Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02sep22_photo1dbf8cc4b-e5fd-4e23-bf98-bb3711a4a7d2.jpg?sfvrsn=dbf00a05_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SURI-TELADAN-TEGAS-UNTUK-PEMIMPIN-MASA-DEPAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SURI-TELADAN-TEGAS-UNTUK-PEMIMPIN-MASA-DEPAN
SURI TELADAN TEGAS UNTUK PEMIMPIN MASA DEPAN
02 Sep 2022 | PEOPLE

SURI TELADAN TEGAS UNTUK PEMIMPIN MASA DEPAN

PADA SUATU KETIKA DAHULU, DIA MERUPAKAN "SI GARANG" DALAM PASUKAN PENGERAHAN TENTERA. KINI, 3WO MUHD HIDHIR MENUNJUKKAN KESEIMBANGAN ANTARA TEGAS DAN MESRA SEBAGAI JURULATIH OCS.

Dengan pengalamannya selama bertahun-tahun dalam Pasukan Pengerahan Tentera (ADF) – sebuah unit operasi amat terlatih yang bergerak balas untuk kontingensi masa aman dan ancaman pengganas – dulu dia merupakan salah seorang jurulatih yang paling garang.

Namun, Pegawai Waran Ketiga (3WO) Muhd Hidhir bukan lagi bersifat begitu.

Kini berumur 35 tahun dan seorang Pegawai Waran Platun dalam Alpha Wing di Sekolah Pegawai Kadet (OCS), dia mengambil pendekatan yang jelas lebih lembut.

"Tempo di ADF jauh lebih tertumpu pada misi… Jadi apabila saya datang ke OCS, saya mengambil masa satu hingga dua bulan untuk menyesuaikan gaya latihan saya.

"Sekarang saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang jurulatih, sebaliknya saya seorang pendidik kepada pemimpin baharu dan cuba menjadi suri teladan bagi mereka."

Dia pasti telah mengambil langkah yang betul. Sejurus selepas mengambil kumpulan pelajar OCS pertamanya, 3WO Hidhir telah diberi Anugerah Jurulatih Berinspirasi Institut Tentera SAFTI pada 2022.

Pegawai kadet yang menjalankan latihan operasi bandar di bawah penyeliaan 3WO Hidhir (hujung kiri).

Keeratan bersama kadet

3WO Hidhir tidak gemar berehat, sebaliknya dia mendapatkan maklum balas daripada kumpulan pelatihnya untuk menambah baik gaya mengajar bagi kumpulan kadetnya yang kedua – meluangkan lebih banyak masa bersama mereka di luar latihan.

"Dia ada keluarga (tetapi) sanggup meluangkan masa lapangnya untuk tinggal di kem dan menghabiskan masa serta melibatkan diri bersama kami.

"Itu pengalaman yang amat baik dalam perjalanan kami sebagai kadet," kata Leftenan Kedua (2LT) Aw Zi Yann, yang ditauliahkan pada bulan Jun ini selepas menjalani kira-kira sembilan bulan latihan.

Sebagai satu-satunya wanita dalam platun dan keseluruhan kohort Infantri Ringan, 2LT Aw pada awalnya tidak dibenarkan menyertai sesetengah sesi pergaulan lelaki.

"Pada masa itu agak sukar bagi saya kerana saya hanya dapat berjumpa platun semasa latihan dan kelas," kata anggota berumur 20 tahun tersebut, yang kini seorang Komander Platun di Batalion ke-3, Pengawal Singapura.

3WO Hidhir (kiri) telah menumpukan usaha yang lebih untuk memastikan perpaduan dalam platunnya, kata bekas kadetnya 2LT Aw.

3WO Hidhir menggalakkan kadet lelaki agar melibatkan 2LT Aw dalam aktiviti mereka dan juga membuka bilik rehat supaya semua orang dapat berbual dan makan lewat malam bersama, jika kadet dibenarkan berbuat demikian.

"Oleh sebab usaha Waran Hidhir, kadet lelaki lebih mesra dan saya rasa sifat perpaduan dan identiti yang lebih rapat bersama platun saya," katanya.

Dia digelarkan sebagai 'Raksasa'

3WO Hidhir berasal dari unit aktif dan menekankan kemahiran tempur dan kecergasan dalam latihannya. "Sebelum saya pulang dari kerja, saya akan sentiasa jalankan PT (Latihan Fizikal) ringkas untuk memperbaik kelemahan kadet," katanya.

Dia telah mewakili Tentera Singapura di Kejohanan Menembak Tentera Darat ASEAN (AARM), seterusnya bertanding di kejohanan Tentera lain di Australia dan Brunei.

Sebagai penggemar kecergasan juga, 3WO Hidhir telah diberi nama samaran "Raksasa" oleh salah seorang komandernya apabila dia menyelesaikan Balapan Berhalang Standard – yang termasuk larian 700m sebelum mengharungi halangan dan satu lagi larian 600m – dalam masa 7 minit 2 saat. (Skor lulus ialah 9 minit 14 saat.)

3WO Hidhir (hujung kiri) dan pasukannya membawa pulang anugerah dalam kategori Pertandingan Karbin 1 dan kategori lain di Kejohanan Menembak Tentera Darat 2018; dan menjalankan rutin kecergasan hariannya semasa zaman ADF (foto di bawah).
1-UP-B-caption

Memegang kepercayaannya

Dalam latihan, 3WO Hidhir sering menekankan tiga kepercayaannya tentang sikap yang pemimpin perlu tunjukkan kepada pegawai kadetnya – Tegas, Mesra dan Adil.

"Dia sememangnya ada keseimbangan antara ketegasan dan kemesraan dari segi kerja dan aktiviti lapang; dan saya benar-benar rasa dia bersikap adil dan mudah dirapati oleh semua orang, terutamanya membantu anggota yang lebih lemah," kata 2LT Aw.

2LT Aw (berdiri) rasa bahawa 3WO Hidhir menunjukkan keseimbangan antara ketegasan dan kemesraan dalam latihannya.

Menurut 3WO Hidhir, nilai ini diperoleh daripada latihan ADF yang mendidik anggotanya agar bersikap tegas, mesra dan adil kepada orang awam semasa operasi menjaga keamanan.

"Saya menggunakan kepercayaan ini sehingga kini. Inilah cara saya melayan kadet dan juga nilai yang saya ajar kepada mereka," katanya.

Detik yang paling membanggakan dirinya sebagai jurulatih adalah menyaksikan pentauliahan kadetnya selepas 38 minggu latihan keras.

"Perbarisan pentauliahan ialah hari yang membuat saya rasa tersentuh… Saya anggap mereka seperti adik beradik saya dan saya gembira menyaksikan mereka semakin membesar," kata 3WO Hidhir, yang juga mempunyai anak lelaki berumur enam bulan.

"Jadi saya sentiasa tidak sabar menantikan pentauliahan mereka, apabila mereka memakai pangkat mereka. Pada masa itu, saya tahu bahawa saya telah melatih mereka dengan baik – harap-harapnya, apa-apa yang saya ajar akan sentiasa memberi manfaat kepada mereka dalam unit mereka."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!