SEMULA, PUAN!

24sep21_news2-hero_image1_desktop https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/24sep21_news2-hero_image1_desktop.jpg?sfvrsn=1d4dd891_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SEMULA-PUAN
SEMULA, PUAN! https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SEMULA-PUAN
24 Sep 2021 | PEOPLE

SEMULA, PUAN!

Beliau kelihatan tegas bila tidak bersenyum – tetapi di sebalik air muka ME3 Eileen Tham yang garang adalah "puan" yang mesra dan penyayang yang selalu sedia membantu para pelatihnya.

// KISAH TEO JING TING

// FOTOGRAFI PIONEER & IHSAN ME3 THAM

English 华文
English 华文
Kebanyakan pelatihnya menggambarkan ME3 Tham sebagai jurulatih yang bersifat keibuan dan penyayang.

Sekilas pandang, beliau kelihatan garang –wajah yang sesuai dengan jawatannya sebagai ketua pemerintah. Tetapi mereka yang mengenali sifat sebenar Pakar Ketenteraan (ME) 3 Tham akan memuji keperibadiannya yang mesra dan penyayang.

Ketua Pemerintah yang berusia 55 tahun dari Sekolah Rantai Bekalan di Institut Latihan Kejuruteraan Udara di Markas Latihan Tentera Udara (AFTC) tidak kisah bila diperkatakan sedemikian. Sebaliknya, jurulatih Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) ini sering memanfaatkan penampilannya yang tegas semasa menjalankan kursus untuk para pelatihnya.

Sejak menyandang jawatannya pada September 2014, ME3 Tham telah mengajar kemahiran kepimpinan, nilai-nilai teras dan modul rantaian bekalan kepada lebih daripada 50 kumpulan pelatih. Gaya latihannya? Garang dan tegas, seperti yang akan dibuktikan oleh bekas pelatih ME1 Chua Yi Yang.

Tetapi bila dikupaskan lapisan atas dan bawah akan terdedah seorang yang betul-betul baik hati dan mengambil berat tentang anggota tenteranya.

Sepanjang kursus dua bulan bersamanya pada 2016, ME1 Chua melihat bagaimana ME3 Tham melembutkan pendekatan pengajarannya dan memberi lebih masa untuk melatih para pelatih yang menghadapi kesukaran untuk mengikuti pelajaran.

Sifat keibuan ME3 Tham juga memang terkenal di AFTC, terutamanya semasa waktu pra-COVID-19. Anggota tentera yang bukan para pelatihnya sering mengajaknya untuk minum petang, semata-mata untuk bersembang atau untuk mendapatkan nasihatnya.

Sejak 2015, ibu kepada seorang anak juga melatih pelbagai kontinjen untuk Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP). Sejak dua tahun yang lalu, beliau telah melatih panglima kontinjen Perbarisan Kehormatan (GOH).

Kami bersembang sejenak dengan ME3 Tham dan ME1 Chua.

ME3 Tham (kiri) kerap mengekalkan pendekatan yang garang dan tegas semasa menjalankan kursus untuk para pelatihnya. Di sini, beliau sedang memerhati ME1 Chua yang meneliti resit barangan untuk komponen pesawat.

ME3 Tham, kami dengar anda tidak kisah dengan penampilan anda yang garang?

ME3 Tham: (ketawa) Air muka saya memang garang. Justeru, saya selalu beritahu para pelatih saya terlebih dahulu saya ni tegas dan tidak akan melayan perkara-perkara yang mensia-siakan. Contohnya, usah datang dan beri saya pelbagai alasan kerana tidak menyiapkan kerja rumah anda.

Tetapi lama kelamaan, bergantung kepada para pelatih saya– jika ada yang masih nakal, saya akan terus bersikap tegas dengan mereka. Selepas beberapa minggu kemudian, mereka akan sedar saya menyayangi mereka, terutamanya mereka yang lebih muda.

Bagaimana anda menangani pelatih yang nakal? Adakah anda menegur mereka?

ME3 Tham: Oh ya setiap kali! Mana ada ketua pemerintah yang tidak menegur sesiapa? Mestilah ada. Saya akan jelaskan kenapa saya berbuat demikian kerana anda tidak suka orang marah anda tanpa alasan, bukan? Oleh itu, anda perlu menyedarkan mereka.

Sekiranya mereka nakal, saya juga akan menegur dalam lingo mereka. Sekiranya mereka masih tidak mahu dengar, saya akan bertanya kenapa mereka bersikap demikian. Kami tidak boleh bertegas dengan mereka seperti dahulu. Dengan generasi sekarang ini, anda perlu menyesuaikan kaedah anda supaya mereka boleh memahami dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

ME3 Tham (berdiri di tengah, berbaju putih) semasa rombongan kepaduan ke Little India bersama pasukan ME1 Chua (duduk, paling kanan) pada 2016.

ME1 Chua, menceritakan kepada kami tentang peralihan sikap ME3 Tham daripada jurulatih yang tegas kepada seorang yang penyayang.

ME1 Chua: Pada mulanya, beliau bersikap regimen dan tegas. Tetapi apabila beliau sedar salah seorang pelatihnya tidak dapat mengikut pelajaran modul, kami semua menyaksikan bagaimana ME3 Tham mengubah gaya pengajarannya semata-mata untuk melatih pelatih itu.

ME3 Tham menjalankan banyak pengajaran bersemuka satu per satu dan mengambil masa untuk bercakap dan untuk memahami kesukaran yang dihadapi oleh pelatih. Umpamanya, beliau mempermudahkan proses, bercakap dengan suara lembut dan menunggu selepas kelas untuk membimbing pelatih tersebut. Dari situ kami dapat melihat sikap keibuan dan penyayangnya.

ME3 Tham: Yah, bukan semua pelatih belajar mengikut rentak yang sama justeru, saya perlu mengubah gaya latihan saya. Bagi mereka yang menghadapi masalah untuk mengikut pelajaran saya, saya akan berusaha dengan lebih gigih dan bersabar untuk memastikan mereka faham.

ME3 Tham, jadi anda memang mengambil berat tentang para pelatih anda lah…

ME3 Tham: Saya layan mereka seperti anak-anak saya sendiri! Saya akan pastikan mereka makan dengan tetap dan dijaga dengan baik di tempat tinggal mereka. Sekiranya mereka perlukan latihan tambahan, saya akan tunggu dan buat ulangkaji dengan mereka untuk memastikan mereka lulus peperiksaan mereka.

Saya selalu mengingatkan para pelatih saya bahawa saya ada bersama mereka dan menghubungi saya sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah. Saya juga bersikap terbuka. Sekiranya mereka kurang faham tentang sesuatu atau menghadapi masalah peribadi, mereka boleh menghubungi saya, walaupun selepas waktu pejabat. Saya gemar membina ikatan dan menjalin persahabatan dengan mereka.

ME3 Tham melatih para panglima kontinjen GOH semasa NDP tahun ini.

Kami mendapat tahu anda melatih panglima kontinjen GOH untuk NDP dua tahun yang lalu juga, dan mereka memanggil anda mummy?

ME3 Tham: Yah kerana saya selalu meleter mereka untuk memastikan latih tubi mereka adalah baik, pakaian seragam mereka kemas dan tidak kusut dan mereka membawa peralatan mereka. Dan yang penting sekali ialah untuk kerap menghidratkan diri.

Dalam diam, saya juga akan bawa bersama beberapa peralatan tambahan sekiranya mereka terlupa bawa sarung tangan dan saya akan hulurkan sepasang kepada mereka. Adakalanya, mereka juga akan menghantar mesej kepada saya: "Puan, saya terlupa bawa pelitup muka putih saya." Saya kemudian akan membalas mesejnya dengan emoticon muka telapak tangan, sebelum bertanya keliling untuk mendapatkan sekeping pelitup muka untuknya.

Sila ceritakan, kenapa puan begitu terkenal di AFTC.

ME3 Tham: Sebelum COVID-19, saya akan menjalankan perbarisan pagi di hangar di AFTC dan ini biasanya diketuai oleh salah seorang pelatih. Jika mereka tersilap memberi perintah, saya akan berteriak "Semula!" (Perintah dalam bahasa Melayu yang bererti "mula dari awal") dari satu penjuru.

Justeru semenjak itu, setiap pelatih kenal saya dan mereka semua memanggil saya "Semula puan".

Setiap kali saya terserempak dengan mereka, mereka akan menyapa saya dan kami akan bersembang sebentar. Sebab itulah saya lebih rapat dengan mereka walaupun mereka bukan pelatih saya – selain itu, mereka juga akan menghubungi saya dan menjemput minum kopi bersama! Mereka semua akan kenal anda dan sedar anda berniat baik walaupun anda menegur mereka. Tetapi sekarang dengan adanya COVID-19, tidak kedengaran sebarang teriakan. (ketawa)

ME3 Tham (latar depan, kanan) melatih kontinjen Girls Brigade semasa NDP 2016.

Akhir kata, apakah kepuasan anda sebagai jurulatih?

ME3 Tham: Untuk membimbing generasi anggota tentera udara dan wanita untuk menjadi pemimpin. Adakalanya, pelatih juruterbang akan kembali ke AFTC setelah menjalani latihan dan memberitahu saya dengan bangga mereka telah mendapat sayap mereka.

Kemudian ada pula yang tidak berjaya dan mereka juga akan kembali dan berkongsi dengan saya. Pada masa itulah saya akan menasihatkan mereka bahawa ini bukanlah jalan buntu, sebaliknya mereka harus mengikut isi hati mereka, belajar dengan tekun dan cuba lagi sekiranya mereka masih ingin melakukannya. Justeru, saya berasa puas hati apabila pelatih (sama ada mereka pelatih saya atau tidak) mendekati anda dan mengucapkan terima kasih.

Suggested Reading
Feature
Melawan raksasa-G
PEOPLE
24 Sep 2021

Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
PEOPLE
24 Sep 2021

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.

Feature
TENTERA S'PURA BERLATIH BERSAMA MARIN AS DALAM LATIHAN DUA HALA
PEOPLE
24 Sep 2021

Kira-kira 800 tentera dari SAF dan USMC mengambil bahagian dalam Latihan Valiant Mark tahun ini, latihan bersama selama 10 hari yang berakhir dengan serangan bandar di SAFTI City.

SAF MENYAMBUT 60 TAHUN DENGAN PAMERAN KELILING
PEOPLE
24 Sep 2021

Pameran SAF60 memperingati enam dekad komitmen dan dedikasi dalam menjaga keselamatan Singapura.

DIS MENUBUHKAN DUA MARKAS UNTUK MENANGANI ANCAMAN SIBER
PEOPLE
24 Sep 2021

Dengan peningkatan yang membimbangkan dalam kekerapan, kecanggihan dan skala ancaman siber, adalah lebih penting berbanding sebelum ini bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan digitalnya.

SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
24 Sep 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
24 Sep 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
24 Sep 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
24 Sep 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
24 Sep 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.