SAF MENEROKA KAEDAH BAHARU UNTUK UJIAN COVID-19

28oct20_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28oct20_news1_photo1fe0e2d50-bc36-474c-90e9-8e47925b957e.jpg?sfvrsn=52f14751_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MENEROKA-KAEDAH-BAHARU-UNTUK-UJIAN-COVID-19
SAF MENEROKA KAEDAH BAHARU UNTUK UJIAN COVID-19 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MENEROKA-KAEDAH-BAHARU-UNTUK-UJIAN-COVID-19
28 Oct 2020 | OPS & TRAINING

SAF MENEROKA KAEDAH BAHARU UNTUK UJIAN COVID-19

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang mencuba penggunaan kaedah ujian COVID-19 yang baharu sementara latihan untuk Anggota Khidmat Negara Sedia Beroperasi (NSmen) dimulakan semula secara beransur-ansur.

// BERITA TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN

English 华文
English 华文

Kaedah lebih baharu yang lebih pantas dan lebih dapat diterima untuk ujian COVID-19 besar-besaran sedang diterokai sementara Latihan Di Kem (ICT) dimulakan semula oleh SAF.

Ini termasuk ujian air liur tekak dalam (DTS) dan swab orofarinks turbinat tengah (OP-MT). Kedua-dua kaedah adalah lebih selesa dan kurang invasif berbanding swab nasofarinks (hidung) biasa, yang dijalani pada masa ini oleh semua NSmen apabila mereka kembali untuk ICT.

Swab hidung harus dimasukkan sepenuhnya ke belakang rongga hidung, manakala swab OP-MT hanya memasuki separuh jalan, membuatkan ia lebih selesa untuk kakitangan.

Ujian DTS adalah jauh lebih mudah; ia boleh dilakukan sendiri dengan penyeliaan yang minimum. Kakitangan hanya perlu memberikan sejumlah dua milimeter air liur untuk ujian lanjut.

Ujian DTS kendiri melibatkan kaedah berkumur dan meludah kering yang ringkas untuk mengambil sampel air liur berjumlah 2ml yang diperlukan.

Menerokai kaedah ujian COVID-19 yang baharu

Menteri Negara Kanan untuk Pertahanan dan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad telah memperhatikan beberapa kaedah ujian baharu ini semasa lawatan beliau ke Batalion 791, Rejimen Infantri Singapura (791 SIR) di Institut Latihan Infantri (ITI), Kem Jurong pada 27 Oktober.

Beliau menyatakan bahawa kaedah pemprosesan sampel seperti Ujian Pantas Antigen (ART) mungkin dapat digunakan untuk acara besar-besaran seperti upacara penyampaian ijazah dan persidangan yang memerlukan pemberian keputusan lebih pantas.

Ini akan membolehkan SAF mengesan kes berpotensi dengan pantas dan meminimumkan risiko jangkitan. "Pada masa kini, kami masih mengkaji swab hidung tetapi kami juga sedang membuat uji kaji dengan pelbagai jenis ujian, seperti ujian Air Liur Tekak Dalam dan Ujian Pantas Antigen," kata Encik Zaqy.

"Ini merupakan kaedah yang Kerajaan, secara keseluruhan, juga sedang menguji cuba untuk acara besar-besaran."

Encik Zaqy (berpakaian warna kelabu) memerhatikan demonstrasi prosedur DTS.

Sejak September, kira-kira 400 Anggota Khidmat Negara Sepenuh Masa (NSF) dan Pelatih tetap telah menjalani percubaan DTS, manakala 300 telah menjalani ART.

Walaupun keputusan daripada ujian-ujian ini mempunyai harapan untuk penerimaan dan pengamalan secara progresif, Encik Zaqy menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ini perlu dinilai secara jangka panjang.

"Kami ingin membuatkan ia mudah dan lancar untuk mereka (para NSmen). Pada masa yang sama, ujian tersebut harus berkesan".

"Lebih penting lagi adalah memberi NSmen kami jaminan bahawa SAF sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan latihan selamat dan mereka dapat mencapai matlamat latihan apabila mereka kembali.

Mengekalkan kesediaan beroperasi

Selain memperhatikan kaedah ujian COVID-19 yang baharu, Encik Zaqy juga memperhatikan NSmen daripada 791 SIR melaksanakan latihan ulang kaji senjata dan kemahiran semasa ICT mereka.

Mereka sedang membuat persediaan untuk penilaian Peringkat 1 Pusat Penilaian Latihan Tentera (ATEC) akan datang.

Encik Zaqy (berpakaian warna kelabu) berucap dengan NSmen daripada 791 SIR.

Untuk memastikan keselamatan NSmen, mereka semua diuji swab pada hari pertama ICT dua minggu mereka. Mereka akan diuji swab sekali lagi selepas tujuh hari sebagai langkah pencegahan.

Apabila beliau pertama kali mendapat tahu perlu diuji swab, Korporal Kelas Pertama (CFC) (NS) R Hariprasath berasa agak gementar. Pemuda berusia 25 tahun ini mengibaratkan pengalaman tersebut seperti "gigitan semut" dan berlalu dalam tempoh kurang 10 saat.

Pegawai Kedua Bahagian daripada 791 SIR tersebut juga telah menyatakan bahawa ujian swab itu merupakan sesuatu yang "bagus" kerana ia memberi beliau jaminan bahawa SAF mempunyai langkah keselamatan yang kukuh untuk meminimumkan risiko jangkitan COVID-19.

Seorang ahli eksekutif logistik dalam sektor perkhidmatan, CFC (NS) Hariprasath juga berasa lega selepas melihat langkah kesihatan dan keselamatan lain ketika memasuki kem: "Saya berasa lebih yakin apabila saya melihat bahawa kami ditempatkan dalam kumpulan fungsian yang lebih kecil dan semua langkah penjarakan selamat yang dilaksanakan."

Dari kiri: CPT Azri, MAJ (NS) Koh dan CFC (NS) Hariprasath berpendapat bahawa NSmen perlu memiliki ketenteraman fikiran apabila mereka melaporkan diri untuk ICT.

Selain menguji semua NSmen pada hari pertama ICT mereka, langkah pencegahan seperti mewujudkan kohort dan mengurangkan saiz kumpulan latihan juga telah dilaksanakan.

Langkah lain termasuk peruntukan lebih banyak tempat tidur dan bilik air, yang diasingkan, untuk mencegah pergaulan silang kakitangan daripada kumpulan fungsian yang berbeza.

Sebagai pelatih, Kapten (CPT) Azri Bin Haron berkongsi bahawa walaupun langkah-langkah ini dilaksanakan, tempo latihan tidak terjejas.

Masa yang diambil untuk sesetengah segmen latihan mungkin lebih panjang tetapi NSmen masih mencapai matlamat latihan mereka, kata Pelatih Kompeni berusia 29 tahun daripada ITI tersebut.

NSmen daripada 791 SIR melatih kemahiran mengendali senjata mereka.

Merancang untuk keselamatan

Untuk menjamin keselamatan NSmen yang kembali, perancangan untuk ICT ini bermula enam bulan yang lalu.

CPT Azri telah bekerjasama dengan rapat bersama Major (MAJ) (NS) Jackson Koh, iaitu Pegawai Kedua Batalion 791 SIR, untuk memastikan bahawa segala-galanya berjalan dengan lancar - termasuk menyediakan lebih banyak masa untuk pergerakan askar, menjarakkan kumpulan fungsian ke beberapa lokasi untuk aktiviti latihan dan memastikan koordinasi rapat.

Langkah ini dirancang dengan sengaja supaya disertakan dalam jadual latihan bagi memastikan ICT berjalan dengan lancar, kata MAJ (NS) Koh. Pengarah Sumber Manusia berusia 42 tahun yang bekerja dalam Perkhidmatan Sivil, akan mengambil alih sebagai Pegawai Pemerintah daripada ICT unit yang seterusnya.

Apabila ditanya sebab latihan perlu diteruskan ketika tempoh pandemik ini, beliau menyatakan: "Apabila anda kembali setiap tahun, ia merupakan binaan ke tahun hadapan dan tahun seterusnya."

CFC (NS) Hariprasath meringkaskan ia dengan menyatakan: "NSmen harus berlatih supaya apabila sesuatu berlaku, kami bersedia untuk berjuang demi negara."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?