Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/19nov19_news1-3_edit1ca82086-1001-4a47-9017-580605eda3b2.jpg?sfvrsn=2db38951_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SRIKANDI-DI-BMTC
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SRIKANDI-DI-BMTC
SRIKANDI DI BMTC
19 Nov 2019 | PEOPLE

SRIKANDI DI BMTC

DIA MERUPAKAN ANGGOTA WANITA YANG PALING LAMA BERKHIDMAT DI FORMASI SEMBOYAN DAN KINI MENYERTAI PUSAT LATIHAN ASAS TENTERA (BMTC) UNTUK MENINGGALKAN IMPAK SEBAGAI PANGLIMA WANITA YANG TERTUA.

Nenek berusia 61 tahun ini mungkin boleh berlari lebih laju daripada anda.

Pulau Tekong – di mana rekrut yang baru setahun jagung dilatih menjadi askar sambil memerah keringat di lapangan tempur dan menapak melalui kawasan yang diliputi hutan tebal.

Tiada apa yang luar biasa di sini, kecuali salah seorang daripada panglima yang bersusah payah dengan anggota-anggota lain kebetulannya seorang nenek berusia 61 tahun.

Dengan penuh bertenaga yang tidak menggambarkan usia sebenarnya, Pegawai Waran 1 (1WO) Margaret Leon masih meneruskan khidmatnya sebagai Panglima Platun di Sekolah 1 BMTC, Kompeni Charlie.

Beliau memimpin kawat laluan dengan menggalas di bahunya beg askar seberat 20kg, bergelumang dengan tanah untuk menunjukkan bagaimana untuk menggali parit dan tidur di dalam hutan untuk mengajar anggota-anggota di bawahnya tentang kem lapangan.

Tidak di Makan Usia Ketika Berkhidmat dalam Tentera

1WO Leon berkhidmat pengajar Semboyan selama lebih kurang 30 tahun. Foto ihsan Formasi Semboyan.

Pada 1976, 1WO Leon menyertai tentera sebagai kerani kerana tertarik dengan kehidupan rejimen. Lebih kurang 10 tahun selepas itu, beliau berpeluang menjadi jurulatih tempur, kemudiannya menjadi askar tempur. Tiada apa yang boleh menghalangnya sejak itu.

Beliau telah berkhidmat sebagai pengajar Sekolah Pegawai Kadet, pakar Semboyan dan Kompeni Sarjan Mejar dalam Briged Berperisai Singapura ke-8. Malahan, beliau pernah dikerah untuk menyertai misi kemanusiaan di Timor Timur selama tiga bulan dengan Batalion Semboyan Pertama, sebelum menghabiskan sebahagian besar kerjayanya sebagai jurulatih di Institut Semboyan (SI).

Semasa berkhidmat dengan Angkatan Tentera beliau bertemu dengan suaminya pada 1986, yang kemudiannya menjadi rakan sejawat pegawai waran di SI.

Pada 2013, ketika berusia 55, beliau bersedia untuk bersara. Tetapi Pegawai Pemerintahnya (CO) meminta beliau menyambung tempoh perkhidmatannya.

"Beliau tidak pernah letih mengajar dan sentiasa mempunyai semangat untuk menyampaikan pengetahuannya kepada anggota-anggota – itulah sifatnya yang membuatkan saya kagum dengannya."

QUOTE-A-credit

Bekas CO 1WO Leon ketika itu-Mejar William Ong, yang kini bersara sebagai Leftenan Kolonel (LTC) (NS)
Jadi 1WO Leon menyambung kontrak selama dua tahun. Kemudian, tiga tahun lagi. Pada 2016, beliau berkhidmat sebagai jurulatih secara sukarela di BMTC, menamatkan perkhidmatannya selama tiga dekad di Semboyan.

"Saya telah melatih pegawai, pakar dan operator. Sekarang saya mendapat peluang untuk melatih rekrut. Apabila saya meninggalkan perkhidmatan dengan Angkatan Tentera, saya telah pun mengecap pengalaman yang lengkap."

Menginspirasikan anggota-anggota di bawahnya

"Saya membuat latihan yang sama dengan budak-budak saya…inilah yang mendorong mereka," kata 1WO Leon, yang masih lagi berlari dan mengambil bahagian dalam kawat laluan dengan rekrut-rekrutnya.

Tiada rahsia di sebalik kecergasan 1WO Leon. Beliau mendapat anugerah emas untuk Ujian Kecergasan Fizikal Individu setiap tahun dan beliau berkata ia adalah hasil daripada kerja keras semata-mata. (Beliau masih mengambil makanan kegemarannya: nasi biryani kambing dan chai tow kway.)

Rejimnya termasuk latihan awal pagi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sebelum menyertai rekrut-rekrutnya untuk larian pagi; di samping bersenam dengan suaminya pada hujung minggu.

Disiplin ini diterjemahkan dalam latihan di BMTC, di mana dia menetapkan standard yang tinggi untuk sarjan-sarjannya. Contohnya, sarjannya perlu memastikan rekrut mereka lulus pelbagai ujian mereka menjelang penilaian kedua.

1WO Leon juga memimpin melalui teladan. "Saya melakukan latihan yang sama seperti budak-budak di bawah saya, jadi jika mereka tidak boleh melakukannya, saya akan berkata 'Orang tua macam saya pun boleh buat, takkan budak-budak muda seperti awak semua tak boleh melakukannya?'

"Jadi budak-budak saya yang paling lemah akan bersaing dengan saya, itulah yang akan memaksa mereka meningkatkan prestasi mereka."

Berlatih dengan gigih, bermain pun gigih

Walaupun tegas, 1WO Leon diingati dengan mesra sebagai seorang "ibu" kepada anggota-anggota yang dilatihnya, sebagaimana yang diakui oleh LTC (NS) Ong.

Semasa di SI, beliau menjadikan ia suatu kebiasaan untuk menulis kepada budak-budaknya dalam renungan mingguan mereka. Salah seorang daripada budak-budaknya pernah melahirkan kesukarannya bercakap kepada ibunya, seorang ibu tunggal yang sibuk. 1WO Leon menasihatinya untuk membelanjakan ibunya sarapan tengah hari dan berbual dengannya semasa itu.

"Anggota itu membalas: 'Terima kasih Puan. Saya sedang berbual dengan ibu saya sekarang, yang saya melakukan ini setiap minggu.' Saya gembira (melihat apa yang terjadi); sayu lakukan ini untuk semua budak-budak saya dalam catatan mingguan kami ini," dia berkata.

Catatan jurnal nampak seperti ketinggalan zaman sekarang, tetapi 1WO Leon masih membuka pintu kepada rekrut-rekrut jika mereka memerlukan tempat mengadu. Semasa bertugas, dia akan menunggu sehingga waktu lampu ditutup sebelum pergi tidur lebih kurang pukul 11 malam.

"Jika saya mempunyai isu keluarga atau kerja, saya boleh berbincang dengan Puan secara terbuka dan beliau akan membantu saya. Sejak bekerja dengan dia, saya menjadi lebih sabar dan bertimbang rasa dengan rekrut-rekrut. Ia suatu pendekatan yang berbeza sama sekali (daripada memarahi mereka)."

QUOTE-A-credit

1WO Leon telah mendatangkan impak kepada anggota-anggotanya dan dia tidak berhasrat untuk berhenti pada bila-bila masa. "Saya rasa dirahmati," tegas beliau.

"Inilah detik yang paling saya banggakan: bahawa sehingga sekarang, orang mengiktiraf bahawa saya layak berkhidmat dengan Angkatan tentera."

1WO Leon (kiri) dengan suaminya – sedang mendukung cucu lelaki mereka – bersama-sama dengan anak lelaki dan menantu perempuan mereka pada 2018. Foto ihsan 1WO Leon.


Correction: 29 Nov 2019
An earlier version of this article misstated the year that 1WO Margaret Leon volunteered to serve as an instructor at BMTC. It should be 2016, not 2018.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?