PROGRAM LATIHAN PENINGKATAN KECERGASAN PERKHIDMATAN NS DITERIMA BAIK OLEH ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA

14apr21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14apr21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=942846c9_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PROGRAM-LATIHAN-PENINGKATAN-KECERGASAN-PERKHIDMATAN-NS-DITERIMA-BAIK-OLEH-ANGGOTA-KERAHAN-PERKHIDMATAN-NEGARA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PROGRAM-LATIHAN-PENINGKATAN-KECERGASAN-PERKHIDMATAN-NS-DITERIMA-BAIK-OLEH-ANGGOTA-KERAHAN-PERKHIDMATAN-NEGARA
PROGRAM LATIHAN PENINGKATAN KECERGASAN PERKHIDMATAN NS DITERIMA BAIK OLEH ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA
14 Apr 2021 | OPS & TRAINING

PROGRAM LATIHAN PENINGKATAN KECERGASAN PERKHIDMATAN NS DITERIMA BAIK OLEH ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA

// Kisah Koh Eng Beng

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

LTA (NS) Werry (kiri) menjalani sesi Quick HIIT bersama isterinya, Cik Tseng (tengah), sebagai sebahagian daripada program NS FIT yang baru dilancarkan.

Walaupun tahap kecergasannya mungkin telah menurun selepas setahun menjalani gaya hidup sedentari akibat pandemik COVID-19, tetapi Leftenan (LTA) (NS) William Xin Loong Werry yakin akan mendapat pingat Emas untuk Ujian Kecergasan Jasmani Individu (IPPT) tahun ini.

Alasannya? Isterinya turut berlatih bersamanya

Dia telah mendaftar untuk NS FIT (Latihan Peningkatan Kecergasan Perkhidmatan Negara) – program kecergasan baharu yang memberi pilihan kepada anggota Perkhidmatan Nasional Sedia Beroperasi, atau NSmen, untuk berlatih bersama-sama keluarga dan rakan-rakan di lokasi komuniti di seluruh Singapura.

Kekal cergas bersama-sama keluarga & rakan-rakan

Pasangan ini menjalani sesi pertama pada 13 Apr di ActiveSG park @ Jurong Lake Gardens, menjalani Quick HIIT (Latihan Selang Intensiti Tinggi). Latihan ini menonjolkan latihan intensiti tinggi yang cepat bagi membina kekuatan, daya tahan dan kecergasan aerobik dari semasa ke semasa.

"Dengan adanya dia di sini, mendorong saya untuk berusaha dengan lebih kukuh lagi,” kata anggota berusia 28 tahun itu. Walaupun dia telah lulus IPPTnya beberapa tahun yang lalu, namun kali ini, dia telah memutuskan untuk memperoleh pencapaian yang lebih tinggi.

LTA (NS) Werry telah menggalakkan isterinya, Cik Tess Tseng, untuk menyertainya kerana lokasi latihan tidak jauh dari kediaman mereka di Bukit Batok. Dia bersetuju untuk menyertainya kerana ia membolehkan mereka menghabiskan masa bersama sambil berkongsi pengalaman yang biasa bersama.

Dilancarkan pada 1 April, program NS FIT menawarkan lebih banyak kemudahan dan fleksibiliti kepada Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara untuk menyisipkan latihan berkala ke dalam gaya hidup mereka melalui program kecergasan holistik.

Mereka boleh memilih daripada pelbagai aktiviti latihan di 42 lokasi di seluruh pulau. Tiga gim ActiveSG yang akan datang akan ditambahkan dalam senarai lokasi latihan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 45.

Encik Heng (tiga dari kanan) memerhatikan sesi Quick HIIT di ActiveSG park @ Jurong Lake Gardens.

Tindak balas positif oleh Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How, yang memerhatikan pasangan dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara lain yang menyertai sesi Quick HIIT, menyatakan bahawa program NS FIT telah diterima dengan baik oleh Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.

"Ramai yang mengatakan mereka menetap tidak jauh dari sini. Dan bagi mereka, apa yang menarik minat mereka ialah mereka hanya turun ke taman di kawasan sekitar dan memenuhi keperluan (kecergasan) mereka dengan cara yang amat menyeronokkan," katanya.

Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara menjalani sesi NS FIT di Marina City Gallery @ Marina Bay pada 7 Apr.

Encik Heng juga menyatakan permintaan untuk NS FIT adalah tinggi walaupun baru dilancarkan dua minggu yang lalu.

Dia mengatakan bahawa SAF dan Lembaga Promosi Kesihatan (HPB) akan terus memantau kadar dan maklum balas tempahan NS FIT, dan berikhtiar untuk menambahbaik program ini, seperti menambah jumlah lokasi latihan.

3SG (NS) Ganesh (kiri) menyertai 3SG (NS) Nadarajan (kanan) untuk sesi Quick HIIT untuk menyokong perjalanan kecergasan sepupunya.

Memulakan perjalanan kecergasan mereka bersama

Sarjan ke-3 (3SG) (NS) Prabhu Nadarajan mengalu-alukan kemudahan untuk berlatih berhampiran kediamannya, yang terletak betul-betul bertentangan dengan Taman ActiveSG @ Taman Tasik Jurong. Pegawai berusia 29 tahun itu lulus IPPTnya pada 2019 tetapi gagal tahun lalu. Dia ingin mencapai sekurang-kurangnya Lulus atau mendapat pingat Perak tahun ini.

Apabila ditanya tentang perasaannya setelah menjalani sesi Quick HIIT pertamanya, dia berkata: "Secara peribadi, intensiti malam ini agak tinggi bagi saya kerana lama saya tidak berlatih. Tetapi ia adalah sesuatu yang dapat saya mulakan (untuk meningkatkan pencapaian saya lain kali).”

Di bawah sistem NS FIT baharu, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara hanya perlu lulus IPPT mereka atau melengkapkan 10 sesi NS FIT (termasuk satu percubaan IPPT).

"Saya akan melengkapkan semua baki sembilan sesi, dan saya ingin menjaga kecergasan diri dan kesihatan," tambah 3SG (NS) Nadarajan.

Ahli keluarga dan rakan-rakan boleh menyertai Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara untuk sesi Quick HIIT kerana ini adalah program senaman yang ditawarkan oleh HPB untuk orang ramai.

Sepupunya, 3SG (NS) C. Ganesh, turut menyertainya dalam sesi tersebut. Dengan menyertai sesi NS FIT bersama, 3SG (NS) Ganesh berkata, ia memberi mereka peluang untuk bergaul mesra dan berseronok– sesuatu yang sukar dilakukan memandangkan mereka berada di fasa-fasa kehidupan yang berlainan.

Anggota berusia 30 tahun, yang bekerja sebagai guru Pendidikan Jasmani, juga memberi tanda penerimaan bagi program Quick HIIT.

"Bagi sesesiapa yang belum pernah melalui latihan sedemikian dan menyertainya untuk kali pertama, akan mendapati sesi ini agak menjerihkan. Tetapi selepas beberapa sesi, keadaannya akan bertambah baik, dan setentunya berkesan untuk semua orang."

Di Pusat Penyesuaian Kecergasan, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara boleh memilih daripada pelbagai program yang disediakan seperti latihan khusus IPPT, latihan penurunan berat badan dan latihan berasaskan sukan.

Memanfaatkan sains sukan

Leftenan Kolonel (LTC) Johnson Sim, Pegawai Pemerintah Pusat Kecergasan Askar, Pusat kecemerlangan untuk Prestasi Askar (CESP), mengatakan CESP telah memanfaatkan latihan dan sains sukan untuk merancang pelbagai program NS FIT dengan mempertimbangkan keperluan berlainan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.

Contohnya, litar metabolik dan latihan aerobik di lokasi FIT@Park dan dalam sesi-sesi QUICK HIIT membantu meningkatkan kecergasan keseluruhan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara, manakala Pusat Penyesuaian Kecergasan menawarkan pelbagai program – seperti latihan khusus IPPT, latihan penurunan berat badan, dan latihan berdasarkan sukan – untuk memenuhi pelbagai tahap kecergasan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.

"Kami telah merancang latihan-latihan berasaskan sains sukan, selagi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara menyertai 10 sesi, adalah mencukupi bagi mereka untuk memenuhi standard kecergasan yang diperlukan untuk menjalankan peranan operasi mereka," kata LTC Sim.

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?