SIMULATOR LATIHAN F-15SG UNTUK MENGASAH KEMAHIRAN TEMPUR ANAK KAPAL PESAWAT

02mar21_news2-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02mar21_news2-1dbbf4c73-14c6-45fa-ba88-30e733b03149.jpg?sfvrsn=e1aa09ab_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SIMULATOR-LATIHAN-F-15SG-UNTUK-MENGASAH-KEMAHIRAN-TEMPUR-ANAK-KAPAL-PESAWAT
SIMULATOR LATIHAN F-15SG UNTUK MENGASAH KEMAHIRAN TEMPUR ANAK KAPAL PESAWAT https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SIMULATOR-LATIHAN-F-15SG-UNTUK-MENGASAH-KEMAHIRAN-TEMPUR-ANAK-KAPAL-PESAWAT
02 Mar 2021 | OPS & TRAINING

SIMULATOR LATIHAN F-15SG UNTUK MENGASAH KEMAHIRAN TEMPUR ANAK KAPAL PESAWAT

Pelatih Misi Udara F-15SG (AMT) merupakan sebahagian daripada rancangan SAF generasi seterusnya untuk memberi latihan hiper-realistik bagi anak kapal pesawat menerusi teknologi canggih.

// KISAH TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN

English 华文
English 华文
Dengan paparan 360 darjah, F-15SG AMT memberi juruterbang F-15SG dan WSO pengalaman realistik dalam senario latihan operasi.

Juruterbang F-15SG dan Pengendali Sistem Senjata (WSO) kini boleh melatih dan mengasah kemahiran tempur mereka secara realistik tanpa menghiraukan masa dan keadaan cuaca.

Ini adalah berkat Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) F-15SG AMT, simulator rangkaian fideliti tinggi yang mencerminkan keupayaan pesawat F-15SG – daripada dinamik penerbangan kepada sistem senjata.

AMT dengan rangkaiannya yang merangkumi sejumlah lapan simulator penerbangan, membolehkan latihan berbilang pesawat dikendalikan. Ini bererti sebanyak lapan juruterbang F-15SG dan WSO boleh melatih serentak, memimik operasi empat pesawat dalam misi sebenar.

Pelbagai senario latihan yang meluas

Yang pentingnya, AMT berupaya untuk mensimulasikan pelbagai senario melalui sistem Komputer Tenaga Terjana (CGF). Ini adalah termasuk misi tempur berbilang pesawat, serta kecemasan pesawat dan keadaan cuaca buruk yang sukar ditiru dalam kehidupan sebenar.

Sistem CGF (kiri) mampu menghasilkan rangkaian senario latihan yang meluas, manakala Stesen Operasi Instruktur (kanan) membolehkan pemantauan, pengawalan dan rakaman sesi latihan masa nyata.

Sistem CGF juga mampu menghasilkan pelbagai sasaran musuh dan unit ramah, serta senjata udara-ke-udara, udara-ke-permukaan dan permukaan-ke-udara. Mensimulasikan tindakan dan reaksi pelbagai ancaman udara dan darat membantu meningkatkan realisme latihan untuk anak kapal pesawat.

Selain itu, pandangan 360 darjah melalui paparan skrin lebar berbilang panel membolehkan anak kapal pesawat melihat rintangan dan sasaran daripada setiap sudut, seolah-olah mereka sedang terbang.

Menurut Instruktur Simulator Penerbangan Freddie Lim-Ng yang mengulas tentang kelebihan AMT: "(Sebagai instruktur) kami memang boleh merancakkan keadaan dengan menambahkan banyak musuh (dan mencipta) kontingensi... (bahawa anak kapal pesawat) yang jarang dihadapi, seperti kerosakan pesawat."

Tambah bekas juruterbang tempur RSAF yang berusia 41 tahun, latihan sintetik di simulator melengkapkan penerbangan langsung untuk meningkatkan keyakinan anak kapal pesawat.

Kedua-dua Encik Lim-Ng (kanan) dan LTA Koh berpendapat AMT membantu meningkatkan keyakinan anak kapal pesawat dalam menangani pelbagai senario pertempuran dan penerbangan.

Juruterbang F-15SG Leftenan (LTA) Dexter Koh, 28, menjelaskan: "Ia memang lebih memanfaatkan.

"Latihan di simulator membantu anda meningkatkan prestasi anda dalam penerbangan sebenar kerana anda sudahpun melaluinya."

Menjimatkan masa dan kos

Anak kapal pesawat F-15SG menjalani latihan di AMT sejak pertengahan 2019. Simulator, yang digunakan setiap hari, membantu menjimatkan kos dan masa – kos bagi terbang simulasi sejam adalah 14 peratus daripada kos sejam penerbangan sebenar.

"Ada kos yang terlibat dengan hanya melancarkan pesawat. Apabila pesawat bersedia untuk terbang, adakalanya wujud kerumitan disebabkan oleh keadaan cuaca," jelas Encik Lim-Ng.

Instruktur dan anak kapal pesawat boleh melihat pasca-penerbangan melalui main semula masa nyata.

Bagi tujuan maklum balas pasca-penerbangan, kedua-dua instruktur dan anak kapal pesawat boleh melihat sesi latihan melalui main semula masa nyata.

Ini menjimatkan masa berbanding mengambil rakaman pita daripada pesawat selepas penerbangan sebenar dan membawanya kepada skuadron untuk diteliti.

Selain kelebihan ini, latihan simulator tidak boleh menggantikan stres penerbangan sebenar, kata Encik Lim-Ng. Latihan terbang sebenar akan terus menjadi suatu keperluan bagi anak kapal pesawat untuk beroperasi dengan berkesan dalam keadaan penerbangan dan misi dunia nyata.

Akhir kata, sama ada latihan dijalankan secara langsung atau di simulator, ia bergantung semata-mata pada set minda yang betul.

Sebagai kesimpulan, LTA Koh berkata: "Ia berkait rapat dengan cara pemikiran. Kami selalu memperlakukan (setiap sesi latihan) seperti penerbangan langsung. Ini akan menetapkan nada dan objektif yang tepat bagi keseluruhan misi.”

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?