Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/20jan22_news1_photo1f1851085-ce59-4e5c-836f-51847fcdbec2.jpg?sfvrsn=4b9777ed_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SEHARI-DI-AMBANG-LAUTAN-ATAS-KAPAL-PROTECTOR
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SEHARI-DI-AMBANG-LAUTAN-ATAS-KAPAL-PROTECTOR
SEHARI DI AMBANG LAUTAN ATAS KAPAL PROTECTOR
20 Jan 2022 | OPS & TRAINING

SEHARI DI AMBANG LAUTAN ATAS KAPAL PROTECTOR

MENINJAU KEHIDUPAN DI KAPAL MSRV PROTECTOR YANG BARU BEROPERASI, YANG BELAYAR PADA HUJUNG MINGGU DAN MENGENDALIKAN TEMBAKAN LANGSUNG PELANCAR GRENAD PERTAMANYA.

Baru sahaja empat bulan keluar dari limbungan, Kapal Pelindung Respons dan Keselamatan Maritim (MSRV), menjalankan tugasnya melindungi kawasan perairan Singapura.

Ia merupakan salah satu daripada empat MSRV kelas Sentinel yang dibaikpulih daripada bekas Kapal Peronda (PV) Tentera Laut Republik Singapura.

MSRV dilengkapi dengan pelbagai keupayaan yang ditentukur untuk menyediakan lebih banyak pilihan dalam bertindak balas terhadap insiden maritim. Ini adalah termasuk sistem amaran audio yang ditambahbaik, sistem dapra dan perlindungan balistik modular serta keupayaan kurang letal seperti pelancar grenad jarak jauh.

Kapal-kapal MSRV Protector dan MSRV Bastion  – dua kapal terakhir untuk meninggalkan halaman –beroperasi secara rasmi di satu majlis pada 20 Jan.

Sab, 0700H

Ketika ramai lagi yang masih tidur lena, anak kapal MSRV Protector telah melaporkan diri di Pangkalan Tentera Laut Changi untuk menyiapkan kapal mereka untuk sedia belayar.

Banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan kapal berada dalam keadaan terbaik sebelum belayar ke laut – personel menjalankan pemeriksaan sistem mereka, meminyaki mesin mereka dan memuatkan peluru ke dalam senjata mereka.

Dengan bilangan anak kapal yang kecil, iaitu 30 orang belayar, semua orang berganding bahu untuk membantu.

Pakar Tentera (ME) 2 Christine Boey meminyaki senjata taufan untuk memastikan ia dilindungi daripada keadaan laut.
Pasukan Sistem Kawalan Senjata menyediakan pusingan untuk senjata taufan. Peluru hidup dimuatkan ke atas kapal setiap kali ia belayar untuk mengendalikan operasi.

0800H

Dengan pemeriksaan sistem dilakukan, anak kapal menjalankan upacara warna senyap sambil ensain kapal dinaikkan.

Tali dilepaskan dan kapal MSRV Protector belayar keluar dari limbungan.

Sejurus kemudian, suasana di jambatan bertambah sibuk – dibantu oleh krew jambatan, Pegawai Pengawal (OOW) memberi arahan kepada Jurugan di kemudi, untuk mengemudi kapal dengan tangan yang stabil.

Dengan banyak kapal dagang yang berlalu-lalang di kawasan perairan sepanjang Selat Singapura, ia memerlukan penyelarasan yang teliti untuk memastikan kapal itu belayar dengan lancar.

Di sayap jambatan, Mejar Pegawai Pemerintah (MEJ) Lim Jun Long memantau gerak-geri anak kapalnya.

"Meskipun ia merupakan suatu pengalaman yang amat mencabar, ia juga suatu pengalaman yang amat menyeronokkan bagi saya," katanya tentang perjalanan anak kapalnya dari limbungan ke laut. "Kami mempertahankan kedaulatan perairan wilayah Singapura...justeru kami perlu berlatih dengan sedaya- upaya agar bersedia menghadapi sebarang ancaman masa nyata."

"Contohnya, kebelakangan ini berlaku beberapa percubaan melanun. Ini memberi tujuan kepada misi Flotila kami dan menginspirasikan kami 'Sentinel' untuk berkhidmat di barisan hadapan," tambah MEJ Lim, yang pernah berkhidmat di PV.

1110H

Ketika kapal MSRV Protector menghampiri kawasan perairan di Rumah Api Horsburgh, ia sudah bersedia untuk mengawasi perairan sekitarnya.


Dengan rangkaian keupayaan yang ditentukur, MSRV (gambar di sini ialah MSRV Sentinel yang mengawal perairan di sekitar Rumah Api Horsburgh) menawarkan RSN lebih banyak pilihan respons terhadap insiden maritim.

1300H

Tidak lama kemudian, penggera "stesen tindakan" dibunyikan dan anak kapal bergegas memakai peralatan anti-kilat mereka dan penutup di stesen tindakan kerana suatu potensi ancaman telah dikesan.

Adalah penting bagi mereka untuk sentiasa berwaspada, untuk bertindak balas dengan segera terhadap sebarang potensi ancaman keselamatan maritim dan segera menyampaikan maklumat terkini ke pantai.

Anak kapal jambatan memakai peralatan anti-kilat mereka dan penutup di stesen tindakan.
Seorang penembak sedang memantau kawasan perairan yang diawasi oleh kapal MSRV Protector.
Di Pusat Maklumat Tempur (CIC), anak kapal mengguna penderia elektro-optik untuk mengawasi kawasan perairan dan kapal-kapal yang berada di sekelilingnya.

1500H

Kapal itu memainkan simulasi ancaman bot kecil untuk menguji kesediaan anak kapal dan peralatan mereka.

Ini adalah termasuk Peranti Akustik Jarak Jauh (LRAD), yang membolehkan mereka mengeluarkan amaran lisan pada waktu siang dan malam.

"Kami mengguna LRAD untuk menghalang sebarang ancaman yang bakal berlaku. Cara pertama kami untuk menangani ancaman itu adalah dengan mengguna LRAD untuk memberi siren amaran, diikuti dengan teks amaran," jelas Pakar Tentera Operator Sistem Senjata (ME) 1 Marcus Tan.

"Jika bot kecil itu masih tidak mematuhi amaran, kami akan mengguna senjata kami untuk melawan, seperti melepaskan tembakan amaran dengan Mesingan Kegunaan Am kami."

1800H

Selepas berada seharian di laut, hanya satu sahaja yang terbayang di fikiran semua orang: Hidangan makan malam.

Para anak kapal sedang menjamu selera selagi masa mengizinkan, dan ada yang membungkus makanan untuk mereka yang masih lagi bertugas.

2200H

Menjelang malam – anak-anak kapal sedang berehat manakala yang lain berjaga malam di jambatan dan Pusat Maklumat Tempur (CIC).

Anak kapal dilatih untuk tugas semalaman untuk mengawasi kawasan perairan Singapura 24/7, kata MEJ Lim. "Kami telah mengadakan pengawasan waktu malam dan menghabiskan masa berjam-jam untuk menambahbaik kemahiran individu serta sepasukan."

Anak kapal yang bertugas malam sedang memantau kawasan perairan di Rumah Api Horsburgh di jambatan kapal.

Ahad, 1100H

Hari berselang hari dengan keadaan yang tenang di laut. Kapal MSRV Protector belayar keluar dari kawasan operasinya, menuju ke destinasi seterusnya – Laut China Selatan.

Sebagai sebahagian daripada Flotila Maritim Keselamatan dan Respons (MSRF) yang ditubuhkan pada 26 Jan 2021, MSRV menawarkan lebih banyak pilihan dalam bertindak balas terhadap insiden maritim dan melindungi perairan wilayah Singapura kepada RSN.

Ia akan digantikan dengan kapal baharu yang dibina khas, yang akan dioperasikan oleh MSRF menjelang 2026.

Perlindungan Balistik yang baru dipasang semula melindungi bahagian luar jambatan kapal, seperti yang kelihatan sewaktu matahari terbit.

1400H

Keterujaan di udara semasa anak kapal melaporkan ke sayap jambatan. Mereka telah berlatih sedaya-upaya semasa di pantai dan kini tiba masanya untuk tembakan langsung Pelancar Grenad Jarak Jauh (XRGL) di laut.

MSRV adalah kapal yang pertama dalam Tentera Laut yang memperkenalkan penggunaan XRGL –  cara yang kurang letal untuk menghapuskan ancaman keselamatan maritim.

Seorang penembak sedang berada dalam posisi pertahanan sebelum bersedia untuk membidik dan melepaskan tembakan.
Grenad meletup tepat atas sasaran, menyerpihkan cebisan untuk menentang ancaman yang mendatang.

Menurut Penyelia Sistem Kawalan Senjata ME2 Christine Boey: "Ada banyak faktor yang berbeza daripada pantai yang boleh menjejas tembakan kami: cabaran seperti keadaan laut, pergerakan kapal kami dan keadaan tiupan angin di laut."

Para penembak berjaya melepaskan tembakan mereka, menuju ke sasaran dari jarak yang berbeza.


ME2 Boey menembak pelancar ke arah sasaran di laut.

1700H

Kini tiba masanya untuk kembali ke pangkalan. Walaupun berasa tidak sabar untuk pulang ke pangkuan keluarga dan bersama-sama rakan-rakan, anak kapal sedar mereka perlu berwaspada semasa belayar pulang.

Memandangkan anak kapal MSRV Protector berasal dari bahagian-bahagian yang berlainan di Tentera Laut, sungguh memuaskan hati bila melihat mereka bekerja bersama untuk mencapai tahap kesediaan semasa mereka, kata Pegawai Eksekutif, Leftenan (LTA) Gatsper Arthur.

LTA Gatsper (kanan), yang juga merupakan Pegawai Tempur Utama, di stesen tindakannya di CIC.
Kapal MSRV Protector dan anak kapalnya tiba semula di Pangkalan Tentera Laut Changi pada pukul 8 malam.

Kerja berpasukan ini je;las kelihatan apabila anak kapal belayar untuk penerimaan tembakan A-Gun pertama mereka pada Ogos tahun lepas, katanya.

"Kami telah berlatih bersungguh-sungguh untuknya dan semasa kami dalam pelayaran pulang, selepas tengah malam, kami juga perlu mula membersihkan senjata. Walaupun semua orang berasa letih, saya melihat ramai yang keluar ke foxcle untuk saling membantu, dan kelihatan ukiran senyuman di wajah-wajah mereka.

"Pada masa itulah saya sedar kami benar-benar satu keluarga –  walaupun letih, kami masih bekerja bersama demi mencapai hasil yang sama."


Anak kapal MSRV Protector berdiri dengan megah semasa upacara pengoperasian kapal-kapal MSRV Protector dan MSRV Bastion pada 20 Jan. [Foto Tedd Jong]

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

She used to serve on the Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

She used to serve on the Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

She used to serve on the Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!