TUNGGAK PERTAHANAN DIGITAL BARU DIMASUKKAN KE DALAM RANGKA KERJA PERTAHANAN KESELURUHAN

photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/photo1.jpg?sfvrsn=e787a714_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TUNGGAK-PERTAHANAN-DIGITAL-BARU-DIMASUKKAN-KE-DALAM-RANGKA-KERJA-PERTAHANAN-KESELURUHAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TUNGGAK-PERTAHANAN-DIGITAL-BARU-DIMASUKKAN-KE-DALAM-RANGKA-KERJA-PERTAHANAN-KESELURUHAN
TUNGGAK PERTAHANAN DIGITAL BARU DIMASUKKAN KE DALAM RANGKA KERJA PERTAHANAN KESELURUHAN
15 Feb 2019 | COMMUNITY

TUNGGAK PERTAHANAN DIGITAL BARU DIMASUKKAN KE DALAM RANGKA KERJA PERTAHANAN KESELURUHAN

// LAPORAN OLEH BENITA TEO

// GAMBAR OLEH KENNETH LIN

Untuk mempertahankan ancaman baru yang muncul dari sferasiber, tunggak keenam – Pertahanan Digital - akan ditambah ke Pertahanan Mutlak.

Ini adalah kali pertama tunggak baru telah ditambah sejak rangka kerja Pertahanan Keseluruhan diperkenalkan pada tahun 1984. Lima tunggak asal adalah Pertahanan Tentera, Sivil, Ekonomi, Sosial dan Psikologi.

Tunggak baru dilancarkan pada Hari Pertahanan Keseluruhan oleh Menteri Negara Kanan Kementerian Perhubungan dan Penerangan S Iswaran dan Menteri Kanan Negara Kementerian Pertahanan Dr Mohamed Maliki Bin Osman. Mereka menghadiri Majlis Memperingati Peristiwa Hari Pertahanan Keseluruhan 2019 (TDDCE19) yang diadakan di Fort Canning Green pada 15 Feb.

Di dalam ucapan beliau, Encik S Iswaran menyatakan bahawa walaupun Singapura bergerak ke arah menjadi Negara Pintar, kelaziman teknologi digital adalah pedang bermata dua.

"Kita adalah sebuah negara bandar yang terbuka dan saling berhubung. Kebergantungan terhadap hubungan ini untuk pertumbuhan ekonomi dan perkhidmatan awam yang cekap juga menjadikan kita mudah di serang dengan ancaman dari domain digital ... Kita perlu mempersiapkan diri dengan memupuk naluri dan memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk mempertahankan diri terhadap ancaman baru zaman digital ini."

Pengenalan Pertahanan Digital yang baru adalah perlu dan tepat pada masanya, tambah beliau. "Dengan ancaman-ancaman baru yang semakin hampir, kita mesti mempersiapkan Pertahanan Keseluruhan untuk era digital dengan memasukkan Pertahanan Digital. Kita mesti mengukuhkan kesepakatan kolektif kita dan bersatu sebagai negara untuk mengukuhkan Pertahanan Digital kita - untuk memastikan Singapura selamat dan terjamin, dalam kedua-dua dunia, sebenar dan maya."

Tetap selamat, berhati-hati & bertanggungjawab apabila di dalam talian

Tunggak baru menyeru warga Singapura untuk melindungi diri mereka dan satu sama lain daripada ancaman dari domain digital. Ini dicontohkan melalui slogannya: "Tetap selamat, berhati-hati & bertanggungjawab apabila di dalam talian".

Menjadi selamat memerlukan amalan keselamatan siber yang baik dan mengambil tindakan peribadi untuk mencegah serangan siber seperti phishing dan cubaan pencerobohan. Ini termasuk menggunakan kata laluan yang kuat, menaik taraf perisian antivirus secara tetap, menyemak tanda-tanda phishing sebelum mengklik pautan yang tidak diketahui di dalam e-mel yang mencurigakan, dan membolehkan Pengesahan Dua Faktor untuk transaksi dalam talian.

Warga Singapura mestilah sentiasa berwaspada terhadap berita dan maklumat palsu dengan memeriksa laporan yang disebarkan dengan sumber yang boleh dipercayai, dan menghentikan penyebaran berita yang tidak disahkan.

Bertanggungjawab mengingatkan setiap orang bahawa tindakan mereka boleh memberi impak kepada orang lain dalam masyarakat. Individu boleh menyumbang dengan membantu orang-orang di sekeliling mereka belajar menggunakan teknologi dengan selamat dan yakin, dan mengambil bahagian dalam aktiviti literasi digital.

Generasi pertahanan yang baru

Sebagai sebahagian daripada TDDCE19, Majlis Peringatan diadakan dan satu minit diam dilakukan bagi memperingati mereka yang terkorban di dalam Perang Dunia II (WWII).

"(Majlis Peringatan Hari Pertahanan Keseluruhan) mengingatkan kita apa yang boleh berlaku jika kita tidak dapat mempertahankan diri, atau (jika) kita tidak mempunyai resolusi untuk melindungi kedaulatan kita dan melindungi warga Singapura," kata Dr Maliki.

"Sedang kita meraikan ulangtahun ke-200 pada tahun ini, adalah penting untuk kita ingat bahawa ia adalah melalui resolusi dan keazaman yang kuat bahawa kita boleh terus mengekalkan Singapura (dan) berdaulat selama 200 tahun dan seterusnya."

Majlis Penyampaian Senjata (WPC) juga diadakan semasa majlis tersebut. Dua ratus dua puluh empat rekrut dari Institut Latihan Komando telah diberikan senjata mereka di hadapan tetamu undangan dan orang ramai. Inilah kali pertama WPC Komando diadakan di tempat awam.

Tempat itu mempunyai kepentingan khusus, kerana ia berada di salah satu bunker di Fort Canning Hill di mana British membuat keputusan untuk menyerahkan Singapura kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada 1942. 15 Februari menandakan hari dokumen penyerahan telah ditandatangani dan Singapura jatuh kepada Jepun.

Menerima senjata mereka di laman bersejarah itu adalah pengalaman yang istimewa dan tidak dapat dilupakan bagi Komando muda.

Antaranya ialah Rekrut (REC) Brian How. Anggota Servis Nasional Sepenuh Masa (NSF) berusia 18 tahun berkata: "Menerima senjata kami di sini (di mana keputusan itu dibuat untuk menyerahkan diri) menyedarkan kami pada hakikat bahawa kita tidak boleh membiarkannya berlaku lagi, sebagai generasi baru askar mengambil alih tanggungjawab melindungi negara kita,"

Fellow NSF Rekrut Ryan De Mello, 19, bersetuju: "Ia menunjukkan kepada semua orang bahawa kita bukan lagi sebuah negara kecil yang tidak mampu mempertahankan diri, dan kita telah maju ke hadapan (menjadi) angkatan tentera yang lebih besar (yang boleh) menghalang serangan pada masa depan."

Bagi Rekrut Mohamad Haziq Ruzaiman, 18, Hari Pertahanan Keseluruhan telah membawa erti baru sejak dia menjadi seorang askar. "Sebelum mendaftarkan diri, saya tidak dapat mengaitkan (untuk Pertahanan Keseluruhan) kerana saya tidak pernah mengalami kesulitan seperti peperangan, tetapi selepas memasuki NS (Perkhidmatan Negara), saya menyedari kepentingan mempunyai pencegahan yang kuat dan mempunyai setiap individu di Singapura memainkan peranan dalam memastikan kedaulatan dan kedamaian kita tetap utuh, untuk membolehkan negara kita maju."

Beliau menambah: "Sekarang saya berada di sini, saya faham bertapa pentingnya untuk saya berkhidmat untuk negara dan melindungi kedaulatan negara saya."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?