RSAF MENDAPAT WAWASAN MENDALAM TENTANG KEUPAYAAN F-35 DI EX PITCH BLACK

31aug22_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/31aug22_photo16e3437f6-6acc-4b44-a891-3d122f1e3b53.jpg?sfvrsn=447162f0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RSAF-MENDAPAT-WAWASAN-MENDALAM-TENTANG-KEUPAYAAN-F-35-DI-EX-PITCH-BLACK
RSAF MENDAPAT WAWASAN MENDALAM TENTANG KEUPAYAAN F-35 DI EX PITCH BLACK https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RSAF-MENDAPAT-WAWASAN-MENDALAM-TENTANG-KEUPAYAAN-F-35-DI-EX-PITCH-BLACK
31 Aug 2022 | OPS & TRAINING

RSAF MENDAPAT WAWASAN MENDALAM TENTANG KEUPAYAAN F-35 DI EX PITCH BLACK

// KISAH KOH ENG BENG

//FOTO KENNETH LIN DAN IHSAN RSAF

Sebuah pesawat USMC F-35B berlepas dari Pangkalan RAAF Tindal di Ex Pitch Black 2022.
English 华文
English 华文

Dalam misi di Ex Pitch Black minggu lalu, Pesawat F-35 terbang menentang pasukan musuh yang khusus dengan bilangan dua kali lebih banyak pesawat, tetapi mereka masih berupaya menyasar dan menumpaskan semua pesawat musuh dengan berkesan, kata KOL Tan.

Juruterbang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) MEJ Arumugam Sivaraj, yang menganggotai pasukan lawan, berkata: "Melalui latihan ini, kami dapat melihat setakat mana keupayaan pesawat F-35 itu."

F-35 JSF adalah pesawat pejuang selinap generasi kelima dan telah diperuntukkan untuk menggantikan pesawat F-16 RSAF selepas 2030. Empat Pesawat Pejuang Serangan Bersama F-35B akan dihantar ke SAF pada 2026 untuk latihan dan penilaian.

Sementara itu, latihan bersama pesawat F-35 di sesi latihan seperti Ex Pitch Black telah memberi RSAF pemahaman yang lebih mendalam tentang keupayaan pesawat itu.

Selain pesawat F-35 dari Angkatan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dan Kor Marin Amerika Syarikat (USMC), Su-30 dari India dan – kemunculan pertama kalinya – Eurofighter Typhoons dari Jerman dan United Kingdom, dan Mitsubishi F-2 dari Jepun juga akan turut serta dalam latihan pertempuran udara pelbagai hala berskala besar.

Pesawat RSAF F-35B (kanan) terbang bersama pesawat USMC F-15SG di Ex Pitch Black.

Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 (A330 MRTT) RSAF juga berjaya menjalankan pengisian bahan api udara ke udara dengan pesawat F-35 semasa latihan itu.

Melalui latihan bersama ini, RSAF dapat memahami bagaimana pejuang selinap itu bertindak sendiri, saling beroperasi dengan aset lain, dan bagaimana ia boleh menjadi pengganda kuasa dalam latihan kuasa besar, kata Mejar (MAJ) Zhang Jian Wei, Ketua Cawangan, Pejabat Projek Pejuang Generasi Seterusnya.

Latihan itu berlangsung di Darwin, Australia dari 19 Ogos hingga 9 September, dan melibatkan lebih 90 pesawat dari 17 negara.

"Selain mendapat gambaran yang lebih mendalam tentang keupayaan pesawat itu, kami juga memahami bagaimana ia boleh beroperasi dengan lebih mantap dengan platform sedia ada kami, seperti melalui kejayaan pengisian bahan api udara ke udara F-35 oleh MRTT A330 kami," kata pegawai berusia 37 tahun itu.

"Di samping pemahaman yang terperinci ini, kami juga telah mempelajari dan memerhatikan keperluan penyelenggaraan dan kejuruteraan platform tersebut," katanya lagi. MEJ Zhang memberi maklumat mutakhir tentang penilaian RSAF terhadap pesawat F-35 kepada media di luar Ex Pitch Black.

Varian lepas landas/pendaratan menegak pesawat F-35B telah diperuntukkan untuk menggantikan F-16 RSAF selepas 2030.
MEJ Zhang berasa kagum dengan keupayaan pesawat F-35 setakat ini.

Keupayaan canggih

Menurut MEJ Zhang F-35 adalah pesawat selinap yang sukar untuk dikesan, dijejaki atau disasarkan oleh mana-mana musuh. Ia dilengkapi senjata termaju dan sensor canggih. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menggabungkan maklumat daripada sensor canggih ini untuk memberikan gambaran holistik kepada juruterbang.

"Pesawat ini benar-benar keupayaan generasi seterusnya," MAJ Zhang, yang merupakan juruterbang pesawat F-16.

Sebuah pesawat USMC F-35B berlepas untuk misi malam di Ex Pitch Black.

"Ia mempunyai keupayaan untuk turut beroperasi secara berkesan dengan platform generasi semasa yang lain," katanya sambil menambah bahawa ini adalah cadangan nilai utama pesawat F-35.

"Akhirnya, keupayaan untuk bertarung secara efektif bukan disebabkan oleh mana-mana platform tunggal - saranan nilai utama pesawat ini masa kini, seperti yang kita sedia maklum, adalah dalam keupayaannya untuk saling beroperasi secara efektif bersama-sama platform generasi semasa yang lain."

Kapten (KPT) Anneliese Satz, juruterbang F-35B dari USMC, yang menjalankan pengisian minyak udara ke udara dengan MRTT RSAF di Ex Pitch Black mengatakan proses itu berjalan lancar.

KPT Satz mempunyai pengalaman luas dalam menerbangkan pesawat F-35B dengan pesawat pejuang RSAF dan MRTT di Ex Pitch Black.

Apabila ditanya apakah kelebihan utama F-35 berbanding pesawat pejuang konvensional, beliau berkata pejuang gen kelima itu lebih berdaya saing terutamanya dalam misi udara-ke-udara, serta udara-ke-permukaan.

"Hanya dengan adanya pesawat yang tersedia untuk kami, ia memberi kami kelebihan yang menyeluruh dalam keupayaan kami, terutamanya apabila bekerja bersama-sama dengan pesawat generasi keempat ataupun pesawat generasi kelima yang lain."

Menilai F-35

RSAF memeterai perjanjian untuk pembelian awal empat pesawat F-35B pada 2020. Semenjak itu, RSAF mempunyai akses kepada maklumat dan kemudahan F-35 yang eksklusif untuk pengguna F-35.

Umpamanya, personel RSAF boleh berlatih tentang simulator fideliti tinggi yang mampu mereplikasi keupayaan sebenar pesawat F-35. Mereka juga mempunyai pertukaran profesional di persidangan dengan para pengguna F-35 di seluruh dunia.

Ini telah membantu RSAF dalam usaha penilaian F-35 sementara menunggu penghantaran pesawat pada 2026.

Menurut MEJ Zhang data daripada latihan simulator itu disokong dengan maklumat daripada pengguna F-35 lain, serta prestasi pesawat daripada latihan seperti Ex Pitch Black.

"Adalah memadai untuk mengatakan, kami berasa puas hati dengan prestasi pesawat itu," katanya.

Apabila ditanya sama ada RSAF telah mengkaji bagaimana pengendali pesawat F-35 lain menggunakan pesawat itu dalam operasi sebenar, MEJ Zhang berkata RSAF tidak ada maklumat sulit, tetapi telah mendengar ulasan yang baik tentang prestasi pesawat itu dalam operasi.

"Kami tidak ada maklumat tambahan tentang perkara itu." Tetapi apa yang kami tahu ialah ia adalah platform tempur yang terbukti dan telah diterbangkan dalam banyak operasi."

Menurut beliau lagi, lebih banyak peluang penilaian akan disediakan dalam beberapa bulan dan tahun akan seterusnya.

"Kami akan meneruskan usaha penilaian kami untuk memastikan kami hanya akan melaksanakan keupayaan yang paling upaya dan kos efektif untuk memenuhi keperluan pertahanan Singapura."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?