Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02dec20_news1_photo1fc1c9a47-d4e8-4cef-b22e-1f2d13d29701.jpg?sfvrsn=f74adf57_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TENTERA-NAIK-TARAF-PERALATAN-PERIBADI-UNTUK-MENGURANGKAN-BEBAN-TINGKATKAN-KEBERKESANAN-PERTEMPURAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TENTERA-NAIK-TARAF-PERALATAN-PERIBADI-UNTUK-MENGURANGKAN-BEBAN-TINGKATKAN-KEBERKESANAN-PERTEMPURAN
TENTERA NAIK TARAF PERALATAN PERIBADI UNTUK MENGURANGKAN BEBAN, TINGKATKAN KEBERKESANAN PERTEMPURAN
02 Dec 2020 | OPS & TRAINING

TENTERA NAIK TARAF PERALATAN PERIBADI UNTUK MENGURANGKAN BEBAN, TINGKATKAN KEBERKESANAN PERTEMPURAN

ASKAR-ASKAR KAMI KINI BOLEH BERLATIH DAN BERTARUNG DENGAN LEBIH BERKESAN DENGAN PENAMBAHBAIKAN TOPI KELEDAR DAN SISTEM GALAS BEBAN (LBS).

Askar-askar yang menjalani misi yang lasak menggunakan LBS Tertingkat) (kiri) manakala yang lain menggunakan LBS (Standard).

Pada masa dahulu, askar-askar negara terpaksa memakai peranti set kepala dengan topi keledar mereka, atau memikul beban di bahu membawa peralatan peribadi mereka.

Tentera Darat Singapura telah melancarkan topi keledar baharu dan Sistem Galas Beban (LBS) yang lebih selesa dengan pengagihan berat yang lebih sekata, dan boleh dikonfigurasikan untuk keperluan misi-misi tertentu.

Berikut adalah butiran mengenai peralatan peribadi baharu:

Topi keledar baharu ini direka untuk beroperasi dengan peranti set kepala.

Topi keledar baharu mempunyai reka bentuk potongan tinggi bagi askar memasang gogel nampakmalam dan set kepala komunikasi mereka. Ia adalah 10 peratus lebih ringan berbanding versi sebelumnya, dan dilengkapi dengan sistem pad yang boleh disesuaikan agar selesa dipakai.

Peningkatan dalam pelepasan haba & reka bentuk modular

LBS menggantikan Ves Galas Beban bersepadu (iLBV) bersepadu yang sebelumnya. Diperbuat daripada bahan tahan lama dan ringan, ia memberi keselesaan yang lebih baik kepada askar-askar dan meningkatkan pelepasan haba sebanyak 30 peratus.

Sistem baharu ini dilengkapi dengan komponen pasang tanggal supaya askar-askar hanya membawa apa yang diperlukan untuk misi atau latihan mereka. Terdapat dua varian, iaitu LBS (Tertingkat) dan LBS (Standard).

Askar-askar daripada formasi pertempuran seperti Komando, Pengawal dan Infantri, yang melakukan misi-misi yang lasak, menggunakan varian LBS (Tertingkat). Ia terdiri daripada Ves LBS (Tertingkat), Pengangkut Baju Besi dan tali pinggang.

Ves LBS (Tertingkat) membolehkan pelepasan haba badan dengan cepat dan memudahkan kantung dikonfigurasi semula.
Pengangkut Baju Besi dipakai di bawah Ves LBS (Tertingkat). Askar-askar hanya perlu memakainya sekiranya perlindungan balistik diperlukan.
Tali pinggang yang dipakai di pinggul, mengurangkan ketegangan di bahu.

Bagi varian LBS (Standard), ia dirancang untuk askar-askar dari unit Sokongan Tempur dan Sokongan Khidmat Tempur. Ia terdiri daripada Ves dan tali pinggang LBS (Standard).

Ves LBS (Standard) disepadukan dengan Pengangkut Baju Besi. Askar-askar boleh memasukkan plat perisai badan sekiranya perlu.

Pengagihan berat badan yang lebih baik

Kedua-dua varian LBS mempunyai beberapa titik yang boleh dilaraskan dengan baik seperti tali bahu dan jalur perut agar ves dipakai dengan baik.

Askar-askar boleh melaraskan jalur perut supaya ves selesa dipakai. Pemakaian yang selesa membantu mengagihkan beban ke bahagian teras badan.
Sistem yok membantu mengagihkan beban secara sekata ke bahu.
Jalur elastik di bahagian belakang ves LBS (Tertingkat) meregang mengikut pergerakan, memberi keselesaan kepada askar-askar.

Komponen LBS juga boleh didapati dalam pelbagai saiz untuk menyesuaikan tentera dengan bentuk dan saiz yang berlainan. Contohnya, seorang askar boleh memakai tali pinggang berukuran L dengan ves saiz-M.

Leftenan Kolonel (LTC) Ho Chee Leong, 44, menjelaskan bagaimana LBS meningkatkan keberkesanan pertempuran di kalangan askar "Sistem pelbagai komponen membantu mereka mengagihkan beban ke kumpulan otot badan yang berlainan, sehingga meningkatkan daya tahan tentera di kawasan lapangan."

Ketua Pusat Kecemerlangan Prestasi Askar (CESP) menambah: "Memandangkan anda tidak perlu memakai konfigurasi sepenuhnya – pelbagai komponen yang dapat dipasangkan hanya sekiranya perlu– sekali lagi meningkatkan kemapanan tentera kita di kawasan lapangan."

Pegawai kadet menjalani latihan lapangan dengan menggunakan LBS (Tertingkat) dan topi keledar baharu.

Pembangunan LBS

CESP memulakan pembangunan LBS pada tahun 2016 dan ujian satu tahun yang ekstensif dikendalikan bersama dengan askar-askar daripada pelbagai formasi di seluruh angkatan tentera darat.

Jurutera faktor insan mengkaji bagaimana reka bentuk LBS baharu mempengaruhi pergerakan dan tekanan haba pada askar-askar semasa mereka berlari, memanjat, mengelak dan mengatasi rintangan di kawasan lapangan.

Mereka juga menganalisis data antropometri (ukuran tubuh manusia) dari seluruh Angkatan Bersenjata Singapura.

"Reka bentuknya adalah khususnya untuk rakyat kita. Ia memberi anda lebih keselesaan serta pergerakan yang lebih baik semasa berada di Kawasan lapangan, " kata Pegawai Waran 1 Heng Song Po, Pegawai Waran Cubaan Lapangan di Soldier Systems Integration Lab, CESP.

Pegawai berusia 38 tahun itu menambah: "Semasa percubaan dijalankan, kami mendapati bahawa LBS ... sangat berkesan dari segi pelepasan haba (dan) pengagihan beban. Dan kesemua ini merupakan ciri-ciri yang amat dihargai oleh askar-askar di kawasan lapangan. "

Siapakah yang akan mendapat peralatan baharu itu?

Tentera Darat telah mula melengkapkan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) dengan topi keledar baharu sejak Oktober tahun lalu.

NSF dari unit tempur dilengkapi dengan LBS (Tertingkat) sejak Januari tahun ini. Mereka yang datang dari unit Sokongan Tempur dan Sokongan Khidmat Tempur akan menerima LBS (Standard) mereka mulai tahun depan.

Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) akan terus menggunakan Ves Galas Beban bersepadu (iLBV) dan topi keledar sedia ada kerana peralatan ini masih memenuhi syarat latihan mereka.

Hanya Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara di unit Artileri terpilih yang mengguna Howitzers dengan topi keledar baharu yang serasi dengan peralatan pelindung telinga mereka.

OCT Jeyakumar (kiri) membina rintangan wayar semasa latihan di Kawasan lapangan. Dia memakai LBS (Tertingkat) dan topi keledar baharu.

Maklum balas daripada askar-askar yang telah mengguna peralatan peribadi baharu adalah positif.

Bagi Pegawai Kadet (OCT) Emil Harris Bin Jefree, 21, topi keledar dan tali pinggang baharu itu selesa dipakai, dan membantunya membiasakan diri dengan latihan ketenteraan.

"Ia membantu dalam latihan, lebih-lebih lagi bagi kami rekrut baharu yang mula menyertai pasukan; kami harus (menyesuaikan diri kami secara beransur-ansur) mengikuti latihan dan senaman," katanya.

Pertama sekali, rekrut akan diberikan topi keledar dan tali pinggang, yang memenuhi syarat latihan mereka semasa Latihan Asas Tentera (BMT). Mereka akan diberikan baki komponen LBS apabila mereka dihantar ke unit masing-masing.

Rakan Kadet OCT Ajey Jeyakumar, 20, yang mendapat Ves LBS (Tertingkat) ketika menyertai Sekolah Pegawai Kadet, berasa bahawa itu adalah penambahan yang baik kerana dia dapat mengkonfigurasi vesnya mengikut keperluan misinya.

Katanya lagi: "Untuk topi keledar, ada pad baharu yang sangat selesa, dan saya dapat menyesuaikannya dengan cara yang serasi dengan kepala saya. Ia adalah suatu penambahan yang baik kerana sepanjang tempoh misi yang panjang, saya perlu memakai topi keledar saya.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?