TIADA YANG MUSTAHIL BAGI PEGAWAI KOMANDO BERUSIA 26 TAHUN INI

09may21_news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09may21_news1-photo1.jpg?sfvrsn=97d42cd1_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TIADA-YANG-MUSTAHIL-BAGI-PEGAWAI-KOMANDO-BERUSIA-26-TAHUN-INI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TIADA-YANG-MUSTAHIL-BAGI-PEGAWAI-KOMANDO-BERUSIA-26-TAHUN-INI
TIADA YANG MUSTAHIL BAGI PEGAWAI KOMANDO BERUSIA 26 TAHUN INI
09 Jun 2021 | PEOPLE

TIADA YANG MUSTAHIL BAGI PEGAWAI KOMANDO BERUSIA 26 TAHUN INI

// KISAH GABRIEL LEE

// FOTO ONG JI XUAN & IHSAN 2LT KAVIN

2LT Kavin adalah antara 353 kadet yang ditauliah sebagai pegawai pada 9 Jun.

Pentauliahannya sebagai pegawai pada usia 26 tahun, Komando dan penerima Pedang Merit Leftenan ke-2 (2LT) Kavin Timothy S / O Trina Shanti membuktikan bahawa ada banyak laluan yang menuju ke arah kecemerlangan.

Dia mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS) lebih lewat berbanding dengan banyak rakan sebayanya kerana perjalanan akademiknya yang lebih panjang.

Dia menghabiskan pengajian lima tahun di sekolah menengah dalam aliran Normal (Akademik) sebelum menamatkan empat tahun di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), melengkapkan Nitec dalam Aerospace Avionics, dan dua tahun lagi dalam Nitec Tinggi dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.

2LT Kavin berjaya dengan cemerlang di ITE dan terus melengkapkan Diploma dalam Kejuruteraan Aeronautika di Politeknik Singapura. Ini menambahkan tiga tahun dalam perjalanan pendidikannya. Semasa pendaftaran NS, usianya telah melangkaui 25 tahun.

Menyesuaikan diri

Dia tidak menghadapi massalah menyesuaikan diri dengan jurang usia di antara dia dan rakan sebaya semasa mendaftar. "Semasa di politeknik, rakan sebaya saya juga dua hingga tiga tahun lebih muda daripada saya. Sebaliknya, pengalaman itu telah menyediakan diri saya untuk menyertai NS."

Semasa di politeknik, 2LT Kavin juga melibatkan diri dalam projek khidmat masyarakat, di mana dia perlu memimpin rakan sekolahnya yang lebih muda. "Saya terlibat dalam lawatan khidmat masyarakat di luar negara sebagai ketua rombongan. Pengalaman itu mengajar saya bagaimana untuk memimpin orang lain."

2LT Kavin (dua dari kanan, barisan belakang) bersama rakan-rakan BMTnya.

Pengalaman itu telah memudahkan peralihan 2LT Kavin ke NS, dan dia mendapati selesa berkomunikasi dengan rakan-rakannya yang lebih muda di Latihan Asas Tentera (BMT) dan kemudian, di Sekolah Pegawai Kadet (OCS).

"Rakan-rakan sebaya saya lebih muda dan lebih suka main-main. Saya akan menggalakkan mereka untuk berlatih sepenuh hati bila mereka terbawa-bawa dengan perbualan mereka."

Menyertai Komando

Perjalanan NSnya hampir bertukar arah – dia diseru untuk mendaftar dalam Pasukan Polis Singapura sesudah menamatkan kursus ITEnya. Tetapi dia ingin menamatkan pengajian Politekniknya terlebih dahulu dan kemudian diberikan penangguhan.

Bila tiba masanya untuk mendaftar, dia menyatakan hasratnya untuk menyertai pasukan komando. Jelas 2LT Kavin: "Bagi saya, pasukan Komando adalah istimewa. Mereka merupakan golongan askar yang unik yang kerap mengendalikan tugasan mencabar."

Inilah yang diharapkan oleh 2LT Kavin, yang gemar mengembara dan lebih bersemangat bila dicabar. "Saya memang teringin (memakai) beret merah kerana nilai-nilai yang diperjuangkan oleh komando."

2LT Kavin (pertama dari kanan) bersama rakan-rakan komando di OCS. Mereka adalah terdiri daripada pasukan yang menjalani Kursus Kadet Pegawai 121/20.

Setelah berjaya dalam kursus BMT yang dijalankan oleh komando, dia dipilih untuk menyertai OCS. Ia merupakan suatu pencapaian yang tidak dijangka, tetapi dia menyahut cabaran – dan akhirnya dianugerahkan Pedang Merit, yang diberi kepada 10 peratus kohort yang tamat kursus.

"Di OCS, penekanannya adalah tertumpu pada pemupukan nilai murni. Latihan tersebut telah membantu memantapkan watak saya," kata 2LT Kavin.

Bersyukur dengan perjalanannya

Walaupun perjalanannya lebih panjang daripada biasa, namun bagi 2LT Kavin pembelajaran dan pengalaman NS telah mematangkan dirinya dan dia turut bersyukur dengan apa yang ada dalam hidupnya.

"Ia sungguh bermakna bagi diri saya dan banyak pelajaran berharga yang ditimba daripada mereka yang saya temui sepanjang perjalanan.

"Sekiranya saya mendaftar lebih awal semasa usia saya 19 atau 20 tahun, saya mungkin lebih suka main-main dan tidak akan menghayati maksud sebenar di sebalik kursus NS ini," ujar 2LT Kavin.

Buat masa ini, 2LT Kavin tidak sabar menunggu untuk dihantar semula ke Batalion Komando Pertama untuk menjalani baki tugas NS sebagai Komander Detasmen.

Komander Divisyen 9 / Ketua Pegawai Infantri, Brigadier Jeneral Chua Jin Kiat (kanan), menganugerahkan Pedang Merit kepada 2LT Kavin pada 9 Jun.

Ketika ditanya tentang pembelajaran penting yang ditimba daripada perjalanan NSnya setakat ini, 2LT Kavin berkata: "Tidak ada perkara yang mustahil jika anda sanggup menaruhkan sepenuh hati dan minda dalam usaha anda. Umur hanya nombor semata-mata.

"Saya telah menghadapi banyak cabaran dalam perjalanan pendidikan saya tetapi ia tidak menjadi batu penghalang bagi saya untuk melakukan yang terbaik semasa menjalani NS walaupun saya mendaftar pada usia yang lewat."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?