PERTAHANAN YANG BERLAINAN

03feb21_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/03feb21_news1-1.jpg?sfvrsn=7ac7ffb2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERTAHANAN-YANG-BERLAINAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERTAHANAN-YANG-BERLAINAN
PERTAHANAN YANG BERLAINAN
03 Feb 2021 | PEOPLE

PERTAHANAN YANG BERLAINAN

// KISAH BENITA TEO

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME4 DEVARAJ

1-UP-B-caption

Sepanjang hidupnya, Pakar Tentera (ME) 4 Devaraj Chandramoorthi menyangka dia akan menjadi peguam, mempertikaikan kes dan membela keadilan.

Tetapi kesemuanya berubah selepas pengajian modul tertentu di University of Liverpool di United Kingdom, di mana dia mengambil ijazah undang-undang. Kursus tentang undang-undang antarabangsa membuka matanya kepada geopolitik dan bagaimana negara menangani ancaman bukan konvensional seperti ancaman siber.

Dia sedar dia ingin memain peranan dalam membantu negara memerangi ancaman tersebut.

ME4 Devaraj (tengah) dan ibu bapanya Encik Subramaniam Chandramoorthi (kiri) dan Puan Michelle Ng (kanan) di majlis tamat kursusnya pada 2018.

Berjiwa masyarakat

Pada masa itu, ME4 Devaraj tidak tahu banyak tentang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Dia menjalani Perkhidmatan Negaranya di Pasukan Polis Singapura.

Ayahnya, Encik Subramaniam Chandramoorthi, pernah menjadi Spesialis Krew Udara di Angkatan Udara Republik Singapura, tetapi dia menyimpan pengalamannya untuk dirinya kerana dia sedar anaknya bercita-cita untuk menjadi peguam.

"Ayah saya bangga kerana saya mahu menjadi peguam, dan dia mahu saya memberi tumpuan untuk mencapai matlamat saya dan tidak mahu mempengaruhi keputusan saya," kata pegawai berusia 27 tahun itu.

ME4 Devaraj (kiri) menerima watikah perlantikan daripada Timbalan Ketua Laksamana Muda C4I Ang Chee Wee di Majlis Pelantikan Pakar Tentera Kanan pada 2 Februari 2021.

Tetapi ME4 Devaraj selalu memiliki semangat untuk perkhidmatan awam dan berminat dalam angkatan tentera.

Setelah modul yang mengubah hidupnya, dia mengambil keputusan untuk berdaftar dengan SAF dan menyertai formasi Komando, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan (C4I) sebagai Pakar Perisikan Tentera.

"Saya berminat dalam bidang seperti keselamatan siber dan cetak rompak. Saya berkongsi visi SAF untuk meramal dan menangani cabaran yang baharu dan dinamik daripada domain konvensional dan bukan konvensional, supaya tetap efektif sebagai kekuatan pertahanan."

Pada mulanya, keluarga dan rakannya terkejut dengan keputusannya, tetapi sejak itu menjadi penyokong terbesar dan tonggak kekuatannya.

ME4 Devaraj bersama ibu bapa dan teman wanitanya, Cik Lee Yen Yin (dua dari kanan), pada Hari Keluarga Pegawai Sekolah Kadet pada 2019. Ahli keluarga dan rakan-rakannya yang terkejut dengan keputusannya untuk menyertai SAF, kini adalah penyokongnya yang paling kuat.

Abang ada di rumah

Walaupun keputusan untuk menukar kerjaya adalah sesuatu yang mudah, namun yang sukar ialah menyesuaikan diri dengan kursus Latihan Asas Tentera (BMT). Berusia 26 tahun ketika mendaftar pada 3 Jul 2019, dia menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan latihan fizikal.

Kata bekas atlet sekolah, yang merupakan pelari pecut dan pemain pedang: "Saya anggap diri saya aktif secara fizikal. Tetapi apabila saya menyertai kursus BMT, sya mendapatinya sukar kerana kecergasan fizikal adalah berlainan dengan kecergasan tempur." Untuk mengekalkan kecergasannya, dia berlatih sendiri semasa keluar dari kem.

Dia juga mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukannya, yang jauh lebih muda daripadanya. Dia mengimbas kembali pada mulanya, apabila rakan seksyennya teragak-agak untuk mendekatinya atau bercakap dengannya kerana jurang usia mereka.

Tetapi dia tidak terkilan: "Untuk bergaul dengan mereka, saya baca tentang apakah aktiviti kegemaran golongan millennial," katanya sambil tergelak. "Saya dapati mereka suka bermain permainan mudah alih, jadi saya berbincang dengan mereka tentangnya, dan (akhirnya) mereka menerima saya."

Sekarang, dia seumpama abang kepada mereka: "Sekarang juga, kami masih saling berhubung. Mereka akan menemui saya untuk mendapatkan nasihat tentang universiti dan kerjaya mereka, dan saya akan berkongsi pengalaman saya dengan mereka. "

ME4 Devaraj (barisan depan, kiri) bersama rakan kursus BMTnya di ‘Passing Out Parade’ mereka pada 7 Sep 2019. Dia telah menjadi abang kepada rakan-rakannya yang lebih muda yang merujuk kepadanya untuk nasihat tentang sekolah dan kerjaya.

Mencari hala tuju diri yang baharu

Walaupun dia mempunyai minat yang mendalam terhadap keselamatan siber dan perisikan tentera, ME4 Devaraj mengakui bahawa ini adalah domain baharu baginya. "Pada mulanya, ia sukar bagi saya kerana saya tidak mempunyai pengetahuan teknikal yang dimiliki oleh rakan-rakan saya," jelasnya.

Tetapi, pengetahuan yang diperoleh setelah bertahun-tahun membaca untuk ijazah undang-undangnya telah memanfaatkannya: "Keketatan undang-undang amat membantu peranan saya sebagai Pakar Perisikan Tentera.

"Saya terpaksa memahami maklumat baharu dengan pantas, mensintesis dan memahaminya dalam masa yang singkat, dan berfikir secara kritis dan analitis. Inilah perihal perisikan tentera."

Bagi mereka yang ingin menukar kerjaya pertengahan untuk menyertai SAF seperti dirinya, dia berharap kisahnya akan menggalakkan mereka untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Walaupun sukar bagi saya untuk menjalani kursus BMT dan sekolah perintah pada usia saya, namun saya masih dapat mengatasinya. Saya berharap saya boleh menjadi teladan kepada sesiapa yang masih ingin menukar kerjayanya."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!