Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17dec20-hero_image7b147df8-921b-4c39-b5fa-f787fc4175a6.jpg?sfvrsn=f528f77a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SISTEM-PERTAHANAN-UDARA-PULAU-YANG-CANGGIH-MEMBOLEHKAN-PEMANTAUAN-RAPI-DAN-PENEMBAKAN-YANG-LEBIH-JAUH
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SISTEM-PERTAHANAN-UDARA-PULAU-YANG-CANGGIH-MEMBOLEHKAN-PEMANTAUAN-RAPI-DAN-PENEMBAKAN-YANG-LEBIH-JAUH
SISTEM PERTAHANAN UDARA PULAU YANG CANGGIH MEMBOLEHKAN PEMANTAUAN RAPI DAN PENEMBAKAN YANG LEBIH JAUH
17 Dec 2020 | OPS & TRAINING

SISTEM PERTAHANAN UDARA PULAU YANG CANGGIH MEMBOLEHKAN PEMANTAUAN RAPI DAN PENEMBAKAN YANG LEBIH JAUH


Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah meningkatkan Sistem Pertahanan Udara Pulau (IAD), yang kini boleh mengesan pelbagai jenis ancaman baharu dari udara, dan menghapuskan sasaran dari jauh lagi berbanding dahulu.

IAD adalah sistem perangkaian seluruh pulau yang menyepadukan sensor, sistem senjata, dan peralatan pembuat keputusan untuk memperkuatkan pertahanan udara Singapura. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertahankan kelebihan Singapura dalam pertahanan udara, komponen utama bersepadu RSAF seperti Radar Multi-Misi (MMR) dan Sistem Peluru Berpandu Aster 30 (Aster 30) mula beroperasi 24/7 pada Ogos tahun ini.

Berucap di acara demonstrasi Sistem IAD pada 17 Disember di Kem Ch Chang Kang II, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata: "Sekarang, kami dapat memantau dengan lebih jauh dan boleh bertindak balas terhadap sasaran dari jarak yang jauh sekali... Kami mampu melakukannya dengan tenaga kerja yang lebih kecil kerana sebilangan besar daripada sistem di seluruh rantaian bekalan telah diautomasikan."

Dr Ng (berbaju biru) menerima taklimat mengenai penyepaduan Aster 30 ke dalam Sistem IAD.

Katanya lagi, Sistem IAD sesuai sekali digunakan oleh RSAF untuk beberapa dekad yang akan datang.

"Ia menggunakan sistem lanjutan yang paling canggih buat masa ini dan juga sesuai dengan keperluan dan penilaian kami terhadap ancaman.

"Oleh itu, ia bukan sahaja sistem yang kukuh daripada komponen individu, tetapi juga merupakan suatu sistem pelbagai lapisan. Sekiranya satu lapisan gagal, lapisan seterusnya akan memberi sandaran."

Mata & otot pertahanan udara

Sistem IAD menggunakan mata (sensor) dan ototnya (sistem peluru berpandu) untuk mengesan dan menghapuskan ancaman.

Sensor seperti MMR Bersepadu di dalam sistem ini membolehkan angkatan udara untuk memantau dengan lebih meluas, kata Kolonel (KOL) Loh Woon Liang, yang memerintah Kumpulan Pertahanan Udara RSAF.

MMR adalah radar bergerak pengawasan udara dengan jarak pengesanan sejauh 350km.

"(Ini) membolehkan pengesanan tepat pada masanya dari semua jenis ancaman udara, baik daripada pesawat yang tidak diketahui, peluru yang dilancarkan melalui udara mahupun kenderaan udara tanpa pemandu," kata KOL Loh.

3WO Thiyagaraj bersiap sedia untuk menggunakan Aster 30 sebagai sebahagian daripada latih tubinya

Melaksanakan "otot" ialah operator Aster 30 Pegawai Waran ke-3 (3WO) Thiyagaraj S / O Subramaniam, yang mengatakan bahawa platform, yang menggantikan sistem I-HAWK, lebih berautomat dan mempunyai proses pengerahan yang lebih efisien.

"Ia adalah lebih mudah bagi operator lapangan untuk mengerahkan peralatan... (Dan sebagai anggota) IAD memberi anda keyakinan bahawa misi anda tidak akan gagal kerana kami membentuk sebahagian daripada sistem yang mantap dan berkesan ini," jelas Pakar Sistem Pertahanan Udara

 

Saksikan pasukan Aster 30 menggunakan sistem peluru berpandu di Kem Lim Chu Kang II sebagai sebahagian daripada latih tubi mereka!

 

1-UP-B-caption

Pusat saraf IAD

Di pusat saraf Sistem IAD adalah Sistem Pintar Pengurusan Tempur (CMS), yang dicipta dan dibangunkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA).

Setelah mengumpul data daripada sensor, CMS akan menyusun dan menganalisis data untuk memberi gambaran situasi yang sebenar kepada operator. Seterusnya, ia akan mengutamakan sasaran dan bersama dengan Sistem Sokongan Keputusan pintar yang mencadangkan sistem senjata yang paling berkesan untuk membanteras pelbagai ancaman udara, membantu mempercepatkan proses pembuat keputusan.

"Ini akan mengurangkan beban kognitif yang dikenakan pada operator (dan membolehkan) untuk membuat keputusan dengan lebih pantas," kata Leftenan Kolonel (LTC) Germaine Lim, yang beroperasi di CMS sebagai Pegawai Perang Udara.

(Dari kiri) LTC Lim, Mr Teng, COL Loh dan 3WO Thiyagaraj dengan aset Pertahanan Udara Berpangkalan Darat dari RSAF.

Analisis data dan teknologi kecerdasan buatan disepadukan ke dalam CMS untuk tindak balas yang lebih berkesan terhadap sebarang ancaman.

Teknologi seperti ini akan mengajar sistem untuk mengesan dan mengklasifikasikan pelbagai jenis ancaman melalui penggunaan simulasi,” kata Pengurus Program Kanan DSTA, Encik Teng Siang Loong.

"Kami juga bekerja rapat dengan operator, bermula dari peringkat pengekodan - kami akan menjemput mereka ke makmal untuk menyemak kod, dan mengambil input mereka untuk memastikan algoritma kami adalah teguh dalam menghadapi apa jua jenis senario," tambahnya lagi semasa menjelaskan tugasan yang terlibat dalam membangunkan CMS.

Meskipun sistem ini lebih baik daripada sistem yang sebelumnya, Dr Ng menyatakan: "Walaupun kami telah melengkapkan fasa ini, kami akan berusaha untuk membangunkan fasa Sistem IAD yang seterusnya... terhadap ancaman yang bukan sahaja wujud di kaki langit, tetapi (di mana) saya yakin akan terbina pada tahun-tahun yang akan datang."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?