Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04feb22_photo1thumbnail384cdffec-7ee3-4b04-8a09-95920b3fc2cd.jpg?sfvrsn=d78457c3_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TIADA-HALANGAN-YANG-TIDAK-BOLEH-DITANGANI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TIADA-HALANGAN-YANG-TIDAK-BOLEH-DITANGANI
TIADA HALANGAN YANG TIDAK BOLEH DITANGANI
04 Feb 2022 | PEOPLE

TIADA HALANGAN YANG TIDAK BOLEH DITANGANI

BAGI PASANGAN TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA (RSN) MEJ LEON WAI DAN MEJ CHARISIA ONG CINTA BERERTI SALING MENYOKONG ANTARA SATU SAMA LAIN, WALAUPUN TERPAKSA MELAKUKAN PENGORBANAN.

Mejar (MEJ) Leon Wai melambai patung tangan secara animasi, menghiburkan Hannah, anak perempuannya yang berusia 15 bulan yang asyik ketawa berdekik-dekik. Isterinya, MEJ Charisia Ong, mendukung anak kecilnya sambil menyanyikan puisi kanak-kanak.

Tetapi ini bukan suatu senario keluarga yang biasa  – MEJ Ong dan Hannah berada di Jepun, di mana MEJ Ong sedang menuntut pengajian pasca siswazah dalam Komunikasi Strategik di Universiti Tokyo. Sementara itu, MEJ Wai pula tinggal bersendirian di rumah mereka di Singapura. Dan panggilan video selama sejam ini adalah tempoh masa yang dikhususkan untuk menatap wajah anak perempuannya setiap hari.

Tetapi MEJ Wai, Pegawai Operasi Kapal Selam RSS Swordsman dan MEJ Ong, Pegawai Tempur Tentera Laut, tidak pernah mengenang semula keputusan yang dibuat. Bagi mereka, cinta bererti menyokong pasangan anda dalam mengejar impian mereka, walaupun terpaksa berpisah sementara dan tinggal di negara yang berlainan.

MEJ Wai (kanan) sedang bersembang dengan MEJ Ong dan Hannah, anak perempuan mereka. Panggilan video harian inilah satu-satunya masa dia dapat menatap wajah isteri dan anak perempuannya, yang kini berada di Jepun.

Hai Charisia! Bagaimanakah anda di Jepun?

MEJ Ong: Ia memang lebih sukar daripada yang dijangkakan! Masalah utamanya ialah kurang sokongan – di Singapura, ibu saya tinggal berdekatan, hanya  sejauh satu panggilan telefon sahaja. Sekarang ini, saya perlu berdisiplin dalam menyiapkan kerja saya semasa waktu pembelajaran, supaya saya dapat memberi perhatian penuh kepada Hannah apabila dia pulang dari tabika.

Adakah ia suatu keputusan yang sukar bagi anda, untuk tinggal berjauhan semasa melanjutkan pelajaran?

MEJ Ong: Kursus dua tahun saya bermula pada September 2020, hanya beberapa minggu sebelum kelahiran Hannah. Sebenarnya, kami sudah bersedia untuk saya pergi ke Jepun bersamanya sebaik sahaja sekatan perjalanan ditarik balik. Tetapi pandemik COVID-19 telah memberi kami lebih masa untuk bersama – kami tidak dapat melakukan perjalanan dan universiti saya membenarkan saya meneruskan kelas dalam talian, dan Hannah pula dapat melengkapkan tahun pertama dan meraihkan tahun lahir pertamanya di Singapura bersama keluarga kami.

MEJ Wai: Kami baru sahaja pergi ke Tokyo pada November lalu apabila sempadan Jepun dibuka, untuk membolehkan Charisia mula menghadiri pelajaran secara fizikal, dan saya berada selama enam minggu di sana untuk membantu mereka menyesuaikan diri di sana. Saya seorang yang bersikap tabah tetapi memang berat hati saya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semasa di lapangan terbang.

MEJ Ong dan MEJ Wai diijabkabulkan pada 2016, selepas lima tahun bercinta.

Nampak-nampaknya menjadi ibu bapa telah mengubah hubungan anda.

MEJ Wai: Ia suatu pergelutan di antara bersikap rasional dan emosi. Salah satu sebab saya pilih untuk terus bekerja (daripada mengambil cuti untuk pergi ke Jepun) kerana saya ingin melengkapkan lawatan operasi saya semasa Hannah masih kecil lagi, kerana dia tidak berapa ingat dengan ketiadaan saya di sisinya. Tetapi saya tidak sedar selepas menjadi bapa, saya sentiasa mahu berada di sisi anak saya.

MEJ Ong: Panggilan video harian ini adalah khususnya untuk Hannah melihat wajah ayahnya, supaya dia tidak lupa wajah atau suaranya! Lagipun, kami berdua boleh bersembang melalui teks pada bila-bila masa saja.

Pasangan itu menyambut kelahiran Hannah, anak perempuan mereka pada Oktober 2020. MEJ Wai, yang berada di tempat kerja ketika MEJ Ong sedang sarat bersalin, tiba tepat pada masanya untuk menyaksikan kelahirannya!

Meskipun begitu, anda masih memberi sokongan dan restu kepada Charisia.

MEJ Wai: Kami berdua memang cintai bahasa dan budaya Jepun – itulah yang menyerasikan kami berdua apabila kami bertemu buat pertama kali pada 2011 sebagai pegawai rendah di atas kapal korvet peluru berpandu RSS Vigour. Saya sedari dia sedang merealisasikan impiannya untuk belajar di Jepun. Alangkah seronoknya jika saya dapat menikmati pengalaman ini bersama-samanya. Kini, kami berharap sekatan perjalanan akan ditarik balik dan saya boleh terbang dengan mudah untuk bersama-sama mereka.

MEJ Ong: Saya sedang merealisasikan separuh daripada impian pasangan kami. Dia memahami keputusan saya kerana cinta kami bersama untuk Jepun. Dan itulah sebabnya dia memberi sokongan, walaupun dia terpaksa dipisahkan dengan Hannah.

MEJ Wai: Ini soal berbincang dan sanggup berkorban untuk satu sama lain. Contohnya, saya berada di Jerman selama hampir setahun pada 2019 untuk berlatih dalam pelancaran kapal selam kelas Invincible baharu di Singapura. Walaupun ia adalah suatu keperluan organisasi –

MEJ Ong: (aksi dramatik) – Hancur luluh hati saya!

MEJ Wai: Bukan mudah untuk membiarkan suaminya pergi. Jadi, kali ini, giliran saya pula untuk menyokongnya.

(Dari kiri) MEJ Ong dan MEJ Wai bergambar di hadapan helikopter Sikorsky S-70B Seahawk di Navy@Vivo pada 2017.

Bagaimana perasaannya mendirikan rumahtangga dengan seorang anggota RSN?

MEJ Wai: Ada satu gurauan tentang kami dalam Tentera Laut. Dia berkelayakan sebagai Pegawai Penyelaras Taktikal di helikopter tentera laut, justeru kepakarannya ialah memburu musuh kapal selam. Dan tugas saya sebagai anggota kapal selam adalah untuk menyembunyikan diri daripada helikopter tentera laut.

Walaupun kami masih belum berlatih bersama, setiap kali ada latihan atau senaman, para komander akan bergurau dan berkata: "Eh, jangan beritahu dia di mana lokasi kami!"

MEJ Ong: Atau mereka akan memberitahu saya: "Suruh dia berada di lokasi ini supaya kami boleh mencarinya!"

MEJ Wai: Dengan adanya pasangan dalam Tentera Laut bererti kami berdua saling memahami cabaran yang dihadapi dalam pekerjaan itu. Tambahan pula, dia lebih senior daripada saya dari segi Perkhidmatan, jadi mendengar tentang pengalamannya boleh membantu pemikiran saya. Dia juga warga kerja yang sangat bagus, lebih bagus daripada saya, jadi dia banyak memberi nasihat.

MEJ Ong: Bagi saya, ia banyak membantu dengan adanya seseorang yang boleh dipercayai untuk menerangkan tentang selok-belok yang rumit dalam peperangan anti-kapal selam, kerana subjek ini amat sukar difahami dengan semata-mata mempelajari teori dan sains di sebaliknya. Begitu juga jika ada sesuatu yang tidak boleh dibincangkan, dia akan memberitahu saya. Memang peranan kami saling melengkapi.

Kami diberitahu lamaran anda sungguh menarik!

MEJ Wai: Saya melamarnya pada 2015 di garisan meridian di Greenwich, London. Saya menipu dia untuk pergi ke London dengan alasan saya perlu mengakses Arkib Negara untuk tesis sarjana saya.

MEJ Ong: Dan kemudian anda membawa keluar pelbagai bendera tentera laut yang saya tidak dapat mengecam! Pada masa itu, saya belum pandai mengecam bendera! (bergelak)

MEJ Wai: Sebenarnya, saya tersalah taip! Saya ingin menaip "Sudikah kamu berkahwin dengan saya", tetapi ditaipkan pula "Sudikah kamu berkahwin dengan mereka"!

MEJ Ong: Lokasi itu memang penuh bermakna bagi kami memandangkan ia menandakan hubungan jarak jauh kami, seperti semasa saya berada dua tahun menuntut pengajian Sarjana di UK dan AS. Kami selalu terpisah oleh perbezaan masa. Dan dia pilih untuk melamar di tempat waktu dihitung.

Berkhidmat bersama-sama dalam Tentera Laut bererti pasangan itu memahami komitmen kerja masing-masing, dan tahu cara terbaik untuk saling menyokong menangani cabaran mereka.

Apakah sifat yang paling dihargai antara satu sama lain?

MEJ Wai: Wanita dalam SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah golongan istimewa – mereka sangat berdikari. Sebagai anggota kapal selam, ada banyak perkara berkaitan kerja saya yang tidak boleh berkongsi dengannya termasuk tarikh dan tempoh penempatan saya, jadi dia selalu terpaksa menghadapi ketidaktentuan seperti itu. Ia memerlukan insan yang istimewa untuk membuat pengorbanan sedemikian demi organisasi, dan dia memahami tekanan yang saya hadapi di tempat kerja.

MEJ Ong: Maklumlah, menjadi isteri anggota kapal selam bukanlah suatu keputusan yang mudah, walaupun saya bertugas di SAF dan RSN. Memandangkan kepercayaannya terhadap saya dan kepada kami, dia mampu menyerlahkan versi saya yang lebih baik, berbanding dengan saya melakukannya sendiri. Itu amat penting dan istimewa bagi saya.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!