SUKARELAWAN TAWAR PELBAGAI KEPAKARAN

KEN_8445 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/ken_8445.jpg?sfvrsn=4489e980_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SUKARELAWAN-TAWAR-PELBAGAI-KEPAKARAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SUKARELAWAN-TAWAR-PELBAGAI-KEPAKARAN
SUKARELAWAN TAWAR PELBAGAI KEPAKARAN
24 Aug 2018 | COMMUNITY

SUKARELAWAN TAWAR PELBAGAI KEPAKARAN

// LAPORAN OLEH TEO JING TING

// GAMBAR OLEH KENNETH LIN

Merungkai Persoalan tentang Perkhidmatan Negara (NS).

Itulah apa yang dilakukan oleh En. Christopher James Edwards sejak menjadi anggota Majlis Penasihat Hubungan Komuniti dalam Pertahanan (Advisory Council on Community Relations in Defence, ACCORD) (Utama) dan (Institusi Pendidikan). 

Beliau yang berumur 54 tahun dan berkhidmatan sebagai Ketua Kolej United World College South East Asia (UWCSEA) kerap menganjurkan perhimpunan untuk mereka yang bakal menyertai NS dan ibu bapa mereka, bersama-sama dengan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (Full-Time National Servicemen, NSF) dan juga Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (Operationally-Ready National Servicemen, NSmen) untuk membincangkan sebahagian daripada kebimbangan dan kemusykilan yang mungkin dihadapi oleh pelajarnya tentang NS.

"Kadang-kadang, ianya semudah menyediakan maklumat berfakta tentang NS. Atau menangani kebimbangan tentang bagaimana warganegara baru Singapura, yang tidak bertutur dalam bahasa Mandarin, boleh menyesuaikan diri dengan NS."

Selain daripada ibu bapa dan pelajar beliau, En. Edwards juga menjadikannya misi beliau untuk mendidik komuniti antarabangsa tentang NS.

"Ramai di kalangan mereka tidak tahu apa-apa tentang NS, jadi kami mempunyai guru kanan dari sekolah antarabangsa utama yang menggembleng tenaga, memberikan ceramah dan meningkatkan tahap kesedaran tentang NS."

Atas komitmen dan sumbangan beliau ke arah pertahanan Singapura, En. Edwards ialah di antara 286 sukarelawan yang menerima pengiktirafan di majlis Makan Malam Sukaralewan tahunan MINDEF yang dianjurkan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Hotel Marina Mandarin pada 24 Ogos. 

Sukarelawan, yang datangnya dari sektor awam dan swasta, berkhidmat dalam 39 lembaga dan jawatankuasa di Kementeria Pertahanan. Dr Ng juga mempersembahkan 82 sijil pelantikan dan pelantikan semula kepada sukarelawan di majlis tersebut.

Semasa majlis makan malam, Dr Ng mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan menekankan sumbangan mereka yang tidak ternilai harganya terhadap pertahanan negara. Beliau menyatakan: "Kekuatan negara kita pada dasarnya adalah sekuat dedikasi warganegaranya terhadap visi dan wawasan Singapura.

"Sebagai sukarelawan, anda menghayati dan juga menyatakan nilai-nilai kenegaraan tersebut yang menjadikan negara kita kuat." 

Bagi Cik Joanna Portilla, 47 tahun, idea Women's Boot Camp tercetus daripada acara Dads for Life Camp@Army Open House 2017 di mana bapa mengeratkan hubungan dengan anak mereka serta pengalaman berkempen.

Ahli ACCORD (Keluarga dan Komuniti) kemudian memutuskan untuk menganjurkan acara khusus untuk wanita bagi mengalami sendiri program NS.

Kem latihan sulung yang akan dilangsungkan di Kem Maju pada 1 dan 2 Sep itu, akan menyaksikan rekrut wanita membuat aktiviti-aktiviti NS seperti kawad laluan sejauh 3km, mengendalikan Singapore Assault Rifle 21 dan makan hidangan catuan pertempuran.

"Sebab utama kami (menganjurkan kem tersebut) adalah untuk wanita untuk menikmati sendiri apa yang dihadapi oleh suami, teman lelaki atau anak lelaki mereka. Tetapi selepas bercakap dengan mereka, kami menyedari bahawa sesetengah peserta muda juga mahu menikmati sedikit kehidupan tentera sebelum mendaftar."

Sejak pengumumannya pada 17 Jul, lebih daripada 1,000 wanita telah mendaftar untuk kem dengan peserta paling muda berumur 13 tahun manakala peserta paling tua berumur 64 tahun. Walau bagaimanapun, hanya 100 tempat tersedia dan undian terpaksa dilakukan.

Memandangkan minat yang amat mendalam, Cik Portilla juga bercadang untuk menganjurkan lawatan sehari ke kem Angkatan Bersenjata Singapura (Singapore Armed Forces, SAF) untuk mengalami sendiri pengalaman hebat itu bagi mereka yang tidak terpilih.

"Zaman telah berubah - wanita lebih menunjukkan minat terhadap NS. Mereka menganggap bahawa NS adalah satu kemestian bagi pertahanan kita. Malah, ramai ibu-ibu kini menyokong anak perempuan mereka (jika) mereka mahu menyertai latihan NS."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?