RSAF, AGENSI RAKAN BERJAYA MENANGANI ANCAMAN UDARA DALAM LATIHAN

11mar22_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/11mar22_news1_photo1.jpg?sfvrsn=f1e4a63f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RSAF-AGENSI-RAKAN-BERJAYA-MENANGANI-ANCAMAN-UDARA-DALAM-LATIHAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/RSAF-AGENSI-RAKAN-BERJAYA-MENANGANI-ANCAMAN-UDARA-DALAM-LATIHAN
RSAF, AGENSI RAKAN BERJAYA MENANGANI ANCAMAN UDARA DALAM LATIHAN
11 Mar 2022 | OPS & TRAINING

RSAF, AGENSI RAKAN BERJAYA MENANGANI ANCAMAN UDARA DALAM LATIHAN

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO CHAI SIAN LIANG

Exercise Vigilant Shield 2022 menyaksikan RSAF dan agensi rakan mengatur respons terlaras dalam menangani ancaman dari udara.

 

Encik Zaqy (berbaju biru) memantau Exercise Vigilant Shield di Pusat Kawalan Trafik Udara Singapura.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menerima maklumat e-mel tanpa nama tentang kemungkinan ancaman bom dalam pesawat awam yang memasuki ruang udara Singapura.

Kemudiannnya, ia memberi amaran kepada Kumpulan Petugas Pertahanan Udara (ADTF) Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), yang menilai situasi dengan segera dan menyediakan pelan respons dengan mengguna kecerdasan buatan dan alatan analisis data.

Dalam masa beberapa minit, sepasang pesawat pejuang F-16C/D bergegas untuk memintas pesawat, yang disyaki telah dirampas.

Semasa respons udara dilaksanakan, sistem dan penderia Pertahanan Udara (GBAD) berpangkalan di darat RSAF seperti Sistem Peluru Berpandu Aster 30 dan RBS 70 berada dalam keadaan siap sedia.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi juga diaktifkan untuk memberi sokongan di darat. Akhirnya, pesawat tersebut berjaya diiring untuk mendarat di Lapangan Terbang Changi.

Inilah senario yang dijalankan semasa Exercise Vigilant Shield pada tahun ini.

Suatu latihan antara agensi yang diterajui RSAF, Exercise Vigilant Shield menguji cara ADTF menyelaras dengan pelbagai agensi untuk menyediakan respons keselamatan yang berkesan terhadap potensi ancaman udara.

Secara purata, ADTF menghadapi lebih daripada 350 ancaman udara yang mencurigakan setiap tahun. Ia membentuk sebahagian daripada Teras Kesediaan Tinggi Angkatan Bersenjata Singapura yang melindungi Singapura daripada pelbagai rangkaian ancaman udara 24/7.

Penyepaduan yang ketat

Menteri Negara Kanan Pertahanan Encik Zaqy Mohamad sedang memerhati latihan yang dijalankan di Pusat Kawalan Trafik Udara Singapura pada 11 Mac.

Beliau memuji kerjasama erat dan integrasi antara RSAF dan pelbagai agensi dalam menangani aktiviti udara yang mencurigakan.

"Saya berasa gembira melihat bagaimana pelbagai agensi sebagai Kerajaan Menyeluruh telah mengintegrasikan operasi mereka dan masih berdaya untuk menangani ancaman yang sedemikian," katanya.

Ditanya tentang perkembangan global seperti perang di Ukraine yang menitikberatkan kepentingan latihan yang dikendalikan, Encik Zaqy berkata kekurangan kedalaman strategik Singapura bermakna perisikan yang kukuh dan mampu melancarkan respons pantas terhadap ancaman adalah lebih penting.

"Singapura berada dalam situasi yang unik. Kami tidak ada (a) kawasan tanah yang luas atau banyak kedalaman, (oleh itu) anda (perlu) membuat keputusan segera apabila pesawat memasuki kawasansempadan kami – secepat mungkin dan apakah respons anda?"

Tambahnya lagi: "Kami akan terus membina keupayaan, kerana anda seringkali melihat perkembangan baharu di kaki langit.

"Oleh yang demikian adalah lebih penting bagi RSAF untuk terus membina kecekapan dan keupayaan ini untuk memastikan agar kami dapat menangani ancaman tersebut dengan terlebih dahulu dan dengan secepat mungkin."

Latihan realistik

Kolonel (KOL) Koh Ee Wen, Panglima ADTF, menyatakan bahawa Exercise Vigilant Shield telah membenarkan ADTF dan rakan-rakannya menjalankan respons pertahanan udara mereka dalam suasana yang realistik.

"Keupayaan untuk terbang dan berlatih di tempat ini adalah penting untuk mengekalkan kesediaan operasi RSAF walaupun di tengah-tengah COVID-19. Kita tidak boleh memandang remeh keamanan dan keselamatan Singapura," katanya.

Pada 2019, MEJ Ang telah diaktifkan untuk memintas SQ423 selepas menerima amaran ancaman bom.

Menurut Juruterbang pejuang Mejar (MEJ) Jireh Ang, latihan tersebut bukan sahaja membolehkan juruterbang mengasah kecekapan mereka, malahan ia juga membantu menguruskan kerisauan mereka ketika berhadapan dengan situasi sebenar.

Dia sendiri secara peribadi boleh mengesahkannya. Pada 2019, beliau merupakan salah seorang daripada dua juruterbang F-16 yang diaktifkan untuk memintas Penerbangan Singapore Airlines 423 (SQ 423) yang masuk dari Mumbai ke Singapura setelah menerima ancaman bom.

Ia berlaku hanya beberapa minggu selepas beliau melengkapkan Exercise Vigilant Shield edisi 2019.

"Kami adalah insan biasa. Dapat menangani kerisauan, dan memahami latihan yang dilalui...benar-benar memberi saya keyakinan untuk menjalankan misi itu dengan berjaya," kata juruterbang yang berusia 36 tahun itu.

Sepasang pesawat F-16 C/D berjaya mengiringi SQ423 untuk mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi. Ancaman bom itu merupakan panggilan bom palsu.

KPT Janarthan (kanan) menguruskan ruang udara semasa latihan.

Bagi KPT S Janarthan, ini adalah kali pertama beliau menyertai latihan itu.

Sebagai Pegawai Perang Udara (Kawalan Trafik Udara), peranannya adalah untuk bekerja rapat dan menyelaras dengan CAAS untuk membersih ruang udara sekitar dengan pantas, dan menjauhkan trafik udara awam yang lain.

"Masa penyelarasan adalah ketat untuk mencegah sebarang konflik ruang udara, dan seterusnya bagi pesawat untuk mendarat," katanya menyentuh tentang cabaran dalam latihan tersebut.

Sambil meringkaskan tentang pengalamannya, pegawai berusia 32 tahun itu berkata: "Pada keseluruhannya, seluruh sistem berfungsi dengan berkesan... (dan) sememangnya rakan-rakan kami mempertahankan langit Singapura dengan sebaik-baikinya."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?