TEMA. LOGO DAN LAGU NDP 2018 DIPERKENALKAN

22may18_news3 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/22may18_news3.jpg?sfvrsn=709ab7f9_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TEMA-LOGO-DAN-LAGU-NDP-2018-DIPERKENALKAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TEMA-LOGO-DAN-LAGU-NDP-2018-DIPERKENALKAN
TEMA. LOGO DAN LAGU NDP 2018 DIPERKENALKAN
22 May 2018 | COMMUNITY

TEMA. LOGO DAN LAGU NDP 2018 DIPERKENALKAN

// LAPORAN OLEH KOH ENG BENG

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG 

Tema Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini – "We are Singapore" (Kami Singapura) – berhasrat untuk menyatukan warga Singapura dengan menyematkan rasa bangga "siapa kami, asal usul kami, apa yang telah kita atasi dan apa cita-cita kami bersama ". 

Tema, yang telah diperkenalkan pada 22 Mei di Pelantar Terapung Marina Bay, juga menyatukan logo dan lagu baru – versi tipografi dan muzikal tema tersebut.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2018 Brigadier Jeneral (BG) Alfred Fox menyatakan: " 'We Are Singapore'(Kami Singapura) mewakili suara bersama warga Singapura yang dengan bangga menyatakan masa lalu, masa kini dan masa datang kita, ikrar perpaduan dan kebersamaan antara pelbagai budaya dan asal usul Singapura."

Beliau menambah: "Ia bermaksed banyak perkara berbeza kepada orang berbeza dan jika anda bertanya kepada warga Singapura, ia adalah tentang geografi, ia adalah tentang budaya, identiti, visi …malah makanan kepada sesetengah orang. Ia benar-benar merangkumi banyak makna yang berbeza."

Menjana semula lagu klasik

Penyanyi-pencipta lagu Charlie Lim menulis lirik baru bagi permulaan lagu klasik NDP iaitu "We Are Singapore" (Kami Singapura). Usaha ini adalah untuk menggabungkan pemikiran generasi yang lebih muda, sambil melibatkan generasi yang lebih tua dengan korus asal dan tidak dapat dilupakan.

Menjelaskan taklimat jawatankuasa NDP kepada beliau, En Lim menyatakan: "Mereka mahu menyegarkan semula lagu yang telah dicipta pada tahun 1987 dan adalah sangat relevan bagi zamannya, namun saya rasa kita mahu melihat pada perkara melalui perspektif generasi yang lebih muda."

Ditanya apa yang beliau harapkan warga Singapura mendapat faedah daripada lagu tersebut, En Lim menyatakan: "Bersikap proaktif dan mengambil pemilikan. Dan memetik daripada lirik saya sendiri: Lakukan perubahan yang memenuhi hasrat anda."

Sebagai inspirasi, En Lim meluangkan seminggu melakukan penyelidikan dan menonton video YouTube lagu-lagu lama NDP. Kemudian beliau menulis lirik baru dan merakamkan demo di dalam bilik tidur beliau. Demo ini kemudiannya digunakan di dalam runut rasmi.  

"Kami sebenarnya cuba membuat rakaman di dalam studio, namun memutuskan bahawa ia mempunyai persembahan yang lebih baik dan ia datang dari tempat yang lebih tulus," ujar beliau.

Sorotan perarakan

Perarakan tahun ini akan dilangsungkan di Pelantar Terapung Marina Bay pada 9 Ogos. Antara sorotan acara adalah gabungan terjunan udara yang pertama kali dilakukan oleh penyelam tempur tentera laut Angkatan Bersenjata Singapura dan ahli payung terjun Red Lions.  

Penonton juga akan dipersembahkan dengan terbang lintas hormat dan persembahan yang dipertingkatkan, bagi memperingati ulang tahun Tentera Udara Republik Singapura yang ke-50 pada tahun ini.

NDP 2018 akan melihat bilangan peserta yang terbesar dan persembahan tatu tentera yang terbesar yang akan dilangsungkan di pelantar terapung. Gabungan Koir Sekolah juga akan membuat penampilan semula selepas dihentikan selama lima tahun.

Dianjurkan oleh Divisyen Singapura ke-3, bersama-sama dengan agensi dari sektor swasta dan awam, NDP 2018 akan melibatkan 14,000 peserta, sukarelawan dan kakitangan di sebalik tabir dan di atas pentas.

Warga Singapura digalakkan untuk menyertai perbualan NDP 2018 dengan menandakan gambar, ucap selamat, refleksi dan kisah mereka pada kedua-dua platform media sosial peribadi mereka dan NDP (@ndpeeps), dengan hashtag berikut: #WeAreSingapore, #NDP2018 dan #NDP18.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?