SUDAHKAN ANDA BERSEDIA UNTUK MENGHAYATI MOMEN LAGU KEBANGSAAN?

28jul20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28jul20-photo19dcb48ec-a777-441d-8973-4b5598920c5a.jpg?sfvrsn=91d5a73_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SUDAHKAN-ANDA-BERSEDIA-UNTUK-MENGHAYATI-MOMEN-LAGU-KEBANGSAAN
SUDAHKAN ANDA BERSEDIA UNTUK MENGHAYATI MOMEN LAGU KEBANGSAAN? https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SUDAHKAN-ANDA-BERSEDIA-UNTUK-MENGHAYATI-MOMEN-LAGU-KEBANGSAAN
28 Jul 2020 | COMMUNITY

SUDAHKAN ANDA BERSEDIA UNTUK MENGHAYATI MOMEN LAGU KEBANGSAAN?

Sambil anda menyaksikan Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) dari rumah tahun ini, jangan terkejut jika anda mendengar korus yang biasa didengari “Majulah, Singapura!" bergema di kawasan kejiranan anda.

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文

Selain acara perarakan yang menjadi kegemaran ramai seperti lintas hormat, bendera negara dan terbang lintas hormat F-15SG, serta Tembakan Hormat Presiden, Perarakan tahun ini di Padang akan menampilkan Momen Lagu Kebangsaan istimewa, yang bakal meniup semangat warga Singapura di rumah agar berdiri bersama-sama sambil menyanyikan Lagu Kebangsaan.

"Momen Lagu Kebangsaan ini penting kerana ia mewakili detik perpaduan bagi seluruh negara untuk bersatu dalam menghadapi cabaran, memandang ke hadapan dengan penuh harapan serta keyakinan," kata Kolonel (COL) Cai Dexian, 36, Pengerusi Jawatankuasa Perayaan dan Pertunjukan Rumah.

Lapan lokasi telah dipilih bagi mewakili sektor-sektor penting di Singapura, kata COL Cai.

Berikut adalah apa yang anda patut tahu bagi menyertai Momen Lagu Kebangsaan istimewa ini:

Seruan untuk bersatu: dengarkan siren "All-Clear" pada 10.30am!

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, Sistem Amaran Awam akan dibunyikan, menandakan bermulanya Momen Lagu Kebangsaan. Walau dari mana anda menyaksikan perarakan, jangan lupa untuk berdiri dan menyertai detik ini!

3SG Lim akan menaikkan bendera negara di Padang pada Hari Kebangsaan.

Berikan sorakan kepada Sarjan 3 (3SG) Lim Yu Jie ketika dia menaikkan bendera negara di Padang

Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa 3SG Lim akan menaikkan bendera negara semasa Momen Lagu Kebangsaan. Dia bakal menyertai NDP buat pertama kalinya.

"Peranan saya ialah menaikkan bendera negara seiring dengan lagu kebangsaan tanpa memandang bendera negara – inilah cabarannya. Ia memerlukan pergerakan yang tepat," kata Polis Tentera berusia 20 tahun dari Unit Penguatkuasaan Polis Tentera (MP), Markas MP Angkatan Bersenjata Singapura.

Bagaimanapun, upacara yang berprestij dan penting ini tidak asing baginya: sebagai Panglima Seksyen Pengawal Presiden, dia juga bertanggungjawab menaikkan bendera negara yang dikenali sebagai Presidential Standard di Istana setiap pagi semasa dia bertugas. Tetapi disebabkan bendera yang digunakan untuk NDP ini lebih kecil dan ringan, dia perlu benar-benar memastikan rentak masa dan daya yang dikenakan ketika menaikkan bendera itu tepat.

Bagi melaksanakan tugas ini, dia berlatih tiga kali seminggu. Dia juga mendengar Lagu Kebangsaan semasa waktu lapang dan membayangkan pergerakan yang perlu dibuat di dalam mindanya.

"Tentunya saya lebih tertekan dan gentar, terutamanya kerana perarakan itu akan disiarkan secara langsung di TV. Tetapi saya menenangkan diri dengan berborak dengan rakan-rakan sebelum perarakan. Kami membakar semangat satu sama lain, dan menenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam."

Nantikan upacara menaikkan bendera serentak yang diadakan di lapan lokasi di seluruh Singapura

Sambil Lagu Kebangsaan dimainkan di Padang, upacara menaikkan bendera juga akan diadakan di lapan lokasi di seluruh Singapura, setiap satu mewakili sektor negara utama.

"Setiap satu lokasi ini sarat dengan makna dan kepentingan, kerana ia mewakili sebahagian daripada kerja penting, kerja di sebalik tabir (yang) ramai daripada wira tidak didendang kami lakukan bagi memastikan Singapura berjalan lancar (semasa pandemik COVID-19)," kata COL Cai mengenai pilihan lokasi.

Para Menteri akan berada di lokasi untuk memimpin upacara dan bertemu dengan peserta. Petikan upacara satelit akan disiarkan di TV dan radio.

Padang, yang merupakan tapak bersejarah NDP Singapura yang pertama, merupakan salah satu daripada tapak Momen Lagu Kebangsaan.

Lokasinya ialah:

  1. Padang, mewakili pertahanan & keselamatan, dan budaya & warisan negara;

  2. Lapangan Terbang Changi, mewakili pengangkutan;

  3. Enabling Village, mewakili khidmat sosial;

  4. Kampung Admiralty, mewakili perumahan dan masyarakat;

  5. Lifelong Learning Institute @ Paya Lebar, mewakili pekerjaan & kemahiran;

  6. Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit, mewakili penjagaan kesihatan;

  7. Sekolah Menengah North Vista, mewakili pendidikan; dan

  8. NTUC FairPrice Hub @ Joo Koon, mewakili Perdagangan & Industri.
Cik Maslindah tidak sabar menanti untuk menyertai upacara menaikkan bendera di Kampung Admiralty.

Alami Momen Lagu Kebangsaan secara 'langsung' melalui peserta yang berada di tapak di lokasi

"Ia merupakan impian yang menjadi kenyataan – Sayalah orang yang sentiasa berdiri tegak ketika Lagu Kebangsaan dimainkan (semasa NDP)!" kata Cik Maslindah Binte Fadzilah, Pengurus Hospitaliti di INSEAD Residences, dengan penuh semangat.

Wanita berusia 40 tahun itu sentiasa mengimpikan untuk menyertai perayaan NDP. Tahun ini, dia merupakan salah seorang daripada warga Singapura yang dijemput untuk menyertai Momen Lagu Kebangsaan di Kampung Admiralty.

Apabila INSEAD Residences diubah suai menjadi Kemudahan Kuarantin Kerajaan, dia telah dipertanggungjawabkan mengawasi operasi dan menjaga kesejahteraan penduduk. Bagaimanapun, kerjanya bukan setakat bekerja seharian di pejabat:

"Kadang-kadang, mereka menghantar teks kepada saya pada waktu tengah malam. (Jika saya tidak boleh bertutur dalam bahasa mereka) saya akan menggunakan Google Translate untuk cuba memahami apa yang mereka katakan. Saya lega mereka boleh mengadu kepada saya (apabila mereka menghadapi masalah).

"Walaupun kami bercakap dengan mereka (penduduk) dari jauh, kami ingin memberi mereka jaminan bahawa kami akan sentiasa berada di sini untuk mereka. Kami ingin mereka mengetahui bahawa mereka tidak akan dibiarkan keseorangan," kata ibu kepada anak kembar lelaki dan perempuan berusia sembilan tahun itu.

Encik Gurdip, seorang pesara membuktikan bahawa anda tidak terlalu tua untuk mempelajari sesuatu yang baharu – dia belajar menggunakan Zoom untuk berborak dengan keluarganya, dan kini boleh menjadi hos lawatan maya di aplikasi tersebut!

Listen to the stories of Singaporeans who are making a difference, in the "Stories of Strength" films

This year's National Day celebrations will feature 55 stories of everyday Singaporeans who embody strength and resilience. Their stories will be told in films that will be aired during the day, with 20 being showcased in the morning segment.

One of these Singaporeans is Mr Gurdip Singh. The sprightly 67-year-old may be a retiree, but he is definitely not one to spend his silver years relaxing.

After winding down his luggage and travel goods business seven years ago, he picked up volunteering as a past-time. He joined RSVP Singapore The Organisation of Senior Volunteers, where he acts as a guide to visitors at places such as the URA City Gallery and Wisma Geylang Serai Heritage Gallery.

Unfortunately, these activities came to a halt when COVID-19 broke.

Mr Gurdip then began taking Zoom lessons on through RSVP Facebook. He became so well-versed that he is now able to conduct tours through the online platform!

"This is a new world. If we don't embrace it, we will be left behind. And I don't want to be left behind," he said.

"I'm now very comfortable with Zoom. I was able to host RSVP's first virtual open house. I'll also be co-hosting with Singapore Art Museum."

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?