TERBANG TINGGI KE AWAN BIRU

29may23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/29may23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=fa66a479_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TERBANG-TINGGI-KE-AWAN-BIRU
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TERBANG-TINGGI-KE-AWAN-BIRU
TERBANG TINGGI KE AWAN BIRU
29 May 2023 | PEOPLE

TERBANG TINGGI KE AWAN BIRU

KISAH TEO JING TING // FOTO LIONEL LEE & IHSAN ORANG YANG DITEMU BUAL

Semasa belajar terbang, Han Karci juga membina hubungan rapat dengan rakan sekursusnya dan menjalin pertalian persahabatan yang dihargai.

Encik Karci (tengah) bersama ibu bapanya di Majlis Anugerah Sayap Lesen Juruterbang Persendirian SYFC dan Penerbangan pada 27 Mei.

Semasa kecil, dia sering melawat rancangan udara bersama ibu bapanya. Bagaimanapun, program aeromodelling CCA (Aktiviti Kokurikulum) Kelab Penerbangan Belia Singapura (SYFC) semasa sekolah menengah telah menggerakkan hati Han Karci untuk menceburi bidang penerbangan.

"Semasa di CCA, saya bertemu dengan beberapa pegawai kanan yang telah mendapat Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) mereka dan mereka berkongsi pengalaman penerbangan mereka dengan saya," kata pelajar St. Joseph's Institution International berusia 18 tahun itu, yang menyertai kursus penerbangan SYFC pada 2022.

"Mereka berkongsi tentang semangat keakraban yang terpupuk di kalangan rakan sekursus sepanjang perjalanan PPL mereka dan bagaimana mereka mengatasi kesukaran dan cabaran dan ini benar-benar mendorong saya mendaftar untuk penerbangan."

Encik Karci (kanan) dan rakan CCA di pertandingan Singapore Amazing Flying Machine sebagai sebahagian daripada CCAnya pada 2019.

Impian yang menjadi kenyataan

Mengimbau tentang penerbangan solo pertamanya, Encik Karci berkata: "Ia merupakan pengalaman yang sungguh mengujakan. Berterbang sendirian di awan biru adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan bagi saya."

Ia bukan suatu perjalanan yang lancar. Dia sedang mengimbangi komitmen sekolah dan bersiap sedia untuk 16 sorti, yang perlu dicatat sebelum melakukan penerbangan solo pertamanya.

"Saya masih teringat dan tertanya-tanya sama ada bolehkah saya melakukan penerbangan solo pertama saya. Ia kelihatan semakin elusif apabila sorti itu berterusan."

Melalui kursus PPL, En Karci (duduk di barisan hadapan, kiri) berkawan baik dan rapat dengan instruktor dan rakan sekursusnya.

Mencari rakan sebaya yang sehaluan

Mujur, dia menerima sokongan daripada instruktor dan rakan-rakannya yang membantunya bertahan untuk mengharungi tempoh yang mencabar.

Jalinan persahabatan dan ikatan ini juga antara ciri terbaik tentang kursus PPL.

Mempunyai rakan yang sehaluan juga memudahkan pembelajaran dan En Karci mendapati dirinya seronok dengan sesi pembelajaran lewat malam bersama dengan rakan sekursusnya.

"Walaupun kami sedang belajar untuk peperiksaan penerbangan kami, ia lebih seronok bila kami saling bergurau senda dan memikirkan kaedah untuk mengingati konsep, sambil saling memberi galakan antara satu sama lain. Ini adalah antara kenangan paling manis bagi saya."

Setelah menerima PPLnya, Encik Karci kini mempertimbangkan untuk melanjutkan kerjayanya sebagai juruterbang RSAF.

Sayap keyakinan

Selain belajar memandu kapal terbang, Encik Karci juga mendapati dirinya lebih yakin untuk melalui kursus PPL, terutamanya semasa membuat keputusan.

"Instruktor saya tegas dan mempunyai harapan tinggi dan mereka sering mendorong saya untuk lebih giat berusaha dan mencapai prestasi yang lebih tinggi. Melalui ini, saya dapat belajar lebih mendalam tentang diri saya, apakah kekangan saya dan bagaimana untuk bangkit semula selepas menghadapi rintangan," kata Encik Karci.

"Saya juga membina kemahiran antara perorangan yang lebih mantap kerana saya terpaksa berinteraksi dengan pelbagai individu semasa kursus."

Encik Karci (kiri) menerima sijil PPL daripada Menteri Negara Kanan Pertahanan dan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad di majlis penganugerahan itu.

Kini setelah menerima sayapnya, Encik Karci sedang memikirkan untuk meneruskan kerjaya dengan Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

"Menjalani kerjaya sebagai juruterbang merupakan matlamat saya sejak kecil lagi dan RSAF menawarkan kerjaya yang menarik. Saya juga berharap dapat berkhidmat untuk negara saya dan melindungi ruang langit."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!