WARKAH IBU KEPADA SAF

15jul20_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15jul20_news1-1.jpg?sfvrsn=bd4e47ee_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/WARKAH-IBU-KEPADA-SAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/WARKAH-IBU-KEPADA-SAF
WARKAH IBU KEPADA SAF
15 Jul 2020 | COMMUNITY

WARKAH IBU KEPADA SAF

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS & IHSAN TENTERA SINGAPURA

Rekrut boleh khidmat sedang melafazkan Ikrar SAF semasa perbarisan tamat latihan Latihan Asas Tentera (BMT) mereka. [Foto fail: Tentera Singapura]

"Perjalanan hidupnya baru bermula, dan dia tak sabar-sabar untuk menjalaninya. Ia tidak akan dihiasi pelangi setiap hari, dan itu bukanlah apa yang saya inginkan untuknya. Penerimaan oleh SAF membolehkannya menerima dirinya dan terus berusaha dalam hidupnya."

Puan Elizabeth Tan" tentunya berasa risau apabila anaknya yang mempunyai Sindrom Asperger menyertai Perkhidmatan Negara (NS) dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 2019. Namun setelah lebih setahun, Korporal (CPL) Joel Tan", 20, telah mendewasa sebagai askar yang yakin serta komited dan bangga dengan peranannya sebagai Pembantu Tadbir Sokongan.

Ibu itu menzahirkan ucapan terima kasihnya di dalam surat kepada para komander Latihan Asas Tentera (BMT) dan yang lain di dalam Angkatan Tentera yang membantu mendewasakan anaknya.

"Bukan nama sebenar mereka

Puan Tan (bukan nama sebenar) tersentuh hati melihat anak lelakinya mendewasa sebagai askar dan diterima oleh rakan-rakan NS, walaupun mempunyai Sindrom Asperger.

"Hari ini anak saya lulus ujian memandu.

Walaupun gembira dan berbangga sebagai ibu yang menyaksikan ketabahan anaknya (yang sebelum ini gagal dua kali), saya masih teringat-ingatkan anak muda yang menetap dengan saya, yang bertolak pada 6.30 pagi setiap hari untuk pergi, seperti kata Neneknya, "ke tentera".

Anak saya telah didiagnos dengan Sindrom Asperger ketika berusia lima tahun. Sepanjang tempoh persekolahan rendah dan selepas sekolah menengah, kurangnya kesedaran tentang Sindrom Asperger ditambah pula dengan kurangnya rasa empati menyebabkan dia dipulaukan secara sosial. Ini memberi kesan kepada harga diri dan keadaan emosinya.

Mara ke hadapan dan kini anak saya berusia 18 tahun (dan bersedia untuk masuk tentera).

Perjalanannya untuk masuk tentera dipenuhi ketegangan serta kebimbangan. Secara fizikal, dia telah dinilai PES (Standard Pekerjaan Fizikal) B. Tetapi dalam kesnya, dia mempunyai kekekokan sosial sederhana dan kemungkinan keresahan sosial.

Bagaimanakah dia akan menghadapinya? Adakah dia akan dipulau? Bagaimanakah dia akan menghadapi keketatan perintah dan jadual ketat dll.?

Keputusan sukar untuk mendedahkan bahawa dia mempunyai Asperger difikirkan secara mendalam. Dia menemui pakar psikiatri, bercakap mengenai isu-isu yang dihadapi dan diberitahu bahawa dia boleh dikecualikan yang bukan bermaksud merendah-rendahkannya atau menyatakan bahawa dia tidak layak. Ia merupakan pilihan yang diberikan. Anak saya memilih untuk tidak dikecualikan. Dia memaklumkan kepada pakar psikiatri yang dia mahu berkhidmat.

Inilah langkah pertama yang mendatangkan perbezaan besar.

Saya berterima kasih kepada pakar psikiatri SAF, yang mendengar apa yang diluahkan oleh anak saya dan memberinya pilihan.

Seperti keluarga lain, kami bersemangat menghantar dia untuk menyertai tentera dan mengambil gambar kenang-kenangan. Dia menghadiri BMT dan perbarisan tamat latihan, seperti anggota-anggota lain. Anggota ini dan keluarganya tidak rasa seperti dikecualikan.

Dia bertemu dengan anggota lain yang sepertinya, yang mempunyai isu sehinggakan tidak boleh berkhidmat dalam unit aktif. Dia dapat bertemu dengan orang yang berbeza dengan pelbagai latar belakang. Dia mengalami bagaimana rasanya bekerja dengan orang yang berbeza dengan sifat-sifat keperibadian yang berbeza.

Secara ringkasnya, dia mempelajari mengenai kehidupan.

Rekrut boleh khidmat sedang menjalani latihan fizikal. [Foto fail]

Saya menghargai perjalanannya dari seorang budak mentah menjadi anak muda, yang kini tidak sabar melalui ketidakpastian yang terbentang di hadapannya. Selama setahun dalam perkhidmatan tentera, dia telah belajar untuk menerima. Institusi yang saya paling takuti (kerana saiznya semata-semata dan reputasinya sebagai sukar) menjadi institusi di mana saya menyaksikan dia berkembang dan menjadi dewasa.

Saya tahu dan dapat melihat penyesuaian yang telah dibuat. Saya bersyukur dengan usaha ahli profesional, komander, pakar psikiatri, kaunselor dan mereka yang menjadikan ini semua suatu kenyataan. Terima kasih.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya tetap yakin kepada SAF yang teguh dan sangat berdisiplin, dan tidak menyokong ia menjelma menjadi sebaliknya.

Tetapi sekarang, sebagai seorang ibu kepada anak berkeperluan khas sederhana, saya gembira kerana SAF memaklumi bahawa anak-anak muda seperti anak saya wujud dan mereka ini tidak luntur semangat sebagai rakyat Singapura dan mahu menjadi sebahagian daripada kisah SAF; usaha dalam memahami keadaan mereka yang berbeza; serta merancang, menyesuaikan dan melaksanakan kursus, program dan langkah-langkah yang sesuai dan berpatutan (untuk membolehkan mereka berkhidmat).

Saya pasti ada ramai yang seperti dia, yang tanpa struktur atau sistem yang empatetik akan terpandang lepas oleh sistem. Perasaan disingkirkan dan kurang keyakinan diri membawa kepada isu sosial dan masyarakat yang boleh menyebar luas.

Para pegawai SAF yang memahami dan sanggup melakukan segala usaha seperti yang dinyatakan di atas membolehkan anak saya berada di mana dia berada sekarang. "Perjalanan hidupnya baru bermula, dan dia tak sabar-sabar untuk menjalaninya. Ia tidak akan dihiasi pelangi setiap hari, dan itu bukanlah apa yang saya inginkan untuknya. Penerimaan oleh SAF membolehkannya menerima dirinya dan berusaha menjalani hidupnya.

Rekrut boleh khidmat melambung beret mereka dengan bangga sambil mereka menandakan selesainya BMT mereka di perarakan tamat latihan. [Foto fail: Tentera Singapura]

Adakah saya menyesali anak saya tidak dapat memegang senjata? Sedikit pun tidak. Ada tempat untuk semua orang dan semua kemahiran di SAF.

Saya dengan ini ingin memuji SAF atas keberaniannya memerhati, merancang serta menjaga kumpulan minoriti anak-anak watan Singapura ini.

Semasa tempoh pemutus litar, anak lelaki saya terus ke kem (untuk memenuhi tugas operasinya). Dia bergurau kecil apabila memberitahu saya: "Saya adalah ‘perkhidmatan penting’, mama." Saya berbangga dengan apa yang dia lakukan.

Saya berharap SAF akan meneruskan ini semua, agar semua anak watan Singapura boleh menyumbang kepada Singapura dengan cara mereka sendiri."

 

Nota: Ini adalah versi surat Puan Tan yang diringkas dan diedit. Puan Tan dan CPL Tan telah meminta ketanpanamaan disebabkan oleh stigma mereka yang mempunyai keperluan khas, terutamanya mereka yang nampak normal. Mereka berharap melalui pendidikan dan dialog terbuka, akan terdapat lebih kesedaran dan pemahaman mengenai orang berkeperluan khas.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?