TRSAF MENGASAH KEMAHIRAN TEMPUR DI EX PITCH BLACK 2022

30aug22_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/30aug22_photo1.jpg?sfvrsn=78793697_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TRSAF-MENGASAH-KEMAHIRAN-TEMPUR-DI-EX-PITCH-BLACK-2022
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TRSAF-MENGASAH-KEMAHIRAN-TEMPUR-DI-EX-PITCH-BLACK-2022
TRSAF MENGASAH KEMAHIRAN TEMPUR DI EX PITCH BLACK 2022
30 Aug 2022 | OPS & TRAINING

TRSAF MENGASAH KEMAHIRAN TEMPUR DI EX PITCH BLACK 2022

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN DAN IHSAN NAVIGATION EASTERN

RSAF sedang berlatih dengan F-35 Joint Strike Fighters, antara pesawat lain, dalam latihan tempur udara pelbagai hala berskala besar ini.

Tiga pesawat RSAF F-15SG terbang dalam satu formasi dengan pesawat pejuang lain dari Australia dan Jepun.

Pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan berterbangan merentasi langit Darwin, Australia apabila Exercise Pitch Black kembali selepas hiatus selama empat tahun.

Mereka adalah di kalangan lebih 90 pesawat dari 17 negara yang akan menyertai latihan dwitahunan anjuran Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Edisi 2020 dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

Pesawat RSAF F-15SG (kanan) terbang bersama pesawat USMC F-35B di Ex Pitch Black.

Semasa latihan tahun ini, tentera udara yang menyertai akan mengadu kemahiran tempur mereka dengan ancaman simulasi dalam misi siang dan malam. Sebanyak 2,500 personel terlibat dalam latihan itu yang bermula pada 19 Ogos.

Latihan tersebut akan tamat pada 8 Sep.

Pengerahan RSAF secara besar-besaran

RSAF adalah di antara penyertaan angkatan tentera udara yang terbesar dari segi bilangan personel dan aset.

Ia telah mengerahkan lebih 400 personel, serta lapan pesawat pejuang F-15SG dan lapan F-16D+, satu pesawat Amaran Awal Bawaan Udara G550, dan — buat kali pertama — sebuah pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 (A330 MRTT).

Pesawat A330 MRTT akan menjalankan operasi mengisi minyak semula dari udara-ke-udara untuk memanjangkan daya tahan pesawat pejuang yang mengambil bahagian.

Mengasah kemahiran tempur

RSAF telah menyertai setiap Ex Pitch Black semenjak kemunculannya buat kali pertama pada 1990.

Menurut Pengarah latihan RSAF Kolonel (KOL) Mark Tan, latihan itu membolehkan RSAF mengasah kecekapan operasinya dan menanda aras keupayaannya dengan tentera udara yang lebih terkenal.

"Peluang latihan pekerjaan secara besar-besaran membolehkan anak pesawat kami berlatih dalam senario ancaman yang realistik, dan beroperasi pada skala dan kerumitan yang tidak boleh direplikasi semula di Singapura," kata KOL Tan.

Dalam Latihan Pekerjaan Secara Besar-besaran, juruterbang beroperasi dalam persekitaran yang kompleks, dengan bilangan pesawat yang lebih besar di ruang udara daripada latihan normal yang biasanya dibenarkan.

Meningkatkan koordinasi

Antara pesawat yang menyertai Ex Pitch Black tahun ini adalah termasuk Su-30 dari India dan – buat pertama kalinya – Eurofighter Typhoons dari Jerman dan United Kingdom, dan Mitsubishi F-2 dari Jepun.

Turut membuat kemunculan buat pertama kali mereka adalah pejuang selinap generasi kelima RAAF dan Kor Marin Amerika Syarikat – F-35 Joint Strike Fighters.

Peningkatan dalam bilangan dan jenis pesawat bagi latihan tahun ini bererti kerumitan latihan itu telah meningkat, kata KOL Tan.

Pengarah latihan RSAF KOL Tan sedang memantau semua operasi RSAF di Ex Pitch Black.

Juruterbang F-15SG Mejar (MAJ) Arumugam Sivaraj, 36, yang menyertai Ex Pitch Black buat kali ketiganya, berkata "Apabila anda ada lebih banyak pesawat dan pelbagai jenis pesawat...keupayaan anda untuk menyepadu dan saling beroperasi menjadi semakin rumit.

"Dari segi cabaran, kami menghadapi halangan bahasa, (dan) kami mempunyai cara operasi yang berbeza, (dengan) taktik berbeza (dan) keupayaan yang berbeza."

Juruterbang pesawat F-15SG MEJ Sivaraj mendapati latihan itu memanfaatkan untuk meningkatkan kerjasama dengan angkatan tentera udara di serata dunia.

Untuk mengatasi cabaran ini, warga kerja RSAF bekerjasama rapat dengan rakan sejawat asing mereka semasa perancangan misi, kata Kapten (CPT) Clarence Ng, seorang Pegawai Sistem Senjata.

"Apa yang kami lakukan adalah mencuba mencari titik persamaan untuk saling berintegrasi," kata pegawai berusia 30 tahun yang mengendalikan pesawat pejuang F-16D+ itu.

"Dengan memahami keupayaan mereka serta sumbangan mereka, kami boleh merangka suatu pelan terbaik yang ada untuk membolehkan kami mencapai kejayaan misi."

Memahami keupayaan pesawat pejuang F-35

Di Ex Pitch Black, latihan dengan pesawat pejuang F-35 telah memberi RSAF gambaran bernilai tentang keupayaan canggih mereka, dan bagaimana mereka boleh diintergrasikan ke dalam sistem perang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), kata KOL Tan.

Varian ringkas berlepas/mendarat secara menegak pesawat F-35B telah diuntukkan untuk menggantikan pesawat F-16 RSAF selepas tahun 2030.

Empat Pesawat Pejuang Serangan Bersama F-35B akan dihantar ke SAF sekitar tahun 2026 dan dikerahkan di AS untuk latihan dan penilaian.

Dalam misi di Ex Pitch Black minggu lalu, Pesawat F-35 terbang menentang pasukan musuh yang khusus dengan dua kali lebih banyak pesawat, tetapi mereka masih mampu menyasar dan menumpaskan semua pesawat musuh dengan berkesan, kata KOL Tan.

MEJ Sivaraj, yang menganggotai pasukan lawan, menambah: "Melalui cara ini, kami dapat menilai setakat mana kecekapan pesawat F-35 — cara pesawat terbang, cara mereka menyasarkan (para) musuh, dan bagaimana mereka bekerjasama sebagai satu pasukan adalah sesuatu yang amat mengagumkan."

Menjalin hubungan pertahanan

Selain mengasah kemahiran tempur, RSAF juga menjalin hubungan pertahanan, serta persahabatan peribadi dengan Angkatan tentera udara lain di Ex Pitch Black.

Hanya seminggu dalam menjalani latihan, interaksi di kalangan anggota tentera, baik di dalam mahupun di luar waktu kerja, telah bertambah erat, membolehkan anggota daripada angkatan tentera udara yang berbeza untuk saling memahami antara satu sama lain.

"Kami bertemu di luar waktu kerja, membincangkan liku-liku tugasan masing-masing sepanjang misi kami," kata MEJ Sivaraj. "Dan kami sebenarnya sesama belajar daripada satu sama lain – kami boleh mengubah bagaimana kami melakukan sesuatu jika kami menemui tabiat dan amalan yang baik."

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?