TUAH KALI KETIGA MEDIK KOMANDO

28jan20_news1_01 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28jan20_news1_01.jpg?sfvrsn=c2c28b7d_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TUAH-KALI-KETIGA-MEDIK-KOMANDO
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TUAH-KALI-KETIGA-MEDIK-KOMANDO
TUAH KALI KETIGA MEDIK KOMANDO
28 Jan 2020 | PEOPLE

TUAH KALI KETIGA MEDIK KOMANDO

// BERITA KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN, EDWIN TAN & IHSAN CPL (NS) TAN

1-UP-B-caption

"Tuah mendatang apabila persediaan bertembung dengan peluang" - mutiara kata oleh Seneca, ahli falsafah Roman tentunya merujuk kepada kegigihan Korporal (CPL) (NS) Tan Ying Li dalam usahanya mendapatkan tempat dalam pengajian perubatan di NUS setelah percubaan ketiganya.

Permohonannya untuk menyertai kursus perubatan di National University of Singapore (NUS) ditolak pada 2017. CPL (NS) Tan tidak berputus asa dan sebaliknya menumpukan tenaganya kepada mengasah kemahiran rawatan menyelamatkan nyawa dan kecemasan sebagai medik Komando semasa berada dalam Perkhidmatan Negara (NS).

Dia juga terus memohon untuk kursus itu setiap tahun. Ketabahannya menghasilkan ganjarannya pada tahun lepas apabila dia dipanggil untuk temu duga kemasukan pada percubaan ketiganya.

Ia mengejutkan anggota berusia 21 tahun itu. Kalau mengikut keputusan A-level-nya, dia tidak fikir yang dia ada peluang. Tetapi kali ini, dia lebih bersedia untuk temu duganya setelah meraih pengalaman berharga sebagai medik tempur dalam Batalion Komando Pertama. Dan penemu duga jelas kagum dengan semangatnya menyelamatkan nyawa.

PIONEER bertemu dengan CPL (NS) Tan, yang kini pelajar perubatan tahun pertama untuk mengetahui bagaimana dia mengekalkan semangat yang positif dan boleh buat walaupun berdepan dengan permohonan yang ditolak berkali-kali.

 

CPL (NS) Tan, yang menamatkan NS sepenuh masa sebagai medik tempur pada November 2018 benar-benar menggemari peranannya sebagai medik tempur, dan ini telah memperkukuhkan keazamannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan menjadi seorang doktor.

Bolehkah anda berkongsi dengan kami kesukaran yang anda hadapi untuk memasuki sekolah perubatan NUS.

Saya mendapat A untuk semua subjek kecuali C untuk Kertas Am. Keputusan yang baik tetapi tidak cukup baik untuk Perubatan; Saya rasa kerana itulah nama saya tidak disenarai pendek untuk dua kali pertama saya memohon.

Untuk percubaan kali ketiga, saya percaya saya telah disenarai pendek kerana sekolah perubatan tersebut mahukan lebih banyak pelajar dari kolej rendah yang lebih pelbagai. Ia juga ada kaitan dengan usaha saya untuk menyediakan diri dengan lebih baik untuk temu duga itu.

Bagaimanakah anda menyediakan diri anda?

Saya mengambil selama dua tahun dalam NS untuk memperbaiki diri dan meraih lebih banyak pengalaman. Penting bagi kita untuk tidak menganggap kegagalan itu sebagai satu rintangan, tetapi sebagai peluang untuk memperbaiki diri.

Apabila tiba masa untuk memilih pengkhususan sebagai Komando, saya memberitahu sarjan saya bahawa saya ingin menjadi seorang medik. Saya bekerja rapat dengan tiga medik di samping juga pegawai perubatan. Saya banyak belajar dengan doktor yang berkenaan kerana dia meluangkan masa untuk mengajar kami perkara-perkara secara mendalam yang tidak diajar dalam kursus perubatan kami.

Adakah anda mendapati pengalaman NS anda berguna untuk pengajian perubatan anda?

Ia membantu dalam kemahiran klinikal saya. Sebagai medik tempur, saya berpeluang merawat orang dalam situasi sebenar, dan saya belajar berkomunikasi dengan mereka. Ia juga menguatkan kepercayaan saya bahawa apa yang saya lakukan sebagai medik sangat penting kerana anda menghadapi keadaan hidup dan mati.

Saya ingat satu kes di mana saya terpaksa memasukkan titisan intravena dalam gelap gelita semasa latihan di tengah malam. Ia mencabar juga kerana jika saya tidak dapat melakukannya, siapa pula yang akan melakukannya. Saya terpaksa yakin dengan diri saya dan terus melakukannya.

 

CPL (NS) Tan mempunyai nasihat ini untuk mereka yang sedang berkhidmat NS: Gunakan masa di situ untuk memperbaiki diri dan terus bekerja ke arah matlamat anda.

Sebagai medik Komando, adakah anda perlu berlawan?

Kami melakukan segala apa yang Komando lakukan! Peranan utama kami ialah Komando; menjadi medik adalah peranan kedua. Kami menjalani latihan tempur yang sama seperti tempur, serangan dan terjun paracut.

 

CPL (NS) Tan (kiri hujung) dengan rakan yang baru dilantik sebagai Komando pada penghujung perbarisan tamat latihan 72 km yang menjerihkan.

Adakah sukar menjadi medik Komando?

Tentunya banyak cabaran fizikal. Semasa latihan luar negara empat hari, kami mengerah diri untuk mendaki gunung dengan pantas.

Setiap kali ada orang meminta medik, saya terpaksa mengerah diri dengan lebih kuat, berlari kepadanya, menguruskan keadaannya, memastikan dia bangun dan terus bergerak. Kami berasa sangat letih kerana benar-benar bekerja sehingga 101 peratus.

Apakah nasihat yang anda ingin berikan kepada NSF yang berada dalam keadaan yang sama?

Gunakan masa anda dalam NS untuk memperbaiki diri anda. Jangan berputus asa. Sentiasa ingat kenapa anda mahu melakukan sesuatu dan terus berusaha dengan matlamat yang anda telah tetapkan.

Tetapi tidak semua NSF dikerah dalam kerjaya di mana mereka akan mempelajari kemahiran yang relevan dengan pengajian universiti mereka. Apa yang mereka boleh belajar?

Ia juga penting untuk memperbaiki bagaimana anda bekerja dengan orang lain ketika berkhidmat dalam NS. Orang berkata bahawa kehidupan awam adalah dunia sebenar, dan kehidupan askar adalah berbeza, tetapi ia sama sebenarnya!

Politik pejabat wujud di luar sana, tetapi walau berkhidmat dalam tentera, anda juga perlu bekerja dengan orang, mengendalikan mereka, menguruskan perhubungan dan banyak lagi.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?