SIANG SEORANG SAINTIS DATA, MALAM PENYANYI OPERA

14apr23_news1_photo1_06 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14apr23_news1_photo1_06.jpg?sfvrsn=7fcb7376_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SIANG-SEORANG-SAINTIS-DATA-MALAM-PENYANYI-OPERA
SIANG SEORANG SAINTIS DATA, MALAM PENYANYI OPERA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SIANG-SEORANG-SAINTIS-DATA-MALAM-PENYANYI-OPERA
14 Apr 2023 | PEOPLE

SIANG SEORANG SAINTIS DATA, MALAM PENYANYI OPERA

Prof (Dr) Matthew Chua mengimbangkan masanya antara kerja sains data, kegemaran nyanyian klasik dan keluarga lima anak-beranak.

KISAH THRINA THAM // FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN PROF (DR) CHUA // CIPTA REKA CHEH ZHONG HAN

Prof (Dr) Chua adalah seorang saintis data di MINDEF yang gemar mendendangkan lagu-lagu klasik pada waktu lapangnya.
English 华文
English 华文

Beliau bertugas mengendalikan maklumat berkaitan angka di Kementerian Pertahanan (MINDEF), mengguna sains data untuk menyumbang kepada penggubalan dasar dan pengurusan sumber.

Tetapi selepas bekerja, Pavarotti dalamannya akan terserlah dan dia mempamerkan kegemaran opera melalui nyanyian klasik.

Prof (Dr) Chua telah beraksi secara profesional secara sampingan selama lebih 10 tahun. Prof yang berusia 36 tahun itu menyanyi di Konsert Memorial Lee Kuan Yew dan Konsert SG50 di Taman pada 2015, dan baru-baru ini di Konsert 200SG Katolik pada 2021. Pada 2019, beliau mendapat naib juara pertama pertandingan NUS Rising Star.

Dengarkan beliau mendendang lagu di sini:

Profesor di opera

Di sebalik peranan sandiwara itu, penglibatan Prof (Dr) Chua dalam bidang opera itu adalah agak ringkas. Seorang budak koir gereja sejak di sekolah menengah, beliau diberitahu tentang potensinya untuk nyanyian klasik – yang lazimnya dilakukan secara solo.

Hanya selepas menjalani perkhidmatan negara barulah dia mula memandang serius tentang nyanyiannya. Beliau mengambil pelajaran nyanyian klasik formal dan menyertai Opera Lyric Singapura, sebuah syarikat seni persembahan.

Prof (Dr) Chua (kiri sekali) melakukan persembahan untuk Presiden Halimah Yacob dan suaminya (tengah) di gala penubuhan tabung untuk Stesen Sokongan Strok pada 2018.

“Saya membuat persembahan dengan mereka secara tetap ketika berada di universiti. Sebenarnya, saya menyanyi lebih banyak daripada belajar!" tambahnya dengan nada yang nakal.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada 2012, sebelum memperoleh Ph.D sebagai Doktor Falsafah (Kejuruteraan) pada 2015.

Prof (Dr) Chua terlibat dalam projek sains data dan analisis di MINDEF yang membantu menambah baik hasil dasar kementerian.

Menggunakan sains data untuk kebaikan

Kini menyandang jawatan Penolong Pengarah Sains Data di MINDEF, Prof (Dr) Chua mengetuai pasukan saintis data dalam projek untuk menambah baik hasil dasar kementerian dan kecekapan operasi.

Pada tahun lalu, beliau menyertai Kejohanan Arked Data peringkat kebangsaan, yang dianjurkan oleh GovTech. Sebagai sebahagian daripada pertandingan tahunan, para peserta diberi data kompleks daripada pelbagai agensi, untuk menganalisis dan membentuk naratif penceritaan data.

Prof (Dr) Chua membentangkan cadangannya untuk Majlis Perkhidmatan Sosial Negara, dan mendapat tempat kedua dalam kejohanan itu.

"Ia adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sains data pada skala Seluruh Kerajaan dan kali pertama saya menggunakan alat (analisis data) Qlik.

"Saya berterima kasih atas sokongan rakan sekerja dan bos saya sepanjang perjalanan yang indah ini," katanya.

Prof (Dr) Chua (dua dari kiri) bersama rakan-rakan MINDEF di Kejohanan Arked Data, di mana beliau merangkul tempat ke-3.

Dengan keghairahan terhadap data, Prof (Dr) Chua menghabiskan waktu selepas kerjanya memberi syarahan berkaitan kecerdasan buatan dan teknologi novel di Universiti Kebangsaan Singapura, Sekolah Perubatan secara ad-hoc.

Selaku Penolong Profesor di sana, beliau juga adalah mentor kepada penuntut Sarjana dan Ph.D dalam penyelidikan mereka.

"Saya berharap dapat menginspirasikan mereka tentang sains data... Keghairahan dalam bidang ini bukan sahaja berpunca daripada teknologi yang kian berkembang, tetapi juga daripada orang ramai, yang sentiasa berkembang maju."

Prof (Dr) Chua bersama isteri dan tiga anak mereka yang berusia tiga, dua dan 3 bulan.

Profesor yang sibuk itu juga merupakan bapa kepada tiga anak – yang berharap dapat membentuk koir mini di rumah!

Ditanya tentang imbangan masanya di antara pekerjaan, hobi dan keluarga, beliau menjawab kuncinya ialah prioriti.

"Satu perkara yang pasti ialah saya tidak mampu mengendalikan kesemua ini tanpa rangkaian keluarga yang kuat.

"Saya berterima kasih kepada isteri saya yang banyak memberi sokongan dan bertimbang rasa menguruskan hal-hal di rumah; dan ibu bapa serta mertua saya yang sering membantu bila kami memerlukannya."

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!