SINGAPURA MEMPERKENALKAN LOGO PERTAHANAN MUTLAK BERWAJAH BARU

15feb20_news2_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15feb20_news2_photo1.jpg?sfvrsn=aeafb338_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SINGAPURA-MEMPERKENALKAN-LOGO-PERTAHANAN-MUTLAK-BERWAJAH-BARU
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SINGAPURA-MEMPERKENALKAN-LOGO-PERTAHANAN-MUTLAK-BERWAJAH-BARU
SINGAPURA MEMPERKENALKAN LOGO PERTAHANAN MUTLAK BERWAJAH BARU
15 Feb 2020 | PEOPLE

SINGAPURA MEMPERKENALKAN LOGO PERTAHANAN MUTLAK BERWAJAH BARU

// BERITA OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH EDWIN TAN

Untuk pertama kali dalam 35 tahun, logo Pertahanan Mutlak mempunyai wajah yang segar dan baru. Pereka bentuk Samantha Teng berkongsi inspirasi dan mesejnya di sebalik logo baru yang digabungkan dengan tunggak Pertahanan Digital.

1-UP-B-caption

Logo Pertahanan Mutlak telah dikemas kini untuk menambah tunggak keenam Pertahanan Digital.

Bagi mereka yang tidak tahu, Pertahanan Mutlak merujuk kepada strategi pertahanan komprehensif Singapura. Ia merangkumi pertahanan tentera, awam, ekonomi, sosial, psikologi dan digital.

Tunggak terkini dan yang keenam - pertahanan digital - telah ditambah pada tahun lepas selepas mengambil kira ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat.

Logo baru ini direka bentuk oleh Cik Teng, 31, pendidik bersekutu di Sekolah Menengah Queensway. Reka bentuknya merangkul tempat pertama selepas pengundian awam yang melibatkan lebih 30,000 orang.

Ms Teng (centre) receiving the top prize for the logo design competition from Mr Chan Chun Sing (left), Minister for Trade and Industry, and Mr Heng Chee How, Senior Minister of State for Defence, at the Total Defence Commemoration event on 15 Feb.

Pertandingan reka bentuk logo Pertahanan Mutlak telah diadakan pada tahun lepas bagi menanda penambahan tunggak keenam. Sejumlah 10 reka bentuk telah disenarai pendek untuk pengundian awam daripada lebih 600 penyertaan.

Meneruskan legasi Pertahanan Mutlak

Reka bentuk Cik Teng mencerminkan kesinambungan konsep Pertahanan Mutlak di samping penambahan tunggak pertahanan digital baru.

Dia menerangkan: "Saya mendapat inspirasi daripada reka bentuk asal, dengan lima anak panah mengarah ke atas. Tetapi kerana…(reka bentuk) asal (ialah) tangan, (dan) kita tidak mempunyai enam jari, saya terpaksa memikirkan semula (reka bentuknya)."

Segi tiga ketat enam panah mengarah ke atas dalam reka bentuknya mewakili enam tunggak Pertahanan Mutlak. Ia melambangkan rakyat Singapura bekerjasama untuk melindungi keselamatan dan cara hidup negara.

Ia juga mencerminkan daya tahan dan keazaman rakyat Singapura untuk terus maju bersama-sama dalam dunia yang sentiasa berubah.

Logo Pertahanan Mutlak (kiri) kekal tidak berubah sejak 1985. Reka bentuknya menyerupai tangan dengan lima panah melambangkan lima tunggak asal Pertahanan Mutlak.

Cik Teng, yang mempunyai pengalaman sebelum ini mereka bentuk bahan-bahan pemasaran untuk sekolahnya, mengambil masa selama 20 minit untuk melakar secara kasar ideanya pada pad Post-it.

Dia kemudiannya mengambil masa selama beberapa jam untuk memperhalusi reka bentuk menggunakan perisian reka bentuk grafik.

Apabila ditanya apakah mesej yang ingin disampaikan melalui reka bentuk logonya, pereka bentuk berusia 30 tahun itu berkata walaupun dunia ini secara amnya aman, selain daripada penularan wabak COVID-19 (Penyakit Coronavirus 2019), "anda tidak tahu apa yang mungkin berlaku".

"Pertahanan Mutlak merupakan cara yang bagus untuk melihat bagaimana kita boleh bergerak ke hadapan dalam masa-masa yang sukar,” dia menambah.

Cik Teng telah berkhidmat sebagai pendidik bersekutu di Sekolah Menengah Queensway selama enam tahun. Dia menyediakan sokongan pembelajaran untuk pelajar-pelajar di dalam kelas Bahasa Inggeris.

Memainkan peranannya sebagai pendidik

Bagi dirinya, Cik Teng telah melakukan apa yang dia terdaya dalam memerangi penularan wabak COVID-19.

Di sekolah, dia mengingatkan pelajar-pelajarnya tentang tanggungjawab sosial mereka: agar mengambil suhu badan anda setiap hari, membasuh tangan anda dengan kerap dan memakai topeng muka jika anda tidak sihat.

Menyedari apa yang penting untuk Singapura bagi mengekalkan kepaduan sosial dan daya tahan psikologi semasa krisis ini, dia mendidik pelajarnya dengan fakta mengenai penularan ini.

Contohnya, dia ada melihat sebilangan kecil pelajar menyampaikan kata-kata kesat kepada rakan sedarjah Cina mereka hanya kerana COVID-19 berasal dari China.

"Saya tidak berkata mereka ini sengaja hendak menyinggung perasaan rakan sedarjah tetapi mereka mungkin tidak menyedari dan tidak tahu mengenai situasi tersebut… (Jadi) Saya memberitahu mereka (kenapa) anda tidak harus melakukan perkara seperti ini."

Mengenai tunggak Pertahanan Digital baru, Cik Teng berkongsi bahawa ada kawan-kawannya yang menjadi mangsa penipuan dan kerugian dalam sejumlah wang yang banyak, iaitu beribu sehingga berpuluh ribu dolar.

"Bagi saya, memang jelas ia satu penipuan. Tetapi bagi sesetengah orang, mereka betul-betul tidak tahu – jadi saya fikir (lebih ramai) orang perlu lebih sedar."

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?