"JEJAKA KERETA KEBAL"!

aug17_fs1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/aug17_fs1.jpg?sfvrsn=67d75c2a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/QUOT-JEJAKA-KERETA-KEBAL-QUOT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/QUOT-JEJAKA-KERETA-KEBAL-QUOT
"JEJAKA KERETA KEBAL"!
01 Aug 2017 | OPS & TRAINING

"JEJAKA KERETA KEBAL"!

// Laporan oleh Ong Hong Tat 

// Gambar oleh Kenneth Lin

Apabila sebuah kereta kebal Leopard 2SG memerlukan sedikit TLC, ia akan menemui juruteknik dari Platun Penyelenggaraan Hadapan ke-48 (48 FMP). Ikuti kisah mereka dalam siri pertama daripada tiga bahagian ini mengenai kerjaya Khidmat Negara yang kurang dikenali.

Apabila anda berhadapan dengan jentera perang sepanjang 10m yang bahagian kelompangnya boleh merobek perisai tentera paling kukuh, anda perlu mengerah segala tenaga anda.

Pada Kereta Kebal Tempur Utama Leopard 2SG, hampir segala-galanya bersaiz lebih besar daripada biasa. 

Seluruh kereta kebal tingginya hampir tiga meter, malah memanjat ke bahagian atasnya memerlukan tangga yang menghiasi bahagian luar kereta kebal. Komponennya biasanya berat dan kereta kebal dipenuhi dengan peralatan elektronik yang canggih.

Menservis 2SG memerlukan ketangkasan fizikal dan mental, serta kerja di 48 FMP bukanlah satu tugas mudah. Juruteknik ini dari kerjaya Penyelenggaraan menyokong Batalion ke-48, Rejimen Bersenjata Singapura yang mengendalikan Leopard 2SG.

Hentian pit

"Tempo di sini adalah tinggi; unit menjalankan banyak latihan dan oleh kerana itu, kami perlu memastikan kereta kebal berfungsi dengan baik," ujar Pakar Tentera (ME) 2 Shamraj Nedumaran, 33. Beliau adalah Pakar Jurulatih Teknikal yang bertanggungjawab menguruskan pasukan yang terdiri daripada 11 anggota.

Selain daripada menyelesaikan masalah kerosakan, pasukan mengendalikan servis rutin untuk memastikan kereta kebal dalam prestasi terbaik untuk bertempur. Ini termasuk menambah bendalir, memeriksa kabel dan keadaan sistem, serta membaiki atau menggantikan bahagian yang rosak.

Jika kereta kebal Leopard 2SG adalah atlet, lelaki dan wanita di 48 FMP Pangkalan Penyelenggaraan Tentera Pertama (1 AMB) adalah ahli fisioterapi, doktor dan pakar bedah.

Juruteknik terbaik

Seorang juruteknik yang bertauliah yang menguruskan Leopard 2SG terlebih dahulu perlu menjalani kursus Latihan Juruteknik Asas (BTT) selama tiga bulan di Institut Teknikal Kejuruteraan Ordnance (OETI), diikuti dengan Kursus Penyelenggaraan Leopard yang dijalankan oleh 1 AMB.

Sebahagian kursus yang dijalankan oleh OETI adalah mengikut piawaian Sijil Pertukangan Kebangsaan, bermaksud graduannya diiktiraf sebagai juruteknik yang bertauliah di peringkat kebangsaan.

"Kursus BTT mengajar kami tentang asas seperti cara menanggalkan dan menggantikan komponen dengan selamat, serta membaca gambar rajah litar," terang Sarjan ke-3 (3SG) Low Jia Rong, 22, Komander Bahagian di 48 FMP. Beliau bekerja mengendalikan casis Leopard 2SG.

Tambah rakan juruteknik casis 3SG Bryan Lim: "Kursus Leopard seterusnya mengajar kami tentang sistem pada kereta kebal, yang agak lebih rumit berbanding dengan platform bersenjata lain."

Kursus Penyelenggaraan Leopard selama enam minggu ini adalah secara amali, di mana pelatih dikehendaki mendiagnos dan memperbaiki kerosakan pada setiap hari. "Latihan cara ini adalah lebih baik kerana kami boleh berlatih sambil kami belajar dan kami menjadi mahir dengan cepat," ujar 3SG Low.

Melepasi ruang pengendali berhawa dingin, bahagian dalam Leopard 2SG mengandungi jaringan hos dan kabel yang mengelirukan bagi mereka yang masih belum mahir tentangnya. Bagi juruteknik terlatih 48 FMP, ia merupakan peta yang sedang menunggu untuk dibaca.

"Salah satu perkara yang paling cerewet untuk dilakukan ialah menggantikan kabel di dalam turet kereta kebal," ujar juruteknik turet Lans Koperal (LCP) Sim Jia Xing, 23.

"Kabel-kabel berselirat di sekeliling turet dan ia agak berat. Ia sukar untuk dialihkan... Anda boleh bayangkan betapa kusutnya kepala apabila kami terpaksa mengeluarkan hanya satu kabel dari wayar yang berselirat itu!"

"Kami sama pentingnya dengan sesiapa sahaja di luar sana yang berada di lapangan; tanpa kamki, kereta kebal tidak boleh bergerak dan krew kereta kebal tidak boleh bertempur." - 3SG Lim

Kerja berat

Bagi juruteknik yang bekerja pada casis kereta kebal (di mana enjin dan kebanyakan komponen mekanikal ditempatkan), menggantikan hos hidraulik mungkin melibatkan penggunaan tenaga kerja paling banyak.

Seperti kabel turet, hos hidraulik dibina teguh. "Ia juga dipotong mengikut panjang sebenar dan diikat dengan ketat, jadi tidak terlalu banyak ruang yang ada apabila mereka mengendalikan bahagian tersebut," ujar 3SG Ryan Sng, 21.

Berpeluh adalah sebahagian daripada kerja, lebih-lebih lagi apabila bekerja di lapangan apabila mereka mengikuti krew kereta kebal keluar untuk latihan. "Ia betul-betul panas dan lembap di dalam kereta kebal; 10 minit dan kami bermandi peluh!" tegas 3SG Lim.

Apabila ditanya faktor yang membuatkan mereka terus bersemangat, LCP Sim menjawab: "Kami mempunyai pengetahuan mendalam ini tentang cara kereta kebal berfungsi, yang masih belum dikuasai oleh krew (yang mengendalikan kereta kebal ini)."

Tambah 3SG Lim: "Diri kami sama pentingnya dengan sesiapa di luar sana yang berada di lapangan; tanpa kami, kereta kebal tidak boleh bergerak dan krew kereta kebal tidak boleh bertempur."

 

Suggested Reading
Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.

ENCIK CHAN MELIHAT LATIHAN KESEDIAAN OPS DALAM LAWATAN PERTAMA KE UNIT SAF SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

Semasa lawatan pertamanya sebagai Menteri Pertahanan, Encik Chan memerhatikan latihan yang dijalankan oleh unit kesediaan tinggi di seluruh Perkhidmatan, serta latihan RSAF yang berterusan.

Feature
NDP 2025 MENJANJIKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG LEBIH BESAR, LEBIH BAIK UNTUK SG60
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula dari Padang hingga Marina Bay dan kawasan kejiranan, dengan kegemaran orang ramai seperti Kontinjen Kenderaan dan sorotan baharu seperti Lompatan Perpaduan oleh Singa Merah dan penyelam tentera laut.

MENCARI KEKUATAN DALAM KESEORANGAN
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

3SG Bai Hong Rui berkongsi kisahnya kembali ke Singapura untuk NS dan bagaimana dia menghadapi perjuangan untuk memulakan perjalanan yang tidak dikenalinya sendiri.

Feature
“IBU HARIMAU” DALAM 203 SQN RSAF
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

ME4 Lucy Apparajoo mungkin tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka di bawah tanggungjawabnya, tetapi dia menjalinkan hubungan rapat dengan mereka melalui penjagaan dan belas kasihannya.

Feature
Melawan raksasa-G
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
OPS & TRAINING
01 Aug 2017

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.