PERKEMBANGAN TERKINI TENTERA LAUT: KAPAL TANPA PEMANDU

10mar21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10mar21_photo1.jpg?sfvrsn=1caaed78_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERKEMBANGAN-TERKINI-TENTERA-LAUT-KAPAL-TANPA-PEMANDU
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERKEMBANGAN-TERKINI-TENTERA-LAUT-KAPAL-TANPA-PEMANDU
PERKEMBANGAN TERKINI TENTERA LAUT: KAPAL TANPA PEMANDU
10 Mar 2021 | OPS & TRAINING

PERKEMBANGAN TERKINI TENTERA LAUT: KAPAL TANPA PEMANDU

// KISAH THRINA THAM

// FOTO CHUA SOON LYE

MAJ Leo (tengah) bersama-sama dua operator sedang menganalisis imej yang ditangkap oleh Sistem Pembuangan Periuk Api K-STER yang dilancarkan dari Kapal USV Langkah Balas Periuk Api, untuk dikenal pasti sebelum meledakan periuk api dalam laut.

Sebuah periuk api telah dikesan dan dikenal pasti di perairan Singapura. Kapal Permukaan Tanpa Pemandu (USV) sedang belayar dan secara berautonomi melancarkan Sistem Pembuangan Periuk Api K-STER (EMDS).

Operator mengawal EMDS dari jarak jauh dari stesen di pantai dan mengarahkannya ke lokasi periuk api.

Pantainya jelas; dan anak kapal menumpukan tepat pada sasarannya. Operator melepaskan EMDS, dan berjaya meledakkan periuk api.

Ujian yang dijalankan oleh Flotila Tentera Laut Republik Singapura (RSN) ke-6 pada 29 Jan menandakan kejayaan peneutralan pertama daripada ancaman simulasi dalam laut oleh USV – jenis pertamanya di dunia.

Pasukan USV Langkah Balas Periuk Api memuat EMDS ke dalam USV semasa pelancaran dan penembakan mereka pada 29 Januari. [Foto ihsan RSN]

Mengorak hala tuju baharu

Perkembangan keupayaan tanpa pemandu ini adalah salah satu bidang fokus utama RSN sebagai sebahagian daripada penyusunan semula baru-baru ini bagi memperkukuh keupayaannya.

Di bawah struktur baharu, Flotila ke-6 akan meneraju pengembangan dan pengerahan kapal permukaan dan kapal dalam laut tanpa pemandu.

Panglima Tentera Laut Laksamana Muda Aaron Beng menjalankan perasmian flotila baru dalam Majlis Perasmian Flotila RSN pada 9 Mac.

Langkah Balas Periuk Api USV ini dapat mengesan periuk api dalam laut melalui sonar.

RSN bekerjasama dengan rakan kongsi – seperti Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan dan Makmal Nasional Sains Pertahanan DSO – untuk menguji dan memperbaik penggunaan kapal tanpa pemandu untuk operasi keselamatan maritim yang melibatkan pembersihan periuk api.

Sebelum ini, semua operasi keselamatan maritim dijalankan oleh kapal pemandu. Contohnya, jika laluan laut perlu dibebaskan daripada ancaman dalam laut seperti periuk api, RSN akan menggunakan Kapal Langkah Balas Periuk Api (MCMV).

Selaras dengan perkembangan teknologi, EMDS diperkenalkan pada 2012 dan dikerah daripada MCMV untuk menjaga jarak di antara kapal dan ancaman.

Dengan pengenalan Kapal USV Langkah Balas Periuk Api (MCM) pada 2017, anak-anak kapal ditempatkan sepenuhnya di darat, jauh daripada ancaman bahaya, sementara USV menyiasat dan meneutralkan ancaman dalam laut.

Pengenalpastian keupayaan tanpa pemandu sebagai kawasan khusus yang diterajui oleh Flotila ke-6 telah membantu MAJ Leo meluaskan lagi kepakaran dalam peranannya.

Menjimatkan masa & tenaga kerja

"Pelancaran EMDS dari kapal tanpa pemandu sememangnya masuk akal kerana ia menjimatkan banyak tenaga dan masa," kata Mejar (MAJ) Sandra Leo, 33, Pegawai Eksekutif Skuadron MCM di Flotila ke-6.

Kini, apabila EMDS dilancarkan daripada salah satu kapal MCM USV, anak kapalnya perlu mengerahkan sistem 50kg secara manual dengan mengguna kren. Dengan kapal MCM USV, EMDS dapat dimuat terlebih dahulu dan dilancarkan secara autonomi.

Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk melancarkan MCM USV dengan EMDS ke laut untuk operasi, manakala MCMV di laut memerlukan selama 30 minit untuk membuat persiapan dan pelancaran.

Penerapan teknologi tanpa pemandu juga mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan untuk operasi tersebut. Seramai tiga orang – seorang Pegawai Buru Periuk Api dan dua operator USV – diperlukan untuk mengendalikan EMDS daripada stesen kawalan tanpa pemandu, berbanding dengan MCMV yang mempunyai 32 anak kapal.

USV Keselamatan Maritim baharu RSN sedang menjalani ujian laut terakhirnya tahun ini.

Daripada capaian jauh kepada autonomi

Selain MCM USV, tentera laut juga menguji penggunaan USV untuk keselamatan maritim untuk melakukan rondaan sepanjang masa serta menyiasat dan memintas kapal yang mencurigakan di perairan Singapura.

Ujian laut bagi kapal USV Keselamatan Maritim pandu kendiri ini akan dilengkapkan pada akhir tahun ini.

Bagi MAJ Leo, mengganggotai projek ini adalah suatu penghormatan: "Ini adalah detik yang mengujakan di Flotila ke-6 – kami melewati batasan dan merealisasikan impian sambil mengukir bab seterusnya dalam perjalanan tanpa pemandu kami."

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?