SAF BERJAYA JAGA KEAMANAN S-PURA BAGI SIDANG KEMUNCAK TRUMP-KIM

16jun18_news1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/16jun18_news1.jpg?sfvrsn=35cc17eb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-BERJAYA-JAGA-KEAMANAN-S-PURA-BAGI-SIDANG-KEMUNCAK-TRUMP-KIM
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAF-BERJAYA-JAGA-KEAMANAN-S-PURA-BAGI-SIDANG-KEMUNCAK-TRUMP-KIM
SAF BERJAYA JAGA KEAMANAN S-PURA BAGI SIDANG KEMUNCAK TRUMP-KIM
16 Jun 2018 | OPS & TRAINING

SAF BERJAYA JAGA KEAMANAN S-PURA BAGI SIDANG KEMUNCAK TRUMP-KIM

// Laporan Benita Teo 

// Gambar Chai Sian Liang

 

Seramai dua ribu askar, empat buah Pasukan Petugas dan pelbagai aset ketenteraan dikerahkan di daratan, laut dan udara. Kesemuanya bersiap sedia untuk menjaga keamanan Singapura bagi satu mesyuarat yang bersejarah.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah membuktikan kewibawaannya dengan memastikan keselamatan negara apabila mereka menganjurkan mesyuarat antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Republik Demokratik Rakyat Korea Kim Jong Un, yang telah dilangsungkan di Capella Hotel pada 12 Jun.

Kakitangan dari Pasukan Petugas Pertahanan Udara (ADTF), Pasukan Petugas Pertahanan Pulau (IDTF), Pasukan Petugas Pertahanan Maritim (MSTF) dan Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) bekerja sepanjang hari di Capella Hotel dan kawasan persekitarannya untuk meninjau ancaman yang mungkin datang dari darat, udara dan laut.

Mereka juga bersedia di Pangkalan Udara Paya Lebar bagi menyambut ketibaan En Trump dan delegasinya pada 10 Jun.

Pada 14 Jun, Ketua Pasukan Pertahanan Mejar Jeneral (MG) Melvyn Ong melawati sebahagian pasukan di Pangkalan Tentera LautTuas untuk mengucapkan penghargaan kepada mereka atas kerja keras mereka dalam operasi. Mengambil kira perincian yang hanya disediakan seminggu sebelum acara tersebut, MG Ong memuji anggota pasukan kerana berjaya melaksananakan operasi dengan baik bersama Home Team dengan notis yang singkat.

"Tugas kami adalah untuk memastikan keselamatan dan keamanan Singapura bagi sidang kemuncak dan saya beranggapan kami telah berjaya melakukannya dengan baik. Kebanyakan daripadanya adalah hasil daripada profesionalisme askar, pelayar dan anggota pasukan udara kita," tegas MG Ong.

Beliau menambah: "Saya bangga terhadap komitmen mereka begitu juga dengan hakikat bahawa mereka berjaya mengatasi cabaran dan menjalankan operasi ini dengan cemerlang memberikan nama baik kepada SAF. Kami berupaya melindungi Singapura (dan memastikan keselamatan dan kelancaran sidang kemuncak.)"

All-round defence

MG Ong menekankan bahawa walaupun ini bukanlah operasi terbesar SAF yang pernah dilaksanakan, ia penting kerana melibatkan kesemua tiga Perkhidmatan dan penyelawasan di seluruh Kerajaan. Semua faktor ini menambah kepada kerumitan operasi.

ADTF telah ditugaskan untuk mengesan dan bertindak balas terhadap ancaman di udara. Aset-aset Pasukan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) seperti jet pejuang F-15 dan F-16, serta pesawat amaran awal G550 menjaga keselamatan di langit manakala sistem operasi unit Pertahanan Udara berasaskan di Darat seperti RBS70, Python Permukaan ke Udara dan DERby (SPYDER) serta I-Hawk ditugaskan untuk menembak jatuh sasaran.

MSTF, yang merupakan agensi utama bagi pertahanan maritim Singapura, bekerjasama rapat dengan Polis Pengawal Pantai dan agensi-agensi lain bagi meninjau perairan di luar Capella Hotel. 

Kapal-kapal Tentera Laut Republik Singapura (RSN) seperti Kapal Misi Litoral (LMV), Kapal Peronda dan Tangki Kapal Pendaratan mengiringi kapal-kapal yang transit melalui kawasan itu manakala Pasukan Keselamatan Laut Pengiring (ASSeTs) menjalankan pemeriksaan ke atas kapal-kapal komersial yang memasuki dan meninggalkan perairan Singapura. Pesawat Udara Tanpa Pemandu dan Helikopter AH-64D Apache turut serta dalam misi tersebut.

IDTF telah menyokong Pasukan Polis Singapura dalam misi keselamatan tanah air. Pasukan Bahan Kimia, Biologi, Radiologi dan Bahan Letupan (CBRE) dari SAF menjalankan misi mengesan/ menghapuskan bom di tempat mesyuarat dan kediaman para pemimpin manakala Pasukan Tindakan Kecemasan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan insiden CBRE. Penyelam tentera laut juga menjaga keselamatan jambatan hubungan antara Singapura dan Pulau Sentosa.

Bagi ramai anggota perkhidmatan lelaki dan wanita, ia adalah satu keadaan yang jarang berlaku apabila menyaksikan pelbagai komponen SAF yang berbeza, bekerjasama untuk operasi sebenar di Singapura. Ujar Kapten (CPT) Jaime Liew, Pembantu Pegawai Operasi LMV RSS Independence yang berumur 26 tahun: "Kami telah menjalani latihan untuk jenis senario keselamatan maritim ini, namun kali ini temponya telah meningkat."

"Sebelum operasi, kami memuatkan peluru tambahan dan memperkemaskan proses persenjataan kami," jelas beliau, menambah bahawa bilangan krew operasi iringan rapat juga ditingkatkan ke atas kapal-kapal dagang.

Ia juga masa untuk bersiap sedia dan menyumbang kepada usaha, tegas juruterbang helikopter Apache Ingkiriwang Reeve. Beliau dan isteri telah merancang untuk meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan mereka di luar negara, namun memutuskan untuk menangguhkan rancangan mereka apabila mereka mendenagra berita tentang operasi itu.

"SAF pastinya memerlukan bantuan dan sumbangan daripada semua orang bagi acara yang sepenting itu. Tidak munasabah sama sekali saya mengambil cuti bercuti pada detik masa yang sangat penting ini dan pergi bercuti manakala rakan-rakan dan unit saya berkhidmat untuk negara," ujar anggota yang berumur 31 tahun.

Anggota perkhidmatan negara yang komited

MG Ong juga berterima kasih kepada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) yang telah dikerahkan, terutamanya mereka yang memberi perkhidmatan pada acara tersebut secara sukarela walaupun dengan notis yang singkat.

MG Ong menyatakan: "Saya ingin menegaskan terutamanya kepada NSmen dari unit CBRE – kebanyakan daripada mereka tahu bahawa permintaan ke atas pasukan CBRE adalah sangat sengit bagi operasi ini. Ia menunjukkan komitmen dan tahap profesionalisme yang sangat tinggi di kalangan NSmen kami. Kami sangat bangga dengan mereka."

Pegawai Waran ke-3 (3WO) (NS) Terrence Lee adalah salah seorang daripada 20 NSmen dari Batalion ke-26, Jurutera Tempur Singapura (36 SCE) yang telah menjawab panggilan untuk memberikan perkhidmatan. 

Beliau gembira atas sokongan yang diberikan oleh rakan sekerja beliau bagi kerahan tugas selama lima hari. "Saya bekerja sendiri jadi saya boleh mengatur (jadual kerja saya) dengan rakan sekerja saya. Mereka amat menyokong dan teruja, malah sebahagian daripada mereka bertanya sekiranya saya berjumpa mereka (En Trump dan En Kim)!" ujar anggota yang berumur 36 tahun itu, yang menerajui sebuah syarikat menyelam komersial.

Sebagai Komander Pasukan Pelupusan Ordnans Bahan Letupan, beliau menerajui pasukan dalam menjalankan operasi keselamatan di tempat mesyuarat dan kawasan berhutan sekitar hotel. Ia merupakan tugas berat lagi rumit bagi saya kerana penglibatan pasukan keselamatan dari AS dan Korea Utara. 

Bekerjasama dengan agensi-agensi asing adalah pengalaman yang membuka mata, kerana mereka bertukar-tukar petunjuk dengan rakan sejawat AS mereka. "Kami berjaya berkongsi pengalaman kami dalam menjalankan operasi keselamatan." ujar 3WO (NS) Lee.

Bagi Sarjan Ke-3 (3SG) NSF Muhammad Asyraf bin Mohd Razali, usaha tersebut amat berbaloi memandangkan beliau berpuasa di bulan Ramadan.

"Ia adalah (peluang untuk) menjadi sebahagian daripada istimewa dan berbeza yang tidak dialami oleh kebanyakan orang, lebih-lebih lagi sebagai NSF," ujar pegawai perubatan tempur yang berumur 22 tahun itu, yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Tindakan Kecemasan yang bersiap sedia memberi rawatan kepada kakitangan SAF sekiranya berlaku insiden CBRE. 

"Ia adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu seperti ini. Semua latihan yang telah dijalani (kami mengguna pakainya) dalam misi sokongan operasi sebenar," ujar beliau.

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.