SAF MENGALU-ALUKAN KUMPULAN PERTAMA PAKAR TENTERA KANAN C4X

15jan20pnr-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15jan20pnr-photo1.jpg?sfvrsn=29a33ff0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MENGALU-ALUKAN-KUMPULAN-PERTAMA-PAKAR-TENTERA-KANAN-C4X
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MENGALU-ALUKAN-KUMPULAN-PERTAMA-PAKAR-TENTERA-KANAN-C4X
SAF MENGALU-ALUKAN KUMPULAN PERTAMA PAKAR TENTERA KANAN C4X
15 Jan 2020 | PEOPLE

SAF MENGALU-ALUKAN KUMPULAN PERTAMA PAKAR TENTERA KANAN C4X

// BERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE

ME4 Chew merupakan salah seorang daripada empat Pakar Tentera Kanan daripada kumpulan pertama pelatih C4X.

Berbekalkan hasrat ingin membina karier dalam bidang keselamatan siber dan menyumbang kepada pertahanan Singapura, (NS) Chew Tee Chin yang ketika itu berpangkat Koperal Kelas Pertama memutuskan untuk menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di bawah skim Pakar Pemerintah, Kawalan, Perhubungan dan Komputer (C4X).

Diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 2019, C4X ditugaskan bekerja bersama-sama Pakar Siber Pertahanan, di samping Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) siber, untuk mengukuhkan keupayaan pertahanan siber MINDEF dan SAF.

Pertahanan siber NSF sedang menjalani latihan di CyTEC, fasiliti lapangan siber. [Foto Fail]

"Saya sudah berminat untuk mendaftar semasa dalam Perkhidmatan Negara tetapi saya tidak pasti sama ada karier tentera sesuai untuk saya," kata anggota yang berusia 30 tahun itu.

"Hanya selepas tahun akhir di universiti, selepas menghabiskan beberapa kitaran Latihan Dalam Kem, barulah saya menyedari bahawa saya ingin kekal dalam SAF untuk baki karier saya."

Dia menjadi anggota Tetap pada 2017, dan sejak itu dia telah menjalani Kursus Pegawai Kadet dan Kursus Domain Tentera (MDEC) yang melatih Pakar Tentera untuk memikul peranan dalam SAF di mana kemahiran mendalam dalam bidang seperti kejuruteraan, perisikan, perubatan tentera dan keselamatan siber diperlukan.

Pada 15 Jan, Pakar Tentera (ME) 4 Chew menerima pangkat Pakar Tentera Kanan bersama-sama 90 anggota-anggota lelaki dan wanita di satu upacara yang diadakan di Temasek Club. Dia antara empat Pakar Tentera Kanan daripada kumpulan pertama pelatih C4X.

ME4 Chew menerima sijilnya daripada Panglima Tentera Laut Laksamana Muda Lew Chuen Hong.

Berucap semasa upacara tersebut, Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How menekankan kepentingan kerjaya baharu C4X.

Beliau berkata: "Dengan bertambahnya senjata siber, pelaku-pelaku yang berniat jahat kini mempunyai alat tanpa sempadan dan asimetrik untuk melancarkan serangan… Sebagai angkatan tentera yang banyak bergantung kepada sistem rangkaian komputer, adalah penting bagi MINDEF dan SAF untuk mengukuhkan sistem kita dalam menghadapi ancaman siber."

Kata-kata Encik Heng meninggalkan kesan ke atas ME4 Chew. Pada mulanya dia memohon untuk menjadi Pakar Perisikan Tentera tetapi memutuskan untuk menggalas cabaran menjadi C4X selepas ditawarkan kerjaya ini.

"Semasa temu duga, saya memberitahu mereka bahawa saya belajar pengaturcaraan dan pembangunan perisian untuk reka bentuk permainan dan mereka menawarkan saya peluang untuk menjadi C4X.

"Mengimbau kembali, peranan C4X ini merupakan pilihan yang jelas untuk saya kerana ia sesuatu yang saya minat secara aktif iaitu dari segi pengaturcaraan dan pembangunan perisian. Jadi kerjaya ini membolehkan minat saya diteruskan."

Ibu bapa ME4 Chew menyematkan pangkat epaulet ME4 pada uniformnya.

Buat masa sekarang, ME4 Chew menjalankan peranan operasi dalam bidang-bidang seperti pemantauan rangkaian dan respons insiden siber dalam Pemerintah C4 SAF.

"Pasukan saya dan saya memantau rangkaian secara berterusan 24 jam 7 hari seminggu, dan kami sentiasa bersedia untuk memberi respons kepada apa-apa insiden sekiranya ia timbul."

ME4 Chew juga menjalani latihan semasa kerja dan kursus luar industri untuk menajamkan kemahiran keselamatan sibernya. Dia juga ditugaskan untuk melatih Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dalam unitnya selepas mereka menamatkan pengajian di Sekolah Pertahanan Siber.

Melalui kerjanya, ME4 Chew berharap dapat menginspirasikan lebih banyak anggota tentera untuk menyertai Pemerintah C4 SAF dan melangkah ke hadapan dalam menjaga keselamatan siber Singapura.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?