SAINTIS DSO MENEMUI ANTIBODI UNTUK MENANGANI COVID-19

17jun20_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17jun20_news1_photo1.jpg?sfvrsn=9dfc9afd_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAINTIS-DSO-MENEMUI-ANTIBODI-UNTUK-MENANGANI-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAINTIS-DSO-MENEMUI-ANTIBODI-UNTUK-MENANGANI-COVID-19
SAINTIS DSO MENEMUI ANTIBODI UNTUK MENANGANI COVID-19
17 Jun 2020 | COMMUNITY

SAINTIS DSO MENEMUI ANTIBODI UNTUK MENANGANI COVID-19

// BERITA TEO JING TING

// FOTO IHSAN DSO NATIONAL LABORATORIES

Singapura bakal menerima berita baik tidak lama lagi.

Organisasi penyelidikan dan pembangunan pertahanan tempatan DSO National Laboratories (DSO) berkongsi berita pada 17 Jun mengenai penemuan lima antibodi yang meneutralkan keupayaan COVID-19 menjangkit dan membiak di dalam sel, dan ia sedang disediakan untuk ujian klinikal.

Saintis DSO sedang menyediakan kultur sel untuk penghasilan antibodi.

Antibodi ini telah diasingkan daripada sampel darah pesakit COVID-19 yang telah pulih – yang memastikan tahap keselamatan dan keberkesanan pesakit yang tinggi iaitu faktor penting bagi ujian klinikal.

"Pemberian antibodi yang diambil daripada individu yang telah pulih memindahkan imunitinya kepada penerima, membolehkan mana-mana pesakit melawan jangkitan dengan lebih baik dan pulih dengan lebih cepat," terang Dr Conrad Chan, Saintis Penyelidikan Utama dan Pengarah Makmal (Teknologi Molekul Gunaan) daripada DSO.

"Memandangkan antibodi berada di dalam sistem selama hampir sebulan, ia juga boleh diberikan untuk mengelakkan jangkitan."

Saintis DSO menghabiskan tiga bulan terakhir menguji lima antibodi ini di dalam makmal. Secara khususnya, dua antibodi yang pertama telah diasingkan untuk ujian dalam tempoh sebulan menerima sampel darah dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan Hospital Besar Singapura.

Keputusan menunjukkan bahawa semua lima antibodi poten dalam menyekat jangkitan, dan berkesan terhadap mutasi utama yang timbul dalam virus semasa pandemik.

Berikutan penemuan ini, DSO, sebagai sebahagian daripada usaha kolaboratif pendekatan Keseluruhan Jentera Kerajaan yang membabitkan agensi seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Lembaga Pembangunan Ekonomi, telah mengumpulkan konsortium berpangkalan di Singapura yang terdiri daripada agensi kerajaan, institut penyelidikan dan syarikat bioperubatan untuk menggerakkan kajian dengan pantas kepada ujian klinikal.

Sebaik menerima kelulusan daripada Penguasa Sains Kesihatan, ujian pertama ke atas manusia bagi ubat antibodi utama, AOD01, akan dimulakan dalam beberapa bulan yang akan datang. Keupayaan pengilangan juga akan ditingkatkan apabila rawatan antibodi terapeutik diberikan kepada pesakit COVID-19 sebaik sahaja ujian klinikal diselesaikan dengan berjaya.

Pasukan DSO sedang mengusahakan pembangunan ubat antibodi COVID-19.

Oleh kerana antibodi kekal di dalam sistem manusia selama hampir sebulan dan juga boleh diberikan untuk mengelakkan jangkitan, Dr Chan berkata: "Kami ingin memberikannya kepada pesakit sebelum keadaan mereka menjadi tenat, jadi secara idealnya, kami tidak mahu melihat sesiapa dimasukkan ke ICU...dengan mengelakkan pesakit dimasukkan ke ICU, anda mengelakkan sumber di hospital daripada terlalu terbeban."

Ketua Pegawai Eksekutif DSO Cheong Chee Hoo berkata yang walaupun penemuan itu masih dalam fasa percubaan, ia tetap menjadi peristiwa penting dalam perjuangan Singapura memerangi COVID-19.

"Dengan rawatan yang berkesan, orang akan lebih yakin kerana mereka akan dirawat dengan segera dan boleh berharap untuk pulih dengan lebih cepat. Ini akan mengelakkan sistem penjagaan kesihatan kita terbeban dan memulihkan rutin harian kita sambil kita meneruskan kehidupan serta berinteraksi sebagai satu komuniti."

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?