SAF MEMBANTU DALAM USAHA VAKISINASI RUMAH

15sep21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/15sep21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=a5498713_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MEMBANTU-DALAM-USAHA-VAKISINASI-RUMAH
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-MEMBANTU-DALAM-USAHA-VAKISINASI-RUMAH
SAF MEMBANTU DALAM USAHA VAKISINASI RUMAH
15 Sep 2021 | OPS & TRAINING

SAF MEMBANTU DALAM USAHA VAKISINASI RUMAH

// KISAH GABRIEL LEE

// FOTO CHAI SIAN LIANG

Dua ahli perubatan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara sedang bersedia untuk memberi vaksin.

Pegawai perubatan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah memanfaatkan latihan perubatan mereka dengan membantu usaha vaksinasi rumah terhadap warga tua dan mereka yang tidak boleh keluar rumah.

Pasukan Vaksinasi Rumah (HVT) dari Hospital Tempur Sokongan ke-3 (3 CSH) – yang merangkumi Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSman), petugas perubatan, pegawai perubatan dan pegawai sokongan– telah menyokong usaha vaksinasi rumah Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian daripada kitaran Latihan Dalam Kem mereka (ICT).

MEJ (NS) Marican, CO (gelaran) daripada 3 CSH mengetuai batalionnya dalam usaha HVT mereka dengan bangga.

Memimpin batalionnya dalam operasi HVT adalah Mejar (MAJ) (NS) (Dr) Mohd Mizan Marican, Pegawai Pemerintah (gelaran) 3 CSH. "Para anggota 3 CSH teruja untuk melibatkan diri dalam usaha vaksinasi rumah ini sebagai sebahagian daripada ICT mereka. Ini adalah sumbangan 3 CSH yang bermakna dan kami membantu meningkatkan tahap vaksinasi negara kami," kata MEJ (NS) (Dr) Marican, seorang pakar bedah ortopedik.

Ini bukan kali pertama beliau membantu dalam usaha memerangi COVID-19. Beliau ditempatkan di asrama pekerja migran untuk mengendalikan usaha pengujian pada 2020.

"Tahun ini, saya menganggap pemacu HVT ini sebagai sebahagian daripada perjalanan Perkhidmatan Negara saya. Sebagai batalion perubatan, memang patut kami membantu mereka."

Untuk meminimumkan pembaziran vaksin, pusat panggilan dan hab operasi telah ditubuhkan untuk menyelaraskan operasi. Pusat panggilan akan memastikan agar pesakit diberitahu tentang lawatan HVT yang akan datang, manakala hab operasi berfungsi sebagai pusat saraf dan akan berkomunikasi dengan 20 HVT yang sentiasa bergerak.

Hab operasi juga memantau sebarang reaksi buruk selepas vaksinasi dan bilangan isi rumah yang dikunjungi oleh HVT.

Menjalankan latihan yang realistik

Sebelum HVT dikerahkan, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara akan menghadiri sesi latihan ulang kaji yang disediakan untuk membantu mereka memberi vaksin secara berkesan dalam persekitaran tempatan.

Koperal (KPL) (NS) Chia Shengyou Edwin, yang bertugas sebagai petugas perubatan, mengatakan bahawa latihan itu mudah diikuti. "Kesalahan segera diperbaiki, dan jurulatih memberi tip-tip yang praktikal berdasarkan pengalamannya."

KPL (NS) Chia, seorang peguam, juga mengatakan bahawa latihan itu meningkatkan keyakinan dirinya untuk memberi vaksin. Tambahnya lagi: "Saya berasa sungguh gembira dapat menyumbang dengan cara saya sendiri sebagai anggota SAF dalam usaha negara untuk memberi vaksinasi kepada seberapa banyak warga emas yang boleh.

"Mudah-mudahan, dengan vaksinasi yang lebih menyeluruh, negara kita boleh dibuka luas dan seterusnya hidup dalam keadaan normal baharu."

Mengatasi cabaran sebagai satu pasukan

Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh HVT adalah halangan bahasa.

KPT (NS) (Dr) Shane Alexander Abucewicz Tan Yuan-Yu, seorang Pegawai Perubatan, yang hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, dan mengalami beberapa cabaran awal untuk bercakap dengan penduduk berbahasa Melayu.

Mujurlah, ada penutur bahasa Melayu dalam pasukannya, yang membantu menterjemahkan kata-katanya. Setiap HVT merangkumi seorang Pegawai Perubatan, Petugas perubatan dan Pembantu Kesihatan untuk membantu dalam proses vaksinasi.

Tambahnya lagi: "Saya juga sedar kami memasuki rumah seseorang untuk pertama kalinya. Kami perlu prihatin dalam hal tersebut dan bersikap sopan.”

KPT (NS) Tan mengguna isyarat tangan untuk berkomunikasi dengan seorang warga tua.

Seperti MEJ (NS) (Dr) Marican, ini bukan kali pertama dia melibatkan diri dalam usaha COVID-19. Beliau menjadi sukarelawan di Community Care Facility di Singapore Expo selama enam bulan pada 2020.

"Saya menjaga para pesakit COVID-19 di Expo tahun lalu, dan sekarang saya cuba merapatkan usaha tersebut dengan mengendalikan latihan vaksinasi di rumah ini," katanya.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?