SELAMAT TINGGAL KEM GUILLEMARD

24jan22_news1_hero_banner https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/24jan22_news1_hero_banner.jpg?sfvrsn=5bca217c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SELAMAT-TINGGAL-KEM-GUILLEMARD
SELAMAT TINGGAL KEM GUILLEMARD https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SELAMAT-TINGGAL-KEM-GUILLEMARD
24 Jan 2022 | PEOPLE

SELAMAT TINGGAL KEM GUILLEMARD

Sejak kebelangan ini, kem ini digunakan sebagai kemudahan untuk para pesakit COVID-19 yang sedang pulih pada 2020 tetapi bagi para veteran 1 SIR ia akan dikenang selama-lamanya sebagai rumah mereka selama 34 tahun.

KISAH THRINA THAM / FOTO ONG JI XUAN & AMOS CHEW

KOL (Bersara) Lee (kiri) dan 1WO (Bersara) Wahab adalah panglima 1 SIR semasa unit itu berpangkalan di Kem Guillemard pada tahun-tahun 80-an.
English 华文
English 华文

Terdapat banyak ular yang bersembunyi dalam lurang dan para pelajar di sekolah berhampiran akan berkeliaran di kawasan kem dan membuat kacau – Kem Guillemard setentunya ada keanehannya.

Meskipun begitu, ia juga terkenal dengan zaman kegemilangannya. Ia dibina untuk menempatkan unit infantri pertama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – Batalion Pertama, Rejimen Infantri Singapura (1 SIR) – pada Januari 1969. Kem itu menyaksikan 1 SIR mengecapi pelbagai kejayaan, daripada dipersembahkan dengan Warna Rejimen baharu semasa ulang tahun ke-25nya pada 1982, kepada tempat kelahiran lambang Leopardnya (yang masih digunakan hari ini) pada 1986.

Apabila 1 SIR berpindah pada 2003, kem itu masih digunakan oleh SAF. Pada 2020, kem yang dikosongkan itu kemudiannya ditukar menjadi Kemudahan Pemulihan Komuniti, untuk menempatkan pesakit pekerja asing yang sedang pulih daripada COVID-19.

Ucapan selamat tinggal

Kini, kem itu telah sampai ke penghujung hayatnya. Ia dipulangkan kepada Negeri pada awal tahun ini, dan akan dirobohkan menjelang akhir bulan ini. Tapak yang terletak di antara Jalan Dunman dan Jalan Guillemard, telah diperuntukkan untuk pembangunan semula.

Kem Guillemard adalah rumah kepada 1 SIR "Leopards" selama lebih 30 tahun. Tapak yang didudukinya telah diperuntukkan untuk pembangunan semula.

Pada 22 Jan, veteran daripada semua pengambilan 1 SIR kembali ke kem untuk kali terakhir, bagi mengucapkan selamat tinggal kepada rumah mereka selama 34 tahun.

"Walaupun kami kehilangan sebahagian daripada sejarah kami, tetapi ia adalah perkara yang wajar dilakukan," kata bekas Sarjan Mejar Rejimen (RSM), Pegawai Waran Pertama (1WO)(Bersara) Wahab Hussain dalam lawatannya.

Seorang bekas anggota tentera dari 1 SIR menandatangani buku pelawat semasa hari lawatan veteran 1 SIR pada 22 Jan.

Terima kasih atas kenanganmu

Sambil berjalan melalui bangunan lama Kem Guillemard, 1WO (Bersara) Wahab mengimbas semula pada zaman awal semasa unit itu menerima aduan tentang bunyi latihan daripada penduduk berhampiran.

Di samping itu, kem itu terletak berhampiran dengan kawasan sekolah dan ramai remaja akan berkeliaran berhampiran kawasan kem selepas sekolah dan membuat kacau.

Kor Kadet Kebangsaan dan Pegawai Tidak Bertauliah dalam perbarisan pertauliahan mereka di Kem Guillemard pada 1975. [Kredit Foto: NAS]

"Pegawai Pemerintah (CO) saya ketika itu melawat pengetua untuk memberitahu mereka tentang keadaan kami. Kami juga melawat jiran-jiran; dan setiap kali kami mengadakan malam CO atau rumah terbuka, kami juga menjemput mereka," kata 1WO (Bersara) Wahab, yang merupakan RSM Pengambilan Mono ke-2 dan ke-3 dari 1983 hingga 1987.

"Mereka berasa amat gembira dengan usaha kami dan sejak dari itu, hubungan kami dengan jiran dan sekolah telah bertambah mesra," katanya.

Koleksi gambar dan plak lama, diambil dari Bilik Warisan 1 SIR di Kem Mandai Hill, dipamerkan semasa hari lawatan veteran di Kem Guillemard.

Saat yang paling membanggakan bagi beliau di Kem Guillemard adalah membantu memelihara warisan 1 SIR melalui penubuhan Bilik Sejarah, yang terletak di belakang dewan mes pegawai pada masa dahulu.

"Ada banyak barangan yang telah saya kumpulkan yang tidak kelihatan lagi dalam Tentera sekarang: stokin dan kantung hos kami, lencana topi kami, plat bahu dan tanda pembentukan," tambah pegawai berusia 74 tahun itu, yang kini bekerja di sebuah sekolah reka bentuk barang kemas. Beliau bersara daripada SAF pada 1997 sebagai Pegawai Pemerintah Sayap Latihan Pakar Lanjutan ketika itu.

"Bukan mudah untuk mengumpul semua barangan ini kerana ramai yang keberatan untuk memberinya.  Oleh itu, saya berasa puas hati dapat mengumpul barangan mereka untuk dipamerkan kepada semua orang," tambahnya. Pada hari ini, 1 SIR masih mengekalkan Bilik Sejarah, di kawasan baharunya di Kem Bukit Mandai.

KOL (Bersara) Lee (kiri) dan 1WO (Bersara) Wahab mengenang kembali masa silam mereka sambil berjalan-jalan untuk kali terakhir di sekitar Kem Guillemard.

Ikatan persaudaraan

Bagi Kolonel (KOL) (Bersara) Lee Wai Mun, bekas Pegawai Pemerintah Pengambilan Mono Ke-4 1 SIR dari 1987 hingga 1989, kem itu membawa kenangan manis tentang pelbagai acara yang turut dianjurkan oleh unitnya semasa bertapak di sana, termasuk Latihan Semangat Bersatu yang pertama dan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1989.

Unit itu merupakan sebahagian daripada jawatankuasa penganjur NDP 1989 (diketuai oleh Briged Infantri Singapura ke-2), dan telah mengadakan banyak sesi latihan dan perancangan di Kem Guillemard.

Blok ibu pejabat, di sebelah kanan gambar, juga merupakan tapak lokasi syarikat sokongan dan kedai 1 SIR. Lazim kelihatan latihan fizikal yang dijalankan di tapak ini.

Apabila ditanya tentang lokasi kegemarannya di kem itu, KOL (Bersara) Lee berkata bahawa ia adalah blok ibu pejabat.

"Apabila saya berdiri di beranda di sana, saya dapat melihat gedung senjata, kedai sokongan saya, dan anggota-anggota saya menjalankan latihan fizikal mereka di dataran kawad.

"Sungguh menarik bila difikirkan bagaimana  kami semua mempunyai kaitan dengan ruang itu," kata KOL (Bersara) Lee, yang bersara daripada SAF sebagai Penolong Ketua Staf Am (ACGS) (Logistik) pada 1997 dan kini bertugas sebagai ketua Persatuan Automobil, Singapura.

Menurut beliau lagi, walaupun tapak Kem Guillemard akan mengalami perubahan menurut keperluan baharu, kenangan manis akan sentiasa kekal bersama mereka yang pernah bertugas di sana.

"(Kami semua akan mengenang) peristiwa dan aktiviti yang dilakukan, bagaimana orang ramai berkumpul bersama di lain-lain masa dan dalam kapasiti yang berbeza.

"Itulah yang membina ikatan dan tali persahabatan kami dan kami sedar kami masih boleh kembali untuk berkumpul bersama lagi."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!