SAF MENUJU KE ARAH TRANSFORMASI GEN-SETERUSNYA, SEDIA MENGHADAPI ANCAMAN KEGANASAN DAN SIBER

01mar21_news1-1-edit https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01mar21_news1-1-edit8e4c7d2a-a52a-4f52-91e3-c0746a4786c0.jpg?sfvrsn=9abdf94f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MENUJU-KE-ARAH-TRANSFORMASI-GEN-SETERUSNYA-SEDIA-MENGHADAPI-ANCAMAN-KEGANASAN-DAN-SIBER
SAF MENUJU KE ARAH TRANSFORMASI GEN-SETERUSNYA, SEDIA MENGHADAPI ANCAMAN KEGANASAN DAN SIBER https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MENUJU-KE-ARAH-TRANSFORMASI-GEN-SETERUSNYA-SEDIA-MENGHADAPI-ANCAMAN-KEGANASAN-DAN-SIBER
01 Mar 2021 | OPS & TRAINING

SAF MENUJU KE ARAH TRANSFORMASI GEN-SETERUSNYA, SEDIA MENGHADAPI ANCAMAN KEGANASAN DAN SIBER

Usaha transformasi ini akan menyediakan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk menghadapi landskap keselamatan yang sentiasa bergolak dan kompleks.

// KISAH TEO JING TING

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

Walaupun SAF menyumbang dalam memerangi COVID-19, ia masih mengekalkan operasi pada tahap kesediaan yang tinggi untuk melindungi Singapura daripada ancaman luar.

Bercakap di perbahasan Jawatankuasa Pembekalan tentang belanjawan pertahanan pada 1 Mac, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menyatakan walaupun beberapa projek telah ditangguh akibat pandemik itu, SAF akan tetap menjalankan transformasinya untuk menjadi SAF Generasi Seterusnya.

Penyerahan kapal selam kelas Invincible Tentera Laut Republik Singapura (RSN), misalnya, telah ditangguhkan selama enam bulan kepada pertengahan 2022. Pembangunan Bandar SAFTI yang akan datang – fasiliti latihan bandar berteknologi tinggi – kini dijangka akan selesai pada 2024 dan bukannya pada 2023.

Kapal selam kelas Invincible Tentera Laut – yang pertama disesuaikan sepenuhnya dan dibina untuk Singapura – dijangka dihantar pada pertengahan 2022. Anak-anak kapal kini menjalani ujian laut di Jerman. [Foto ihsan RSN]

Kelewatan ini telah menyebabkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) membelanjakan 1.5 bilion dolar lebih rendah daripada yang dirancang pada 2020. Justeru, organisasi ini akan melihat pertumbuhan digit berganda pada tahun ini.

Meskipun begitu, Dr Ng menjangka belanjawan akan distabilkan dan kembali kepada pertumbuhan trajektori yang serupa dengan yang dijanjikan dalam tahun-tahun sebelumnya –dengan belanjawan pertahanan meningkat sebanyak tiga hingga empat peratus setahun, serentak dengan kadar inflasi.

Perasmian Ibu Pejabat Sense & Strike pada November 2020 membolehkan Tentera Darat "melihat dengan lebih terang" dan "menembak dengan lebih pantas" dengan kurang tenaga kerja. [Foto ihsan Tentera Singapura]

Penstruktursn semula unit, aset yang baharu & dipertingkat

Mengemas kini kemajuan SAF dalam transformasi Generasi Seterusnya, Dr Ng mengatakan Tentera Darat telah merasmikan Ibu Pejabat Sense & Strike yang baharu pada November lalu.

Penyusunan semula Ibu Pejabat Perisikan Tentera Darat dan Ibu Pejabat Artileri Singapura di bawah Bahagian Singapura ke-6, formasi baru ini memfokuskan perkembangan dan pengukuhan unsur deria dan serangan Angkatan Tentera untuk mengendalikan keupayaan baharu dan konsep pertempuran. Ini akan membolehkan Angkatan Tentera Generasi Seterusnya untuk melihat lebih terang dan menembak lebih pantas dengan penggunaan tenaga manusia yang kurang.

Flotila Keselamatan dan Tindak Balas Maritim baru RSN yang baru dirasmikan pada 26 Jan, mengukuhkan keupayaannya dalam menangani ancaman maritim yang telah bertambah dari segi skala dan kerumitan, sejak beberapa tahun.

Kapal MSRV (kiri) serta Kapal Tunda Tindak Balas dan Keselamatan Maritim (kanan) akan membolehkan RSN untuk bertindak balas dengan lebih pantas terhadap insiden maritim.

Flotila kini mengendalikan empat Kapal Keselamatan dan Tindak Balas Maritim (MSRV) kelas Sentinel, yang merupakan kapal peronda yang dibaikpulih. Kapal-kapal ini akan diganti bila tiba masanya oleh empat kapal baharu yang dibina khas.

RSN juga akan menggunakan platform seperti kapal permukaan tanpa pemandu. Kapal-kapal ini akan menamatkan ujian laut mereka pada akhir tahun ini dan melengkapkan kapal-kapal berpandu untuk keselamatan maritim.

Pesawat F-16 RSAF pertama yang dipertingkat akan dilancarkan dalam bulan-bulan yang akan datang.

Menurut Dr Ng, program peningkatan F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan menyaksikan pelancaran pesawat pertama yang dipertingkat dalam bulan-bulan yang akan datang.

RSAF juga akan menerima helikopter angkat sederhana H225M dan angkat berat CH-47F yang baru tahun ini. Pesawat-pesawat ini akan menggantikan Super Puma dan Chinook yang lebih lama.

Empat F-35 Joint Strike Fighters akan tiba sekitar tahun 2026 dan RSAF akan mula menyediakan jet pejuangnya di Guam dari 2029 untuk latihan tempur kelas atas.

Membanteras ancaman keganasan & siber

Walaupun kami sedang memerangi COVID-19," kami tidak boleh berfikir ancaman keganasan telah berkurangan," kata Dr Ng.

Beliau mengumumkan bahawa MINDEF akan membangunkan sebuah Pusat Maklumat Membanteras Keganasan (CTIF) pelbagai hala, yang telah beroperasi walaupun di tengah-tengah pandemik ini.

"CTIF akan membawa bersama negara-negara yang sehaluan tentang isu ini untuk berkongsi perisikan, memberi amaran awal, keupayaan memantau dan menganalisis secara berpusat dan terselaras."

Dari segi digital, MINDEF telah mendirikan "Kilang Digital" untuk merancakkan pengembangan penyelesaian digital, yang membolehkan organisasi untuk "membangun dan menyebarkan perisian sehingga tiga kali lebih pantas daripada dahulu."

Ia juga akan melancarkan Cloud Komersial MINDEF sendiri pada pertengahan 2021 untuk memberikan perkhidmatan pentadbiran dan penyenggaraan yang lebih responsif bagi anggota tentera negara.

Maklumat dan fungsi sulit yang memerlukan keselamatan yang dipertingkat juga akan memanfaatkan sistem cloud, tetapi akan ditempatkan di MINDEF dan SAF, dan terasing daripada fungsi sehariannya di awan, tambah Dr Ng.

SAF akan mengambil lebih banyak pakar siber dalam usahanya untuk meningkatkan keupayaan pertahanan sibernya. [Foto fail]

Dr Ng juga memaklumkan penstrukturan semula Pasukan Petugas Keselamatan Siber (CSTF) akan memperkukuh keupayaan MINDEF dan SAF untuk memantau di samping mencari secara aktif potensi ancaman dan penyerang dalam domain siber.

Untuk membolehkan lebih ramai Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi berkhidmat di CSTF, MINDEF bekerjasama dengan institusi akademik untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui pelbagai inisiatif.

Ini adalah termasuk Program Universiti Bekerja-Belajar dengan Universiti Nasional Singapura, dan latihan keselamatan siber Critical Infrastructure Showdown dengan Universiti Teknologi Singapura dan Pusat Penyelidikan iTrust dalam keselamatan Siber.

SAF juga akan mengambil lebih ramai pakar siber untuk menyertai pasukan petugas sebagai Regular.

Bersedia untuk menghadapi cabaran di kaki langit

Dr Ng menyimpulkan bahawa peningkatan, pemerolehan dan inisiatif baharu ini akan membolehkan SAF agar terus "melindungi kepentingan Singapura dan kesejahteraan warga Singapura meskipun berhadapan dengan ketidakpastian dan risiko di kawasan serantau dan sedunia".

"Kita mesti (muncul lebih teguh) sekiranya kita ingin memperkukuh pertahanan untuk generasi akan datang."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?