SAMBUTAN BESAR-BESARAN RSAF50

F1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/f1.jpg?sfvrsn=d869e10e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAMBUTAN-BESAR-BESARAN-RSAF50
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAMBUTAN-BESAR-BESARAN-RSAF50
SAMBUTAN BESAR-BESARAN RSAF50
01 Mar 2018 | COMMUNITY

SAMBUTAN BESAR-BESARAN RSAF50

// LAPORAN THRINA THAM 

// GAMBAR CHAI SIAN LIANG

Mulai bulan ini, rakyat Singapura akan mengenali  tentera udara dengan lebih dekat apabila Angkatan Tentera Udara Republik Singapura mengadakan pameran keupayaan terbarunya secara besar-besaran di kawasan-kawasan pusat.

Diadakan bersempena ulang tahun peringatan angkatan tentera laut itu yang ke-50, RSAF berjanji untuk memberi keseronokan kepada pengunjung tua dan muda melalui demonstrasi-demonstrasi menarik aset-aset mereka serta simulasi dan persembahan interaktif.

Terdapat lima lokasi: Toa Payoh, Sembawang, Punggol, Bedok and Timur Jurong.

Acara-acara di kawasan pusat ini bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura atas sokongan kuat mereka dari tahun-tahun yang lalu hingga sekarang, kata Timbalan Pengerusi RSAF50@Heartlands iaitu Kolonel Ho Yung Peng.

"Ketika kami menyambut RSAF50, kami memberi penghormatan kepada semua juruterbang lelaki dan wanita yang dahulu mahupun sekarang atas dedikasi dan sumbangan mereka. Kami juga mengesahkan komitmen kami untuk selalu mempertahankan Singapura 24 / 7".

Berikut ialah beberapa acara kemuncak!

1. Kenali dengan lebih dekat


Pengunjung boleh mengenali aset RSAF dengan lebih dekat dan bertemu dengan kakitangan yang mengendalikannya. Tiap-tiap tempat akan mempamerkan pelbagai pameran tidak bergerak seperti pameran Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Heron 1, sistem Pertahanan Udara berpangkalan Darat (GBAD) bagi peluru berpandu permukaan ke udara Python dan DERby.

2. Ikrarkan sokongan anda 

Orang awam boleh menunjukkan sokongan mereka terhadapTentera Udara dengan menyumbang kepada Mural RSAF50. Pengunjung berpeluang memilih dari enam latar belakang animasi seperti di dalam kokpit jet pejuang untuk mengambil gambar-gambar mereka.

Gambar-gambar itu kemudiannya akan disertakan di dinding mural yang pada akhirnya akan mengandungi 50,000 keping gambar lain termasuklah dari Presiden Halimah Yacob yang menyumbang foto beliau di pelancaran sambutan RSAF50 pada bulan Februari. Orang awam boleh juga menyumbang dengan menghantar gambar ke Facebook dan Instagram dengan tanda pagar #RSAF50.

3. Hiburkan diri anda 


Mereka yang suka bersantai boleh menyaksikan persembahan di atas pentas. Ini termasuklah persembahan kawad menggunakan senapang oleh Pasukan Kadet Kebangsaan dan persembahan oleh So Drama! Entertainment serta persembahan selebriti tempatan seperti Olinda Cho dan Inch Chua.

4. Alamilah sendiri pengalaman berharga 

Sentiasa ingin mempunyai pengalaman hidup sebagai seorang juruterbang? Pengunjung boleh memandu sebuah helikopter, jet pejuang atau mengawal sistem GBAD di dalam pelbagai simulator di pameran pengembaraan.

Acara kemuncak lain termasuklah pertunjukkan replika pesawat pejuang F-15SG dan pertunjukkan Bendera Perarakan Hari Kebangsaan yang berkibar melepasi mata generasi lepas dan sekarang.

Pengunjung juga boleh menyimpan kenangan masa mereka di pameran itu dengan mengenakan pakaian seragam dan gambar-gambar mereka ditangkap secara profesional di pondok gambar RSAF.

Acara Kemuncak di Kawasan Pusat 


Setiap pameran di kawasan pusat akan berlangsung pada hujung minggu, dari 10 pagi hingga 9 malam pada setiap hari.

A 10-11 Mac
Hab HDB Toa Payoh

B 31 Mac - 1 April
Lapangan terbuka di sebelah stesen MRT Sembawang

C 14-15 April
Medan Bandar Punggol

D 12-13 Mei
Medan Bandar Bedok

E 26-27 Mei
Lapangan terbuka di sebelah stesen MRT Timur Jurong

Hadiah percuma pertandingan!

Namakan salah satu pesawat pejuang terbaru RSAF.

E-melkan jawapan anda kepada pnrcontest@defence.gov.sg pada 31 Mac dengan pengepala "Hadiah percuma RSAF50" dan berpeluang memenangi satu daripada lima set lengkap eksklusif kapal terbang stirofoam RSAF50!

Dalam e-mel anda, sila sertakan nama anda, kad pengenalan pendaftaran negara, jantina, nombor yang boleh dihubungi dan alamat.


Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?