Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15mar21_news2_photo1e8d79312-9032-4638-83b5-f310a92d26e1.jpg?sfvrsn=bf3f2c20_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-PERKENALKAN-PROGRAM-KECERGASAN-NS-BAHARU
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-PERKENALKAN-PROGRAM-KECERGASAN-NS-BAHARU
SAF PERKENALKAN PROGRAM KECERGASAN NS BAHARU
15 Mar 2021 | OPS & TRAINING

SAF PERKENALKAN PROGRAM KECERGASAN NS BAHARU

DENGAN PROGRAM LATIHAN PENINGKATAN KECERGASAN NS (NS FIT) YANG BAHARU, ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA AKAN MEMPUNYAI LEBIH BANYAK PILIHAN BERKAITAN DENGAN LOKASI LATIHAN DAN AKTIVITI KECERGASAN.

Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara menjalani sesi Quick HIIT bersama khalayak ramai di Jurong Lake Gardens, sebagai sebahagian daripada ujian NS FIT.

Tidak lama lagi, Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) boleh melatih dan meningkatkan kecergasan mereka melalui pelbagai aktiviti di 45 lokasi yang berlainan di seluruh pulau – Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah memperkenalkan program NS FIT baharu yang menawarkan lebih banyak kemudahan dan fleksibiliti.

Bakal dilancarkan pada 1 April, program ini akan menggantikan Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) Ujian Persediaan, atau IPT, dan Latihan Pemulihan (RT). Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara boleh mendaftar untuk sesi NS FIT melalui portal NS mulai 25 Mac.

Lebih banyak lokasi latihan & pilihan aktiviti

Sebanyak 29 lokasi latihan baharu disediakan, termasuk Singapore Sports Hub, Waterway Point, Our Tampines Hub, Jurong Lake Gardens, dan Yishun Town Square.

Ia akan melengkapkan empat Pusat Kecergasan dan Penyesuaian (FCC) yang ada, tiga taman dan enam gim SAFRA Energy One. Tiga gim ActiveSG akan ditambahkan dalam senarai lokasi latihan.

Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara boleh memilih daripada pelbagai program NS FIT yang ditawarkan di pelbagai lokasi, yang akan meningkat daripada 13 kepada 45.

Di 29 lokasi komuniti baru, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara akan menjalani FIT @ HPB Quick HIIT (Latihan Selang Intensiti Tinggi) – latihan litar yang menonjolkan latihan intensiti tinggi yang cepat bagi membina kekuatan, daya tahan dan kecergasan aerobik dari semasa ke semasa.

Quick HIIT merupakan program latihan sedia ada yang ditawarkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan (HPB) untuk orang ramai. Ahli keluarga dan rakan-rakan boleh berlatih bersama Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara dengan menempah slot dalam sesi yang sama melalui aplikasi mudah alih HPB Healthy 365.

BG Liow berasa gembira dengan maklum balas positif daripada Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang mengambil bahagian dalam ujian NS FIT.

Memperkemas keperluan kecergasan NS

Brigadier-Jeneral (BG) Kenneth Liow, Pengarah Hal Ehwal Perkhidmatan Negara, mengatakan NS FIT akan menawarkan lebih kemudahan, fleksibiliti, dan rangkaian latihan yang lebih holistik bagi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.

"Ini akan menggalakkan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat lagi aktif, di samping menepati syarat kecergasan mereka."

Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara juga boleh memilih untuk berlatih di FCC yang menawarkan litar ambang aerobik yang meningkatkan stamina; litar metabolik yang menggabungkan HIIT; sukan dan permainan; senaman penurunan berat badan; serta pelbagai latihan khusus IPPT.

Setiap sesi NS FIT adalah selama 60 hingga 75 minit.

Di bawah sistem NS FIT baharu, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara hanya perlu lulus IPPT mereka atau melengkapkan 10 sesi NS FIT (termasuk satu percubaan IPPT). Kini, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang gagal IPPT mereka atau gagal melengkapkan 10 sesi IPT, harus melengkapkan hingga 20 sesi RT.

IPPT akan terus dijalankan di gim FCC dan SAFRA sahaja.

Maklum balas positif

SAF sudah mula dengan pengujian NS FIT pada 2019 dengan 250 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara. Respons mereka begitu positif sekali, kata BG Liow.

"Maklum balas yang diterima mengatakan penambahan lokasi berhampiran tempat kerja mereka dan lebih dekat dengan kediaman mereka menawarkan fleksibiliti yang lebih bagus kepada mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan yang dijalankan," katanya.

3SG (NS) Azhari bertujuan untuk mengambil bahagian dalam FIT @ HPB Quick HIIT bersama teman wanitanya apabila NS FIT dilancarkan pada April ini.

Sarjan ke-3 (3SG) (NS) Muhammad Nur 'Azhari Bin Zainal Abidin, 29, menyambut baik fleksibiliti latihan di beberapa lokasi dan waktu latihan yang berbeza. Sebagai pegawai di Lembaga Imigresen dan Pusat Pemeriksaan, dia bekerja mengikut syif dan sukar baginya untuk berlatih mengikut tempoh masa yang tetap.

"Sejak (menyertai) sesi NS Fit, berat badan saya sudah turun dan saya bermotivasi untuk terus bersenam. Ia bagaikan pemangkin yang mendorong saya untuk mula bersenam, (walaupun) ia meletihkan kerana saya bekerja mengikut syif," tambah komander bahagian di Briged Infantri Singapura ke-9 (9 SIB).

Penghuni Tampines 3SG (NS) Bay mengalu-alukan kemudahan menghadiri NS FIT di Tampines Hub.

Bagi 3SG (NS) Bay Yong Kang, latihan bersama rakan Perkhidmatan Negaranya adalah lebih menyeronokkan dan memberi motivasi berbanding berlatih seorang diri.

"Semasa di Perkhidmatan Negara, kami melakukan perkara yang sama, bersenam dengan rakan sebilik dan rakan-rakan kami. Berlatih di sini seperti dahulu, berasa amat menyegarkan," kata Pakar Operasi/Perisikan berusia 25 tahun, Batalion 162, Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan.

KOL (NS) Hua mendapati Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara dalam brigednya telah berlatih dengan lebih kerap selepas ujian NS FIT.

Kolonel (KOL) (NS) Michael Hua, 49, Komander Briged, Markas 24 SIB, menyatakan bahawa ramai anggota Perkhidmatan Negara mendapati sukar untuk bergegas dari tempat kerja mereka ke FCC untuk IPT atau RT mereka.

Dengan adanya lebih daripada 40 lokasi di seluruh Singapura, pasti mudah bagi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara untuk menerapkan latihan ke dalam gaya hidup mereka, katanya lagi.

"Dengan NS FIT, mereka boleh berlatih bersama-sama rakan (dan) ahli keluarga mereka. Pengaturan masanya juga lebih fleksibel... (dan) mereka boleh memilih sesi yang berhampiran dengan tempat kerja atau rumah mereka."

Tambah KOL (NS) Hua lagi, berdasarkan pemerhatian dan interaksi dengan anggota pasukannya, ujian NS FIT telah berjaya membentuk gaya hidup aktif di kalangan anggota tentera dalam unit tersebut.

"Kebanyakan daripada mereka akan meneruskan program ini dengan sendiri sesudah menjalani ujian. Dan walaupun mereka tidak meneruskannya, mereka akan sedar ini adalah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sendiri bersama-sama rakan-rakan mereka," katanya.

Menurut jurulatih kecergasan peribadi 3WO (NS) Muhammad Hafiz, NS FIT akan meningkatkan lagi kecergasan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.

Pegawai Waran ke-3 (3WO) (NS) Muhammad Hafiz Bin Jumahat, 34, yang merupakan jurulatih kecergasan peribadi, menyifatkan program NS FIT–yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti senaman badan menyeluruh, litar metabolik dan HIIT–sebagai holistik dan berkesan.

"Memang bagus sekali melihat semua program ini disisipkan ke dalam program NS FIT, dan saya rasa inilah suatu peningkatan yang ketara (tentang kecergasan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara)," kata Sarjan Mejar Kompeni dari Batalion 611, Singapura Rejimen Infantri.

Usaha seluruh kerajaan untuk meningkatkan kecergasan

NS FIT merupakan suatu usaha sama di antara SAF, HPB dan Sports SG, sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan, untuk menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat di kalangan warga Singapura, kata BG Liow.

Encik Maurice Tan, 52, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HPB menerangkan HPB telah meningkatkan bilangan sesi Quick HIIT daripada 26 kepada 50 setiap minggu untuk memenuhi penambahan permintaan daripada Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.

"Anggota Kerahan Perkhidmatan Negarakami akan mendapat lebih banyak pilihan, dan mereka juga boleh membawa rakan-rakan dan ahli keluarga mereka bersama, agar ia menjadi lebih seronok di samping memberi motivasi untuk terus mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat."

Sambil menjelaskan penambahan tiga gim ActiveSG yang akan datang dalam senarai lokasi latihan, Encik Sng Hock Lin, 51, Ketua ActiveSG berkata ActiveSG sedang meneliti penggunaan teknologi untuk mencipta gim pintar bagi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara. Maklumat selanjutnya akan diumumkan nanti.

Pasukan Rumah juga akan mengamalkan NS FIT mulai Jun 2021. Seterusnya Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Pasukan Rumah boleh mengguna kemudahan latihan di premis Psukan Rumah, HomeTeamNS Clubhouses, ActiveSG Gyms, dan turut serta dalam FIT @ HPB Quick HIIT.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?