RUMAH TERBUKA ANGKATAN TENTERA DIADAKAN SEMULA SELEPAS 5 TAHUN

06may22_news1_image1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/06may22_news1_image1a.jpg?sfvrsn=43115357_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RUMAH-TERBUKA-ANGKATAN-TENTERA-DIADAKAN-SEMULA-SELEPAS-5-TAHUN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RUMAH-TERBUKA-ANGKATAN-TENTERA-DIADAKAN-SEMULA-SELEPAS-5-TAHUN
RUMAH TERBUKA ANGKATAN TENTERA DIADAKAN SEMULA SELEPAS 5 TAHUN
06 May 2022 | COMMUNITY

RUMAH TERBUKA ANGKATAN TENTERA DIADAKAN SEMULA SELEPAS 5 TAHUN

// BERITA THRINA THAM

// FOTO KENNETH LIN

Rumah Terbuka Angkatan Tentera diadakan semula di Bangunan F1 Pit dari 28 hingga 30 Mei. Pameran maya ini juga akan diadakan secara dalam talian dari 16 Mei hingga 12 Jun.

[Foto Fail] Sorotan AOH seperti Red Lions, paparan platform Angkatan Tentera dan laluan berhalang, bakal kembali ke Bangunan F1 Pit.

Selepas lima tahun, majlis Rumah Terbuka Angkatan Tentera (AOH) akan kembali diadakan pada penghujung bulan, dengan memaparkan 24 platform Angkatan Tentera, pengharungan pertempuran, aktiviti interaktif dan pertunjukan untuk menyeronokkan dan melibatkan penyertaan orang ramai.

Bertemakan "Generasi Kekuatan", AOH akan dibuka kepada khalayak ramai di Bangunan F1 Pit dari 28 hingga 30 Mei. Ia diadakan kali terakhirnya semasa NS50 pada 2017.

Buat pertama kalinya, Tentera Darat akan mengintegrasikan kedua-dua komponen fizikal dan maya AOH untuk melibatkan lebih ramai orang.  Ia termasuk pameran maya yang akan dihoskan di laman web AOH22 dari 16 Mei hingga 12 Jun.

"Sebagai warga Angkatan Tentera, adalah lebih penting bagi rakyat Singapura untuk mengetahui dan memahami siapakah kami, dan inilah alasan kami mengadakan pameran maya buat kali pertamanya di AOH untuk melibatkan lebih ramai rakyat Singapura," kata Pengerusi jawatankuasa eksekutif AOH, Kolonel (KOL) Xu Youfeng, 39.

Beliau berkata adalah wajar untuk AOH mengadakan pameran ini serentak dengan pencapaian NS55 kerana NS membentuk asas Tentera Darat.

Menurut KOL Xu lagi, AOH 2022 akan menyediakan tiket untuk mengurangkan kesesakan dan mengoptimumkan pengalaman pelawat.

Selepas lariannya di Bangunan F1 Pit, AOH22 akan berpindah ke lokasi kejiranan Punggol dan Bishan pada hujung minggu berikutnya (masing-masing 3 hingga 5 Jun dan 10 hingga 12 Jun). Ini adalah termasuk Pameran NS55 dan pameran interaktif lain seperti jalan pada waktu malam berdasarkan misi.

Tidak seperti edisi sebelumnya, AOH22 akan menyediakan tiket mengikut slot masa untuk menguruskan kerumunan orang ramai.

"Ekoran pembelajaran daripada pengalaman COVID-19, kami berpendapat pemberian tiket…adalah alat yang berkesan untuk meningkatkan pengalaman pelawat dengan mengurangkan kesesakan (dan barisan)," kata KOL Xu, yang juga menyandang jawatan Ketua Pegawai Infantri.

Para pelawat boleh menempah tiket untuk slot masa 2 jam di Bangunan F1 Pit dari 9 am hingga 8 pm. Tentera Darat akan mengeluarkan 6,000 tiket bagi setiap slot masa, sehingga 30,000 pelawat setiap hari.

Acara di lokasi kejiranan akan menganjurkan slot masa 1 jam, dengan 400 tiket bagi setiap slot masa.

Larian AOH di Bangunan F1 Pit akan diadakan dari 28 hingga 30 Mei, diikuti dengan acara AOH di lokasi kejiranan Punggol dan Bishan.

Bagaimana anda boleh melawat AOH22

Orang ramai perlu menempah tiket untuk melawat AOH22 di Bangunan F1 Pit dan di lokasi kejiranan. Peruntukan tiket adalah berdasarkan siapa yang tiba dahulu akan dilayan dahulu.

Tempahan akan dibuka pada 16 Mei di www.go.gov.sg/AOH22

Pelawat perlu membuka akaun AOH22 untuk membuat tempahan dan setiap akaun boleh menempah sehingga lima tiket kemasukan.

Sorotan Acara Utama di Bangunan F1 Pit

Di Bangunan F1 Pit, para pelawat boleh melihat dari dekat barisan platform termasuk Kenderaan Tempur Berperisai Hunter, Kenderaan Respons Terlindung, dan helikopter Apache AH-64D Tentera Udara Republik Singapura.

Warga beruniform akan berada di tapak untuk berinteraksi dan berkongsi dengan pelawat tentang platform yang tersedia.

Para pelawat juga boleh menikmati pengharungan pertempuran di lima platform, termasuk melalui rupa bumi yang tidak sekata dengan Terrex, belayar melalui perairan di luar kawasan perairan Marina Bay dengan rakit tentera M3G dan terbang dengan helikopter CH-47SD Chinook. Tempahan untuk pengharungan ini perlu dibuat di tapak.

[Foto Fail] Pelawat menaiki Jambatan Terapung Generasi Ketiga (M3G) Mobiliti Tentera semasa AOH 2017. AOH 2022 akan menampilkan lima pengharungan pertempuran.

Untuk menandakan ulang tahun 55 tahun, NS akan mengadakan pameran NS55 interaktif yang mencatatkan evolusi NS sepanjang tahun di AOH22.

Pameran itu akan dibahagikan kepada tiga zon, dan menampilkan elemen realiti terimbuh (AR) serta aktiviti amali daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team. Juga turut disediakan pertunjukan sensori berbilang 4D untuk pelawat mengalami operasi harian anggota kerahan negara.

Pameran itu akan berakhir dengan zon penghargaan bagi pelawat untuk menyatakan sokongan mereka untuk NS dan mengucapkan tanda terima kasih kepada anggota kerahan negara.

[Foto Fail] Pelawat menyatakan sokongan mereka untuk NS dalam Pameran NS50 semasa AOH 2017.

Antara sorotan lain di Bangunan F1 Pit adalah termasuk gerai foto AR untuk pelawat mengambil gambar dengan "berpakaian" seragam maya dan arena dron dalaman di mana para penggemar boleh memandu dron mereka sendiri.

Red Lions kegemaran ramai akan kembali dengan terjun payung terjun bebas di Pameran Tentera. Mereka akan diiringi Pancaragam SAF dalam tatu tentera dan kenderaan tentera dalam perarakan jalanan.

Acara maya dan acara lokasi kejiranan

Bagi mereka yang tidak dapat hadir di pameran fizikal, Pameran NS55 juga akan diadakan dalam talian di laman web AOH, menampilkan tiga zon dan video interaktif.

Strim langsung bagi acara dan pertunjukan yang diadakan di Bangunan F1 Pit – seperti lompatan Red Lions dan perbarisan jalanan – juga akan tersedia dalam talian.

Pelawat dalam talian boleh menyertai permainan dalam talian dan berpeluang untuk memenangi cenderamata AOH22. Ia adalah termasuk permainan penuh aksi seperti memandu kenderaan tempur melepasi laluan berhalang, menembak dengan senapang SAR 21 dalam jarak maya dan memandu dron melalui medan berhalang.

Di samping itu, mereka yang bercadang untuk melawat acara lokasi kejiranan boleh melihat Pameran NS55 serta pameran interaktif lain yang berlangsung  dari larian F1 Pit Building.

Ini adalah termasuk zon "Nikmati Pengalaman Waktu Malam" di mana pelawat boleh memakai Gogel Nampak Malam untuk menyertai jalan-jalan malam berasaskan misi.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti yang mencabar, disediakan juga "Lapangan Berhalang Askar Kuat", yang menampilkan halangan seperti Padang Tayar, Tembok Rendah dan Penimbangan Palang; dan zon "Jadilah Ahli Tembak" untuk cuba menembak daripada senapang SAR 21 yang dimuatkan dengan magazin pintar.

Lawati laman web AOH22 (www.go.gov.sg/AOH22) mulai dari 16 Mei untuk maklumat lanjut.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!