PERSONEL SAF DIIKTIRAF DALAM PERANAN BANTUAN KEBAKARAN BELUKAR, ANTI-KEGANASAN

14nov21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14nov21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=9929d150_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERSONEL-SAF-DIIKTIRAF-DALAM-PERANAN-BANTUAN-KEBAKARAN-BELUKAR-ANTI-KEGANASAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERSONEL-SAF-DIIKTIRAF-DALAM-PERANAN-BANTUAN-KEBAKARAN-BELUKAR-ANTI-KEGANASAN
PERSONEL SAF DIIKTIRAF DALAM PERANAN BANTUAN KEBAKARAN BELUKAR, ANTI-KEGANASAN
14 Dec 2021 | PEOPLE

PERSONEL SAF DIIKTIRAF DALAM PERANAN BANTUAN KEBAKARAN BELUKAR, ANTI-KEGANASAN

KISAH THRINA THAM / FOTO KENNETH LIM & IHSAN RSAF

Seramai 90 Pingat Perkhidmatan Luar Negara dianugerahkan kepada warga kerja Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) atas sumbangan mereka di luar negara.

Dengan kelengkapan dua helikopter CH-47 Chinook, RSAF membantu mengangkut warga kerja dan bekalan semasa operasi bantuan kebakaran belukar di Australia pada 2020.

Ia berlaku pada petang 3 Jan 2020 semasa anggota perkhidmatan negara dan wanita Detasmen Oakey Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Queensland, Australia diaktifkan untuk menyokong bantuan kebakaran belukar tempatan.

Mereka tidak tahu berapa lama pengerahan itu akan bertahan, dan hanya diberi kurang daripada seminggu untuk berpindah dari Queensland ke Victoria.

"Sebaik sahaja kami tiba di teater, kami bergegas untuk memberi bantuan keperluan bersama dengan Angkatan Pertahanan Australia (ADF)," kata Leftenan Kolonel (LTC) Roy Chew, yang pada masa itu merupakan Komander Detasmen Oakey, serta Komander Misi untuk operasi bantuan kebakaran belukar.

(Dari kiri) SSG Ng, LTC Chew dan ME2 Gayathiri diberi pengiktirafan terhadap peranan mereka dalam bantuan kebakaran belukar Australia tahun lepas.

Dengan kelengkapan dua helikopter CH-47 Chinook, anak-anak kapal membantu membawa personel perkhidmatan kecemasan—termasuk askar ADF, pasukan polis dan bomba—untuk menyokong usaha bantuan dan pemindahan orang awam.

Mereka juga mengangkut bekalan udara seperti makanan, bahan api dan penjana kepada komuniti di kawasan pergunungan yang terjejas oleh kebakaran.

Akhirnya, anak-anak kapal tinggal di Victoria selama sebulan untuk menghulurkan bantuan.

"Unit kami berpadu tenaga dengan Rejimen Penerbangan Ke-5 ADF, Skuadron Chinook. Kami menggabungkan sumber kami dan berkongsi bilik operasi bersama dengan mereka, dan ia membolehkan kami berintegrasi lebih rapat dengan mereka sambil mengendalikan misi kami dengan lebih ketat," kata LTC Chew, 44.

Secara keseluruhannya, warga RSAF menghantar lebih kurang 73 tan peralatan pemadam api dan bekalan bantuan, dan mengangkut lebih daripada 260 warga kerja perkhidmatan kecemasan dan orang yang dipindahkan.

Usaha mereka diberi penghargaan di majlis penyampaian Pingat Perkhidmatan Luar Negara SAF yang berlangsung di Kementerian Pertahanan pada 14 Dis.

Sejumlah 71 pingat dianugerahkan kepada personel yang terlibat dalam mengendalikan usaha bantuan kebakaran belukar Australia; manakala 18 pingat lagi dianugerahkan kepada personel yang menyokong usaha gabungan multinasional menentang Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Anggota Tentera Singapura dikerah untuk menyokong usaha gabungan multinasional untuk menentang Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Timur Tengah.

Dalam ucapan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di majlis anugerah itu, beliau menyuarakan rasa terima kasih kepada personel yang terlibat atas dedikasi dan komitmen mereka semasa bertugas di luar negara.

Menurut beliau, usaha padu SAF di Timur Tengah telah berlangsung semenjak 2007 – dengan sumbangannya kepada Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan dari 2007 hingga 2013, dan penyertaannya dalam gabungan multinasional menentang ISIS dari 2014.

"Sepanjang tempoh 13 tahun SAF menghabiskan masa di Afghanistan dan Iraq, kami berjaya membendung gelombang rangkaian keganasan yang semakin meningkat di bahagian dunia kami dan memberi masa kepada SAF untuk membina keupayaannya di sini, walaupun personel lelaki dan wanita di barisan hadapan terlibat secara langsung dengan musuh semasa anda bertugas di sana," kata Dr Ng.

Dr Ng mengucapkan terima kasih kepada penerima Pingat Perkhidmatan Luar Negara atas profesionalisme dan disiplin mereka sepanjang tempoh misi ke luar negara.

Beliau juga memberi penekanan terhadap usaha personel yang membantu Australia menangani kebakaran belukar tahun lepas, yang memusnahkan keluasan tanah yang melebihi 120,000 km per segi.

Dr Ng berkata: "Pada masa itu, Menteri Pertahanan Australia Linda Reynolds secara peribadi menyatakan betapa terharunya mereka dengan bantuan yang kami hulurkan.

"Bukan setakat bantuan yang diberikan oleh anggota detasmen kami di sana. Malahan usaha gigih yang dicurahkan dan bagaimana kami bekerja seolah-olah kebakaran itu berlaku di rumah kami sendiri... Ia meninggalkan kesan yang mendalam pada ADF, dan setentunya, warga Australia secara menyeluruh."

Dr Ng (kanan) menganugerahkan Pingat Perkhidmatan Luar Negara kepada SSG Ng dalam satu majlis pada 14 Dis.

Kepada Jurutera Tentera Udara Pakar Tentera (ME) 2 Gayathiri D/O R Thamilarasu, salah satu cabaran terbesar dalam usaha bantuan kebakaran belukar adalah untuk mengumpulkan sumber bagi penempatan dalam masa yang singkat.

Sebagai pegawai bertugas dalam Peralatan Logistik, dia bukan sahaja bertanggungjawab ke atas kebolehkhidmatan peralatan pesawat, tetapi juga untuk memastikan anak kapal memiliki segala yang diperlukan untuk bertahan selama sebulan.

ME2 Gayathiri, 37 – yang juga mengambil bahagian dalam operasi anti-cetak rompak di Teluk Aden pada 2010 – menyatakan anak-anak kapal telah membuat perhitungan yang teliti untuk semua ini dengan merancang lebih awal untuk memperoleh alat ganti dan bekalan.

"Apabila kami mengendalikan ops seperti ini, kami tidak boleh membuat permintaan untuk alat ganti dan berharap agar ia akan dihantar dalam masa seminggu. Justeru, persiapan yang lengkap dalam menghadapi apa jua situasi sekalipun adalah sangat penting," katanya.

Personel RSAF membantu mengangkut bekalan bantuan kepada orang awam yang menetap di kawasan pergunungan yang terjejas oleh kebakaran.

Bagi rakan sepasukannya Staf Sarjan (SSG) Kelmond Ng, peranannya sebagai Pakar Kru Udara bererti dia memberi penglihatan tambahan kepada juruterbang dalam usaha mencari bahaya atau halangan semasa penerbangan.

Ia amat diperlukan lebih-lebih lagi bila masa penerbangan boleh melarat sehingga lapan jam, dengan penerbangan berturut-turut.

"Kami dicabar dalam keupayaan kami untuk menyesuaikan diri kerana kami terpaksa bekerja mengikut jadual yang sangat ketat, bersama dengan pasukan ADF dan sukarelawan Palang Merah. Kawasan operasi juga bergunung-ganang, dan sentiasa menghadapi bahaya," kata Staf Sarjan yang berusia 27 tahun itu.

Personel RSAF dihadiahkan dengan nota tulisan tangan daripada warga tempatan di Australia, sebagai tanda terima kasih ke atas bantuan yang dihulurkan dalam menangani kebakaran belukar di sana.

SSG Ng, yang juga merupakan penjadual misi, masih ingat tentang misi bekalan bantuan tertentu di mana anak-anak kapal menghantar makanan dan air ke kawasan di sebalik gunung.

"Semasa memunggah kargo bersama personel ADF, tiba-tiba seorang budak perempuan berlari dan memeluk saya. Saya berasa sungguh terharu dan ia menyedarkan saya tentang kepentingan misi kami di sana," katanya.

"Itulah antara peristiwa-peristiwa yang mendorong kami untuk terus bertahan walaupun mengharungi masa penerbangan yang begitu lama dan misi kami."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?