SEHALUAN KE ARAH MENUJU KECERGASAN, IKATAN PERSAHABATAN DAN MENCARI MAKNA

09mar22_news1_thumbnaila https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09mar22_news1_thumbnaila.jpg?sfvrsn=cb30acd2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SEHALUAN-KE-ARAH-MENUJU-KECERGASAN-IKATAN-PERSAHABATAN-DAN-MENCARI-MAKNA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SEHALUAN-KE-ARAH-MENUJU-KECERGASAN-IKATAN-PERSAHABATAN-DAN-MENCARI-MAKNA
SEHALUAN KE ARAH MENUJU KECERGASAN, IKATAN PERSAHABATAN DAN MENCARI MAKNA
09 Mar 2022 | PEOPLE

SEHALUAN KE ARAH MENUJU KECERGASAN, IKATAN PERSAHABATAN DAN MENCARI MAKNA

// KISAH BENITA TEO // FOTO PTE AMOS CHEW & IHSAN 2LT CHIA

2LT Chia berubah daripada seorang rekrut yang obes kepada penerima anugerah Sword of Merit dalam OCS.

Apabila Leftenan 2 (2LT) Steve Chia mendaftar untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan memulakan Latihan Asas Tentera (BMT) Januari lalu, ada banyak perkara yang terlantas dalam fikirannya. Semasa rakan-rakannya menyertai kumpulan BMT biasa atau tertingkat, dia dihantar untuk menyertai BMT bagi rekrut obes.

Anggota yang berusia 20 tahun itu pernah menjadi penggemar sukan dan menganggotai pasukan Perahu Naga di Maktab Rendah Nanyang. Malangnya, tekanan peperiksaan A-Levels membawa kepada tabiat pemakanan yang tidak sihat, sehingga menyebabkan peningkatan dalam berat badannya.

"Saya tidak tahu apa yang akan dihadapi dalam BMT obes. Saya juga takut dipandang serong, kerana saya tidak tahu bagaimana orang akan menerima saya sebagai rekrut yang obes," jelasnya.

Dia menetapkan matlamat untuk dirinya, iaitu menurunkan berat badan sebanyak mungkin, dan mula bercergas semula. Alangkah bertuahnya dapat bertemu dengan rakan sebaya yang ada hasrat yang sama, dan gigih untuk memulihkan bentuk badan mereka. Mereka akan berlatih bersama-sama, walaupun dalam sesi pengaturan kendiri, dan saling memberi semangat untuk mengharungi cabaran ini.

2LT Chia (kiri) menerima Sword of Merit di Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadetnya pada 9 Mac.

Usaha yang membuahkan hasil. Dia turun 15kg pada akhir kursus BMT dan akhirnya menerima pingat Emas dalam Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT). Dia juga berjaya menyertai Sekolah Kadet Pegawai (OCS), dan berjaya sehingga dianugerahkan Sword of Merit.

Dia merenung kembali masanya di BMT: “Saya berasa bertuah adanya sekumpulan rakan yang cukup bersemangat untuk mencapai kecemerlangan (dan berazam untuk menurunkan berat badan). Kesemuanya membantu saya untuk berjaya menyertai OCS.

2LT Chia (kiri) bersama-sama ibu bapanya pada hari pendaftarannya pada 20 Jan 21. Pada masa tu dia masih obes dan ditempatkan dalam kelompok PES BP. Tetapi dia bertungkus-lumus untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatannya dan berjaya menyertai OCS.

Mencari makna dalam perkhidmatan

Sebagai warga Singapura generasi pertama, 2LT Chia tidak tahu menahu tentang NS semasa dia mula mendaftar, apatah lagi tentang OCS dan perkaitannya. Ayahnya berasal dari Malaysia dan ibunya pula dari China.

Dia berterima kasih kepada bapanya, seorang peminat tentera, kerana menimbulkan minatnya dalam kehidupan tentera. Meskipun begitu, dia sedar kesemuanya terserah pada dirinya untuk mencari makna di sebalik tugasannya sebagai seorang askar.

Jelasnya: “Semasa kursus BMT, kami belajar tentang Pendidikan Kebangsaan dan C2D (Komitmen kepada Pertahanan). Tetapi saya tidak begitu memahami secara menyeluruh tentang tujuan kami (berkhidmat dalam NS).

"Hanya semasa di OCS, apabila kami mengusahakan profil misi yang realistik, saya mula memahami tentang betapa pentingnya untuk berkhidmat. Kami berkhidmat untuk mempertahankan negara kami kerana tidak ada sesiapa yang akan melakukannya selain kami. Kini apabila saya mengakhiri perjalanan OCS, saya sedar ia adalah semata-mata untuk mempertahankan apa yang saya cintai dan hargai."

Krisis semasa yang melanda Ukraine juga membantu membentuk perspektifnya: “Adalah penting untuk menghormati kedaulatan setiap negara, dan itulah yang kami sedang lakukan di sini – untuk mempertahankan kedaulatan sendiri.

"Dalam saat-saat seperti ini, kami amat menghargai peranan kami sebagai NSF (Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa). Kami meneliti keadaan sekitar dan sedar inilah yang harus kami lindungi."

2LT Chia di majlis penyampaian Lencana Kemahiran Tempurnya pada 28 Dis tahun lalu. Dia amat menyedari kepentingan peranannya untuk melindungi Singapura hanya semasa dalam OCS.

Lebih teguh sebagai satu pasukan

Walaupun 2LT Chia tidak mendapat "kelebihan" kepada NS seperti rakan-rakan sebayanya – dalam bentuk cerita dan petua daripada bapa, bapa saudara dan datuk, dia bersyukur kerana ibu bapanya telah memberi sokongan padu mengikut cara mereka sendiri.

Selain menghantarnya ulang-alik menjalani latihan, mereka juga mengambil tahu tentang kegiatannya dan bersedia untuk mendengar.

Kebanggaan dan kesayangan: Ibu bapa 2LT Chia menyemat epaulet pangkat pegawai padanya.

Dia amat berterima kasih kerana mempunyai kawan yang ramai semasa menjalani kursus NSnya. Semasa mula menyertai OCS, dia berasa kekok dan tidak selesa kerana dia tidak mengenali sesiapa. Lama-kelamaan dia sedar ramai di antara mereka juga mengalami perasaan yang sama. Ikatan persahabatan mereka diperteguh oleh keadaan yang dihadapi bersama.

Menurutnya: "Saya mampu mendorong diri saya dengan adanya mereka di sisi saya. Pada masa yang sama, saya melakukannya untuk diri sendiri dan juga untuk mereka. Menjadi pegawai kadet infantri juga banyak mendidik saya tentang kepentingan setiakawan."

2LT Chia sedang mengendalikan taklimat semasa latihan di medan lapangan. Dia memahami kepentingan kerja berpasukan dan setiakawan melalui latihan tegas dalam OCS.

Dia menceritakan tentang latihan pertama OCS, yang merupakan satu-satunya latihan paling lasak yang pernah diharungi. Selepas beberapa malam hampir tidak tidur, platunnya dihantar untuk menjalankan misi yang lain.

"Ia amat menjerihkan bagi kami semua.” Tetapi kami berjaya mengatasi perjalanan yang sukar ini semata-mata kerana kami bersatu hati sebagai satu platun."

Kepada pra-pendaftar yang sedang menghadapi perjuangan yang sama, inilah mesejnya untuk mereka: "Yakin pada diri sendiri… Ada masanya anda perlu menampilkan diri, dan pada masa itulah anda akan kenali diri anda dengan lebih dekat dan peroleh kemahiran baharu.

"Sistem sokongan dalam BMT adalah amat kukuh. Panglima-panglimanya juga banyak membantu. Lama-kelamaan, anda akan mula berasa lebih selesa dan bermotivasi. Oleh itu, usah risau kerana semuanya akan berjalan dengan baik."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!