Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/29mar21_news1-160e7db24-6e84-43f3-925c-b66bc33fb0c4.jpg?sfvrsn=cda92f4b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SENTIASA-SEDIA-DICABAR
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SENTIASA-SEDIA-DICABAR
SENTIASA SEDIA DICABAR
29 Mar 2021 | PEOPLE

SENTIASA SEDIA DICABAR

KAPTEN (KPT) JULIANAH JAMAL, 37, MENGAMBIL KEPUTUSAN 10 TAHUN YANG LALU DAN MENYERTAI ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA (SAF) SETELAH MENGHABISKAN BEBERAPA TAHUN BEKERJA DI SEKTOR KESIHATAN MENTAL. KETAHUI KENAPA DIA MENCINTAI KEHIDUPANNYA DI TENTERA – DARIPADA MENGIKUTI KURSUS PENUKARAN PENGAWAL SEHINGGA MEMUPUK GENERASI PEMIMPIN SAF YANG AKAN DATANG.

Sebagai instruktur kanan di Institut Latihan Logistik Tentera Darat, KPT Julianah melatih pegawai logistik yang akan datang.

Saya berasa amat takut bila mendapati saya perlu berenang di perairan pantai sejauh 2km semasa menjalani Kursus Penukaran Pengawal (GCC) – Saya takut air, dan ia tidak membantu bila saya mendapati diri saya adalah antara beberapa kumpulan pelatih pertama yang akan mula berenang.

Syukurlah kami memakai jaket keselamatan. Saya mengetap gigi, melangkah masuk ke dalam air dan terus berenang sehingga berjaya melengkapkannya. Itupun atas galakan dan bantuan "menyeret" daripada rakan kursus saya yang lain.

Ia berlaku pada Februari 2014. Pada masa itu, saya berada di Briged Dy S4 di Briged Infantri Singapura ke-7 (7 SIB).

Atas berkat galakan dan sokongan komander briged saya yang mendorong saya untuk menyahut cabaran menjalani kursus GCC – satu langkah yang tidak dapat saya bayangkan.

Menerima tab Pengawal

Walaupun satu-satunya pegawai wanita dalam kelompok GCC, saya masih menjalani program yang sama dan memenuhi standard yang sama seperti pelatih lain.

Daripada kawad laju 10km sehingga menurun cerunam dari helikopter hingga melakukan misi lapangan berturut-turut selama seminggu, saya dan rakan-rakan sekursus berjaya melengkapkan kesemuanya dengan baik.

Saya mungkin tidak dapat melengkapkan latihan ini tanpa sokongan dan semangat keakraban pegawai atasan dan rakan-rakan saya.

KPT Julianah (tengah) adalah vokasional wanita bukan pengawal pertama yang berjaya melengkapakan kursus GCC yang lasak. [Foto: Tentera Darat Singapura]

Menyahut cabaran baharu

Sebelum menyertai Tentera Darat pada usia 27 tahun, saya bekerja sebagai pengurus kes di jabatan psikiatri forensik di Institut Kesihatan Mental (IMH) selama dua tahun.

Saya teringin untuk membuat perubahan dan rakan saya mengesyorkan saya untuk menyertai tentera kerana saya selalu gemar bersukan dan aktiviti luar.

Semasa saya mengambil keputusan untuk menyertai Tentera Darat, saya sudah pun melakukan larian sejauh 10km dan separuh maraton serta perjalanan trek. Meskipun begitu, saya tidak bersedia untuk menghadapi hujan lebat yang turun tanpa henti setiap malam semasa lapangan pertama saya dalam kursus Latihan Asas Tentera – itulah pengalaman yang telah membina daya ketahanan saya.

Kaedah latihan peningkatan SAF juga membantu memastikan bahawa saya dapat menyertai rejim dengan lancar.

Ibu bapa KPT Julianah mengenakan tanda epaulet semasa Perbarisan Pentauliahan Kursus Pegawai Kadet pada Januari 2012.

Apa yang saya nikmati tentang ketenteraan adalah peluang untuk menghayati pengalaman dan bidang pekerjaan yang berbeza. Saya bertuah dilantik sebagai Adikung Kehormat (HADC) kepada Presiden pada 2016 dan berkhidmat mulai hari tersebut.

Daripada menjadi emsi acara di Istana sehingga mempelajari tentang protokol dan berurusan dengan Kementerian Luar Negeri, saya menganggap tugasan saya sebagai HADC satu penghormatan yang besar.

Apabila Presiden Halimah Yacob dan ahli kabinet baharu dilantik pada 2017, saya berada di sana untuk menyaksikan acara tersebut. Ia merupakan suatu pengalaman yang membuka mata kerana saya dapat menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana acara itu dilaksanakan bukannya sekadar meletakkan nama atau gambar pada sesuatu istiadat.

KPT Julianah telah berkhidmat sebagai HADC selama lima tahun.

Teman sepanjang hayat

Kini, saya adalah bertugas sebagai instruktur kanan di Sekolah Logistik di Institut Latihan Logistik Tentera Darat (ALTI), di mana saya melatih bakal pegawai-pegawai logistik. Ini adalah termasuk memberi kuliah, membimbing mereka di lapangan dan mengawasi latihan fizikal mereka.

Saya percaya bahawa cara memupuk generasi baharu adalah dengan memperkasakan mereka dengan nilai dan pengetahuan yang betul, demi membina pemimpin yang progresif, adil dan saksama.

KPT Julianah memberi galakan kepada pegawai kadet mereka yang sedang menjalani Balapan Berhalang Standard di Kem Kranji III.

Walaupun saya gemar melatih tentera muda, rakan sekerja sayalah yang menjadikan pekerjaan saya begitu menyeronokkan.

Buat masa ini, saya bekerja dengan sebilangan besar anggota tetap dan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) di ALTI, yang sentiasa bersedia untuk membantu setiap kali saya menghadapi kesukaran.

Walaupun sewaktu saya berada di HQ 7 SIB, perbualan dengan rakan sekerja memang mudah dan kami akan sering saling membantu.

Semangat keakraban di antara KPT Julianah (tengah, berpakaian merah) dengan rakan-rakan sejawatnya merupakan satu-satunya nikmat pekerjaannya. [Foto diambil pada 2014]

Berat sama dipikul

Sebagai pemimpin wanita di SAF, saya telah melihat kaum wanita bertungkus-lumus di samping kaum lelaki, dan ia sesuatu yang harus diteladani oleh orang lain.

Hari ini, kaum wanita menyertai tentera tanpa mengharapkan sebarang layanan istimewa –mereka hanya bimbang dengan prestasi mereka. Kami bangga dengan tugasan kami dan sentiasa mencuba untuk mencapai hasil yang terbaik.

Saya sudah menyertai Tentera Darat selama 10 tahun. Saya telah mengharungi detik-detik pasang-surut dan saya mendapati detik-detik yang paling mencabarlah yang telah memberi saya pengajaran yang paling bermakna.

Setiap hari adalah berbeza. Setiap hari menawarkan cabaran yang baharu. Inilah asam garam kehidupan tentera dan sebab itulah saya amat menggemari tugasan saya.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?