Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/test169_13jul2137058dc3-1147-4afe-a164-199d48a5b224.jpg?sfvrsn=f83e7cdb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TEMAN-SAYA-IALAH-TEMAN-YANG-TERBAIK
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TEMAN-SAYA-IALAH-TEMAN-YANG-TERBAIK
TEMAN SAYA IALAH TEMAN YANG TERBAIK
16 Jul 2021 | PEOPLE

TEMAN SAYA IALAH TEMAN YANG TERBAIK

TEMAN-TEMAN TERBAIK BOLEH TERGOLONG DALAM PELBAGAI BENTUK DAN SAIZ–MALAHAN JUGA DALAM BENTUK BERKAKI EMPAT DAN BERBULU YANG SUKA BERMAIN MENCARI DAN BOLEH MENGHIDU BAHAN LETUPAN BERBAHAYA UNTUK MENJAGA KESELAMATAN ORANG RAMAI. TEMUI SSG KANNAN DAN ANJING PENGHIDU ROGUE DALAM SIRI TEMAN PIONEER!

SSG Kannan, Pengendali anjing dan anjing penghidu Rogue telah bekerja bersama-sama selama dua tahun.

Teman SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) terbaik anda tidak semestinya berpakaian seragam dan duduk bersebelahan anda di pejabat. Adakalanya, mereka berbulu, berkaki empat, dan suka dibawa berjalan, sama seperti Rogue, teman terbaik Staf Sarjan (SSG) Kannan A/L Virapandian!

Labrador Retriever yang berusia enam tahun ini boleh mengesan bahan letupan semasa melakukan sapuan bom untuk acara seperti Perbarisan Hari Kebangsaan.

Pengendali anjing SSG Kannan dari Unit Anjing Bekerja Tentera (MWDU) telah bekerja bersama dengan Rogue sejak 2019. Beliau dipertanggungjawab melatih anjing seperti Rogue melalui kursus anjing penghidu selama lapan minggu, di mana mereka dilatih mengguna deria mereka untuk mengesan jenis-jenis bahan letupan yang berbeza.

Seperti semua jenis persahabatan, ikatan antara spesies mengambil masa dan usaha untuk dipupuk, kata SSG Kannan. Meskipun ada perbezaan, namun keperibadian mereka yang serupa membolehkan mereka mengikat persahabatan dengan pantas dan bekerja bersama dengan baik.

Kami duduk bersama SSG Kannan dan Rogue untuk mengetahui lebih lanjut tentang persahabatan mereka yang luar biasa!

Ia mengambil masa dan usaha untuk anjing bekerja dan pengendali mereka untuk membina hubungan yang erat dan serasi semasa menjalani operasi, kata SSG Kannan.

Hai SSG Kannan dan Rogue! Ceritakan bagaimana anda berdua bertemu!

Rogue: Hai! Saya bertemu Kannan semasa menyertai MWDU dua tahun yang lalu!

SSG Kannan, bagaimanakah anda menjaga Rogue?

SSG Kannan: Terdapat tiga elemen penting dalam penjagaan Rogue. Pertama, dandanan yang betul, seperti memotong kuku dan memberus bulunya. Ini bukan sahaja penting untuk kesihatan dan kesejahteraannya, tetapi juga untuk ketenangannya supaya dia boleh berfokus semasa latihan.

Kedua, meneliti diet dan ubat-ubatannya (bila diperlukan) kerana makanan dan pemakanan adalah amat penting bagi memastikan anjing kekal sihat dan boleh beroperasi.

Akhir sekali, berada bersamanya dan memberi kasih sayang. Di luar latihan, saya akan meluangkan masa berkualiti dengan membawanya berjalan-jalan sekali atau dua kali seminggu dan membelainya.

Bila masanya anda sedar bahawa anda boleh menjadi "teman terbaik"?

SSG Kannan: Bila kami mula melatih anjing, kami akan mengguna tali cawak pada anjing bila keluar berjalan-jalan kerana mereka sering terganggu dan akan cuba merayau dengan sendiri.

Pada suatu hari, saya cuba membawanya keluar berjalan-jalan tanpa tali cawaknya semata-mata untuk melihat reaksi dia. Sebaliknya, dia begitu patuh dan mengikut saya sepanjang masa.

Itulah masanya saya sedar bahawa kami telah mengikat persahabatan dan dia percaya pada saya dan mengikuti panduan saya. Hari yang menjadi kenangan!

Rogue: Ini berlaku setelah kami bekerja bersama selama lebih kurang satu tahun. Kami saling mempercayai dan memahami satu sama lain setelah menghabiskan banyak masa bersama!

SSG Kannan membawa Rogue keluar berjalan-jalan. Dia sedar bahawa mereka telah saling memahami apabila Rogue dapat mengikut jejaknya tanpa bertali cawak dan tidak merayau dengan sendiri semasa berjalan-jalan.

Jelas sekali perwatakan anda berdua jauh berbeza. Bagaimanakah anda berjaya mengikat persahabatan dan bekerja bersama dengan baik?

SSG Kannan: Rogue mempunyai keupayaan yang jauh lebih tinggi untuk mengesan dan mengasingkan bau (semasa mencari bahan letupan). Walau bagaimanapun, sayalah yang akan memberinya arahan dan suruhan. Saya juga menjaga keselamatannya semasa dia mencari bahan letupan. Dengan kerja berpasukan ini, kami boleh menyapu kawasan operasi yang meluas dalam masa yang lebih singkat.

Rogue: Tetapi kami agak serupa kerana kami mahu menyelesaikan tugas yang diberi kepada kami. Kami juga setia, dan kami suka kekal aktif dan berseronok di luar. Persamaan kami memudahkan kami berkawan, dan kami akan saling menjaga sesama sendiri walau apa pun!

SSG Kannan melayan mesra Rogue dalam aktiviti permainan kegemarannya, iaitu permainan mencari.

Apa yang anda buat semasa melepak bersama?

Rogue: Saya memang suka bermain mencari dengan mainan kegemaran saya – bola tenis! Saya berasa teruja hanya memikirkannya!

SSG Kannan: Anjing ini tidak boleh duduk diam; dia suka keluar dan berlari-lari! Dia tidak suka sekali pulang ke kandangnya – setelah berlatih, dia akan menarik saya ke arah lain bila saya berjalan menuju ke kandangnya, dan akan menunjukkan wajah "mata sedih" bila saya menutup pintu kandangnya.

Rogue: *menunjukkan wajah mata sedihnya*

SSG Kannan: Tetapi dia perlu berehat dengan secukupnya selepas latihan untuk pulih.

Apakah kenangan yang paling manis bagi anda berdua?

SSG Kannan: Ada banyak pengalaman manis yang tidak dapat kami lupakan, tetapi jika dipilih satu-satunya ialah semasa kami manjalani operasi semalam. Semasa berehat, dia mengerekot di sisi saya lantas tidur atas pangkuan saya. Ia adalah operasi yang sangat menjerihkan baginya, dan saya menepuk-nepuk perutnya dengan lembut. Bila saya berhenti, dia akan menarik tangan saya ke perutnya dengan kakinya. Saya tahu dia tidak mahu saya berhenti, jadi saya terus menepuk-nepuk sehingga dia bangun semula.

Rogue: Semasa berlatih dengan pengendali lain, saya berasa amat selesa bila melihat Kannan di sana! Saya akan mencarinya dan berlari ke arahnya untuk dipeluk semasa waktu rehat saya!

Perilaku Rogue memberi keselesaan kepada SSG Kannan setelah menjalani latihan seharian. Begitu juga, Rogue akan mengenal dan mencari SSG Kannan apabila melihatnya menghampiri bersama-sama pengendali anjing lain.

Apa yang anda paling suka tentang satu sama lain?

SSG Kannan: Ada banyak yang saya suka tentang Rogue tetapi yang penting sekali, dia menenangkan hati saya bila saya mengalami hari yang buruk! Suatu keunikan Rogue ialah wajahnya yang sentiasa tenang dan tenteram. Dia dapat merasakan bila saya rasa tertekan, dan setelah berinteraksi sekejab dengannya, saya akan berasa lebih baik dengan serta-merta.

Rogue: Dia amat bersabar dengan saya. Dan dia akan meluangkan masa bermain mencari dengan saya!

Dan apa yang anda benci sekali?

Rogue: Bila saya dimasukkan semula ke dalam kandang saya. *wajah bermata sedih*

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!