RSAF MENANG ANUGERAH DI LATIHAN AS

21mar22_news1_photo1_edited https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/21mar22_news1_photo1_edited3a51993e-5dc2-424a-af5b-56c967a5801e.jpg?sfvrsn=e65509ec_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RSAF-MENANG-ANUGERAH-DI-LATIHAN-AS
RSAF MENANG ANUGERAH DI LATIHAN AS https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RSAF-MENANG-ANUGERAH-DI-LATIHAN-AS
21 Mar 2022 | OPS & TRAINING

RSAF MENANG ANUGERAH DI LATIHAN AS

Ia merupakan tahun kelima berturut-turut RSAF meraih anugerah Unit Selenggaraan Pesawat Cemerlang.

// KISAH THRINA THAM

// FOTO IHSAN RSAF

Pegawai Selenggaraan Kanan RSAF, ME5 Raymond Ng (kiri), menerima anugerah Unit Selenggaraan Pesawat Cemerlang daripada Panglima Skuadron Pejuang 425 USAF, LTC Shawn Walsh.
English 华文
English 华文

Angin kencang yang bertiupan di padang pasir  terbuka dan perubahan suhu yang mendadak pada waktu siang dan malam, adalah sebahagian daripada cabaran yang dihadapi oleh Pakar Tentera (ME) 2 Danko Macgyver semasa Latihan Bendera Merah – Nellis, yang diadakan di Pangkalan Tentera Udara Nellis, di Nevada, Amerika Syarikat (AS).

Beliau adalah di kalangan anggota Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang menyertai latihan antarabangsa berskala besar itu sejak dua minggu yang lalu. Latihan tersebut berakhir pada 18 Mac.

Sebagai Jurutera Tentera Udara, peranan ME2 Danko adalah untuk mengekalkan jet pejuang F-16C/D – sembilan daripadanya dihantarkan untuk latihan tersebut.

Beliau juga ditugaskan secara silang sebagai Ketua Lintasan Penerbangan, untuk melancar dan menerima pesawat pejuang RSAF yang mengambil bahagian dalam pelbagai misi.

Cara menanganinya

"Kami menjalani satu minggu syif lewat malam dan beralih kepada syif siang pada minggu berikutnya. Cuaca sejuk dan tiupan angin semasa syif malam amat sukar dihadapi… pada masa yang sama, ia bertukar menjadi sangat panas dan kering pada waktu siang," kata anggota berusia 32 tahun itu yang mengisahkan pengalaman pertamanya di Exercise Red Flag – Nellis.

Untuk menangani cabaran, anak-anak kapal perlu berdisiplin dalam memenuhi masa pusing balik mereka yang ketat, untuk memastikan semua anggota dapat berehat dengan secukupnya. Ia juga memudahkan tugasan dengan adanya semangat berpasukan yang kuat di kalangan mereka.

Usaha mereka jelas membuahkan hasil: RSAF menerima anugerah Unit Selenggaraan Pesawat Cemerlang  dalam latihan itu –kemenangan kelima yang berturut-turut untuk RSAF.

Ia juga merupakan kemenangan kedua bagi detasmen Peace Carvin II (PC II) RSAF, yang merupakan wakil Singapura untuk tahun ini. Detasmen itu berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Luke, Arizona, AS.

Kerja berpasukan yang erat

"Komunikasi di antara juruterbang dan anak kapal penyenggaraan adalah sangat efisien supaya kami boleh mendapatkan maklum balas yang komprehensif bagi kerja yang perlu dilakukan untuk mengembalikan pesawat kami kepada kebolehkhidmatan (dan bersedia untuk serangan seterusnya)," kata ME2 Danko.

ME2 Danko menjalankan pemeriksaan pra-penerbangan ke atas pesawat. Beliau adalah di antara anggota pasukan yang meraih anugerah Unit Selenggaraan Pesawat Cemerlang.

Secara keseluruhan, latihan itu melibatkan 55 pesawat daripada tiga tentera udara: RSAF, Tentera Udara Diraja Saudi dan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Lebih 100 warga kerja dari detasmen PC II RSAF yang mengambil bahagian latihan tersebut.

Mengasah keupayaan

Menurut Panglima Detasmen PC II RSAF, Leftenan Kolonel (LTC) Jonavan Ang, latihan itu memberi peluang kepada anak kapalnya untuk menyertai senario kompleks dan realistik di peringkat antarabangsa.

"Dalam latihan ini, kami mengatasi tentera udara khusus yang mengguna pesawat pejuang canggih, sistem pertahanan udara dan taktik peperangan elektronik. Latihan sedemikian meningkatkan kebolehan kami untuk saling mempertahankan Singapura," kata LTC Ang, 44.

Menurut beliau lagi, latihan yang disertai RSAF sejak 1982, membolehkan RSAF menanda aras dirinya terhadap tentera udara maju yang lain.

"Ia juga memberi kami peluang juga untuk membina hubungan pertahanan dengan rakan kongsi yang berbeza dan memahami satu sama lain dengan lebih baik," tambahnya.

Krew di lapangan RSAF sedang mengiringi pesawat F-16C. Kedua-dua misi siang dan malam berlangsung sebagai sebahagian daripada latihan dua minggu ini.

Membina kecemerlangan

Bagi juruterbang F-16 Kapten (KPT) Ezor Pang, dilantik sebagai salah seorang Panglima Misi semasa latihan itu adalah antara tanggungjawab terbesar yang dihadapi oleh peserta kali pertama.

Anggota berusia 29 tahun itu dipertanggungjawabkan untuk mengetuai misi malam, melibatkan lebih daripada 40 pesawat daripada ketiga-tiga tentera udara yang mengambil bahagian.

"Kami perlu ada pelan permainan yang tersedia; menyelesaikan isu cegah konflik; sambil menyelaraskan hampir 40 pesawat di ruang langit yang sama, menentang musuh," katanya.

KPT Ezor mengetuai misi malam melibatkan lebih 40 pesawat daripada tiga tentera udara yang mengambil bahagian. Dia dianugerahkan Syiling Kecemerlangan.

KPT Pang mengendalikan tugasannya dengan cemerlang dan dianugerahkan Syiling Kecemerlangan oleh Pengarah Latihan AS. Persiapan yang baik telah membawa kepada peningkatan dalam prestasinya, katanya: "Saya cukup bersedia untuk menyertai Latihan Bendera Merah  – Nellis kerana semua latihan telah dikendalikan oleh skuadron tiga bulan sebelum latihan."

KPT Pang, yang telah berkhidmat dengan PC II selama tiga tahun, menambah: "Ia juga membantu memandangkan saya telah berkawan dengan rakan sejawatan Amerika kami. Oleh itu, kami tidak perlu mengadakan sesi pengenalan dan saya boleh menceritakan rancangan saya kepada mereka."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?