibatkan komuniti maritim yang lebih luas, termasuk tentera laut, pengawal pantai, dan pemikir, kami mempromosikan lebih banyak perspektif yang holistik dan kami mencapai penyelesaian yang lebih baik."

IMSC dijangka menyaksikan lebih daripada 400 peserta antarabangsa dari angkatan tentera laut, industri-industri maritim dan akademik, dari lebih 40 negara, berkumpul untuk bertukar-tukar pandangan dan menjalin kerjasama praktikal.

Suggested Reading
APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!

Feature
TERBANG TINGGI UNTUK SG60
COMMUNITY
10 Jul 2025

Langit adalah had untuk mengadakan paparan udara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang menakjubkan untuk Jubli Berlian Singapura.

Feature
NDP 2025 MEMBAWA PESTA KE KAWASAN KEJIRANAN
COMMUNITY
08 Jul 2025

Perayaan Hari Kebangsaan tidak berakhir di Padang! Teruskan keseronokan di lima lokasi kejiranan pada 10 Ogos.

Feature
TERJUNAN TERSELARAS OLEH RED LIONS & PENYELAM TENTERA LAUT DI NDP
COMMUNITY
06 Jul 2025

Ini adalah kali pertama Red Lions dan Penyelam Tentera Laut terjun ke dua lokasi berbeza – masing-masing di Padang dan Marina Bay – sebagai sebahagian daripada paparan yang diselaraskan!

Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!