RSAF AKAN MENERUSKAN PELABURAN DALAM KEUPAYAAN & TEKNOLOGI: PANGLIMA TENTERA UDARA

14feb22_news3_herobanner https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14feb22_news3_herobanner.jpg?sfvrsn=e9502936_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RSAF-AKAN-MENERUSKAN-PELABURAN-DALAM-KEUPAYAAN-AMP-TEKNOLOGI-PANGLIMA-TENTERA-UDARA
RSAF AKAN MENERUSKAN PELABURAN DALAM KEUPAYAAN & TEKNOLOGI: PANGLIMA TENTERA UDARA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RSAF-AKAN-MENERUSKAN-PELABURAN-DALAM-KEUPAYAAN-AMP-TEKNOLOGI-PANGLIMA-TENTERA-UDARA
14 Feb 2022 | PEOPLE

RSAF AKAN MENERUSKAN PELABURAN DALAM KEUPAYAAN & TEKNOLOGI: PANGLIMA TENTERA UDARA

Panglima Tentera Udara Mejar Jeneral (MG) Kelvin Khong merenung ke hadapan memikirkan tentang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan mengenang semula tahun lalu, dalam wawancara media di acara Pertunjukan Udara Singapura 2022.

//FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

RSAF akan mengadakan pertunjukan udara dengan jet pejuang F-16C (gambar) dan sepasang helikopter AH-64D Apache pada Pertunjukan Udara Singapura tahun ini.
English 华文
English 华文

Mengorak langkah ke hadapan untuk RSAF

"Kami menghadapi pelbagai spektrum luas ancaman konvensional dan bukan konvensional dan menjangka pertempuran udara masa depan akan ansur berkembang. Memandang ke hadapan, kami akan membangunkan RSAF daripada pelbagai segi yang dinamik – terus melabur dalam keupayaan pertempuran udara konvensional di samping membina keupayaan untuk menangani ancaman yang memuncul. Angkatan Bersenjata Singapura Generasi Seterusnya (SAF) akan menyaksikan SAF menjadi kuasa yang lebih hibrid, dengan integrasi yang lebih meluas merentasi seluruh Perkhidmatan."

Empat Pesawat Pejuang Serangan Bersama F-35B akan dihantar ke SAF sekitar tahun 2026 dan ditempatkan di AS untuk latihan dan penilaian. [Foto: Lockheed Martin]

Jet pejuang generasi ke-5

"Kami menyediakan proses penilaian yang ketat dan rapi dan mengikuti perkembangan pesawat F-35 dengan teliti. Kami akan memastikan pesawat F-35B menepati keperluan kami sebelum menggunanya untuk operasi.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), dalam perundingan mereka dengan MINDEF, memilih Ebbing Air National Guard Base di Fort Smith, Arkansas sebagai lokasi pilihan selaku tuan rumah pesawat pejuang F-35B dan detasmen latihan pejuang F-16 RSAF.

Penempatan bersama pesawat F-35B dan F-16 RSAF akan memaksimumkan peluang untuk latihan bersepadu di antara pesawat pejuang Generasi Ke-4 dan Generasi Ke-5 kami, dan membolehkan latihan dan pertukaran bersama dengan F-35 Tentera Udara AS dan Kor Marin AS.”

Sepanjang tempoh dua minggu dalam Ogos dan September 2021, pesawat RSAF A330 telah membawa lebih 2,000 mangsa untuk dipindahkan dari Qatar ke Jerman dalam misi kemanusiaan.

Kapal tangki terbaru diuji

"Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 RSAF mencapai Keupayaan Pengendalian Penuh pada April 2021 dan telah terbukti sebagai aset yang serba boleh dan bernilai kepada RSAF.

Memandang ke hadapan, kami akan terus meneroka dan mempertingkatkan keupayaan tangki A330-MRTT. Program Smart A330-MRTT dengan Airbus akan membangun, memperakui dan mengendalikan keupayaan Pengisian Bahan Api Udara-ke-Udara Automatik (AAR) serta menambah baik penyelesaian penyenggaraan untuk tangki A330-MRTT.

Pengisian bahan api automatik akan mengurangkan beban kerja operator mengisi bahan api udara, meningkatkan keselamatan dan mengoptimumkan AAR dalam keadaan beroperasi. Ujian sedang diteruskan dan berjalan dengan baik. RSAF akan terus bekerjasama dengan Airbus untuk mencapai pensijilan Smart A330-MRTT."

Helikopter Ch-47F Chinook membuat penampilan pertama dalam Latihan Wallaby tahun lepas, menjalankan operasi pendaratan dan penambahan semula dengan Tangki Kapal Pendaratan RSS Endeavour.

Angkutan berkuasa dari helikopter baharu

"Kami menerima penghantaran Helikopter Angkat Sederhana H225M dan Helikopter Angkat Berat CH-47F pada Mac dan Mei 2021.

Penghantaran awal CH-47F ke Detasmen Helikopter RSAF di Oakey, Australia membolehkan RSAF memanfaatkan ruang udara dan rupa bumi untuk mengendalikan latihan realistik.

Pengoperasian helikopter H225M juga pantas – ia baru-baru ini digunakan untuk latihan anti- keganasan Februari ini, bekerja bersama dengan Pasukan Petugas Operasi Khas SAF untuk menguji respons SAF terhadap senario ancaman.

Dengan pengendalian kedua-dua helikopter yang berterusan, dan penghantaran seterusnya yang bakal diterima secara berperingkat, armada Super Pumas sedia ada dan CH-47D Chinooks yang lebih lama akan ditarik secara berperingkat."

Juruteknik Tentera Udara seperti Prebet Mahdessh a/l Kannan boleh menuntut program belajar sambil kerja dalam diploma Kejuruteraan (Aeroangkasa) di samping mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam perkhidmatan negara.

Menyokong pembangunan insan

"Kami sering meninjau kaedah untuk membantu NSF (Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa) kami. Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah Diploma Belajar Sambil Kerja, yang menyediakan latihan dan pensijilan untuk NSF kami, melengkapkan mereka dengan kemahiran industri semasa mereka berada dalam Perkhidmatan.

Diploma Belajar Sambil Kerja pertama dalam Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat bagi Juruteknik Tentera Udara NSF telah dilancarkan bersama Institut Pendidikan Teknikal pada September 2020. Kami juga melancarkan Diploma Belajar Sambil Kerja dalam Kejuruteraan (Aeroangkasa) dengan Politeknik Temasek pada Oktober 2021. Kami akan terus menyediakan inisiatif-inisiatif seperti berikut dengan lebih meluas pada bila-bila masa yang boleh.

Perintah Latihan Tentera Udara telah menggabungkan VR dan AR dalam sukatan pelajaran latihannya untuk mengakses maklumat dengan mudah dan belajar menyelesaikan tugas berkaitan penyenggaraan dan keselamatan pesawat dengan selamat dan berkesan. [Foto: Facebook Ng Eng Hen]

Kami juga menggunakan kemajuan teknologi untuk mempertingkatkan cara kami melatih dan mengendalikan operasi. Sebagai tambahan kepada teknologi simulasi ketelitian tinggi seperti Jurulatih Misi Udara F-15SG, simulator penerbangan helikopter dan sistem latihan simulator UAV, kami juga memanfaatkan teknologi seperti Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR) untuk menambahbaikkan latihan.

Simulator ini merupakan alatan bernilai yang mampu menjana senario yang sukar untuk direplikasi dengan selamat dalam kehidupan sebenar. Ia menyediakan latihan yang berkualiti dan realistik bagi juruterbang dan golongan wanita kami, untuk membina keyakinan mereka di samping mengasah kemahiran operasi mereka.

Meskipun begitu, latihan terbang secara langsung dan latihan guna tangan adalah suatu keperluan untuk memastikan warga kerja kami mahir untuk beroperasi dalam keadaan misi dunia sebenar demia melindungi langit Singapura.

RSAF meneruskan latihan di luar negara dengan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat. Digambarkan ialah Jurutera Tentera Udara sedang menyediakan amunisi untuk dimuatkan di Exercise Wallaby 2021 di Shoalwater Bay Training Area.

Menyesuaikan latihan di tengah-tengah COVID-19

"Apabila pandemic mula menular di Singapura, RSAF terpaksa bertindak segera dan menyesuaikan latihan dan operasi kami untuk memastikan kami dapat meneruskan misi mempertahankan langit Singapura, 24/7, tanpa menjejaskan kesihatan dan keselamatan warga kerja kami.

Kami segera mengasingkan unit operasi kritikal agar operasi yang kritikal seperti pertahanan udara dan Mencari dan Menyelamat tidak terjejas, (dan)…menyesuaikan dan melaksanakan Langkah-langkah Pengurusan Selamat yang ketat di tempat kerja kami.

RSAF juga meneruskan latihan dan aktiviti penjanaan kuasa di detasmen luar negara kami. Ia adalah termasuk…latihan luar negara berskala besar seperti Exercise Forging Sabre di Mountain Home Air Force Base, Idaho, AS pada September 2021 dan Exercise Wallaby di Shoalwater Bay Training Area, Queensland, Australia dari September hingga Oktober 2021.

Latihan dan latihan luar negara yang utama seperti ini adalah penting bagi RSAF untuk mengurangkan kekangan ruang udara tempatan dan untuk mengasah kemahiran pengendalian dan kesediaan pertempuran udara kami... Latihan di luar negara juga menawarkan peluang kepada kami untuk mengukur keupayaan kami terhadap Tentera-tentera Udara yang terkemuka di seluruh dunia di samping …mengukuhkan penyelarasan dan mengikat hubungan pertahanan yang lebih kukuh.

Pusat Perubatan Pangkalan Udara Tengah ialah pusat perubatan generasi seterusnya yang pertama ciptaan SAF untuk menangani penularan pandemik.

COVID-19 juga telah memperkukuh keperluan untuk memperteguh cara kami beroperasi pada masa depan.  Beberapa ciri telah digabungkan untuk menjadikan kami lebih berdaya tahan semasa pandemik adalah seperti ciri infrastruktur dan teknologi yang sedia pandemik di Pusat Perubatan Pangkalan Udara Tengah adalah termasuk bilik pengasingan dengan sistem pengudaraan yang berasingan untuk mengelakkan pencemaran aliran udara.

Sepanjang pandemik COVID-19, saya menyaksikan juruterbang dan golongan wanita kami berdaya tahan dan amat berkomited terhadap misi kami untuk melindungi langit Singapura.

Setentunya, dua tahun yang lalu merupakan tempoh yang amat sukar dan mencabar, meskipun begitu, sikap anggota pasukan yang berpadu tenaga untuk melengkapkan misi tersebut adalah sesuatu amat menggalakkan. Sambil kami beralih kepada masyarakat yang bertahap endemik COVID-19, kami perlu belajar untuk hidup dengan virus yang wujud di samping memastikan latihan dan operasi kami tidak terjejas."

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.