SAFVC MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-5, ANGKATAN SUKARELAWAN MILIKI KEKUATAN 900 ORANG

17feb20_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17feb20_photo1ccc7b264-d994-49a0-aaa5-799c16e8af7f.jpg?sfvrsn=54dc61f0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAFVC-MENYAMBUT-ULANG-TAHUN-KE-5-ANGKATAN-SUKARELAWAN-MILIKI-KEKUATAN-900-ORANG
SAFVC MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-5, ANGKATAN SUKARELAWAN MILIKI KEKUATAN 900 ORANG https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAFVC-MENYAMBUT-ULANG-TAHUN-KE-5-ANGKATAN-SUKARELAWAN-MILIKI-KEKUATAN-900-ORANG
17 Feb 2020 | COMMUNITY

SAFVC MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-5, ANGKATAN SUKARELAWAN MILIKI KEKUATAN 900 ORANG

Formasi ini menandakan ulang tahun kelima pada Hari Pertahanan Mutlak.

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS

Kohort SAFVC yang pertama menandakan berakhirnya Latihan Asas mereka dengan Perarakan Penyampaian Beret pada 27 Jun 2015.
English 华文
English 华文

Sejak Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) membuka pintunya kepada rakyat Singapura yang tidak disyaratkan menyertai Perkhidmatan Negara dan Penduduk Tetap, rakyat daripada semua peringkat telah mendaftar untuk menyertai skim sukarelawan beruniform.

Sukarelawan SAFVC ini, atau singkatannya SV, menyumbang kepada pertahanan negara di sisi anggota Tetap dan anggota perkhidmatan negara SAF.

Berikut adalah lima perkara tentang formasi yang menyambut ulang tahun kelimanya tahun ini:

SV berkawad di Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 sebagai sebahagian daripada Kontinjen Sukarelawan yang pertama.

1 Ia merupakan pasukan askar warganegara yang mempunyai kekuatan 900 orang

SAFVC mempunyai lebih daripada 900 orang sukarelawan hari ni - lebih kurang empat kali ganda berbanding 226 sukarelawan semasa pengambilan pertama pada 2015.

Sukarelawan ini datang daripada pelbagai latar belakang dan kewarganegaraan. SV paling muda, berusia 19 tahun, merupakan pelajar universiti wanita dari India yang kini warganegara baru. Yang paling tua, 51, ialah warganegara baru kelahiran Malaysia yang bekerja sebagai penolong pengurus besar.

Seorang Askar Keselamatan Bantuan SV (kanan) menyokong operasi keselamatan sokongan dengan melaksanakan pemeriksaan anggota di kem tentera.

2 Terdapat 35 kerjaya dalam SAFVC

SAFVC bermula dengan menawarkan 17 kerjaya pada 2015. Hari ini, 35 kerjaya ditawarkan selepas lima peranan ditambah pada tahun lepas.

Peranan baru termasuk Pembantu Fisioterapi, Juruteknik veterinawan, Pelatih Bantuan (Dron), Askar Laut dan Operator Pengawasan Video.

Pengawas Jambatan SV melaporkan kepada Pegawai Pengawas potensi bahaya dan lain-lain kapal semasa kapal berada di lautan.

3 Kerahan berjam 8,000 hari-orang

Sejak penubuhan SAFVC, SV telah berkhidmat selama lebih 8,000 hari-orang sepanjang 178 kerahan untuk menyokong operasi dan latihan SAF.

SV biasanya akan dipanggil untuk berkhidmat selama 14 hari setiap tahun. Kumpulan perintis SV telah berkhidmat dalam peranan seperti Askar Keselamatan Bantuan, Pengawas Jambatan dan Pakar Pemerintah, Kawalan, Perhubungan dan Komputer (C4).

Logo SAFVC telah diinspirasikan oleh warisan SVC yang kaya.

4 Lima tahun sejak SAFVC dibentuk

Sejak SAFVC menerima kedatangan kumpulan baru sukarelawan, ia telah meraikan Hari Formasi setiap Hari Pertahanan Mutlak, yang jatuh pada 15 Februari. Hari ini mengingatkan rakyat Singapura bahawa semua orang boleh memainkan peranan dalam membina negara yang kuat, selamat dan bersatu padu.

Tahun 2020 menandakan ulang tahun kelima formasi ini, namun ini bukan kali pertama Singapura menyaksikan kewujudan kor askar sukarelawan.

Ditubuhkan pada 1850-an, Kor Relawan Singapura (SVC) - atau Kor Raifal Sukarelawan Singapura sebagaimana ia dikenali dahulu - merupakan salah satu daripada organisasi sukarelawan rasmi terawal, dan ia dibentuk untuk menangani rusuhan antara kongsi gelap Cina pada waktu itu.

Malahan, logo SAFVC diinspirasikan oleh gencana SVC, dengan mengekalkan perisai, panji-panji dan laurel yang bulat - bersama-sama dengan singa - menggambarkan kuasa dan keberanian. Postur singa yang berdiri dengan empat kakinya di tanah, dengan kepalanya menghadap ke hadapan dan ekornya melengkung di belakang, melambangkan ketabahan dan kewaspadaan.

Terdapat lima pangkat dalam struktur pangkat SAFVC.

5 Kenaikan pangkat

Terdapat lima pangkat dalam SAFVC (yang tidak ditambat pada struktur pangkat SAF). Selepas penamatan latihan asas dan kelayakan, SV (Pelatih) akan dinaikkan pangkat kepada SV1.

Dengan ini, SV bersedia untuk pengerahan bagi menyokong anggota perkhidmatan negara. Berdasarkan tahun perkhidmatan, prestasi dan tingkah laku, SV boleh dinaikkan pangkat sehingga SV4!

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?