PERJALANAN 32 KLIK

jan19_fs1-main https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/jan19_fs1-main.jpg?sfvrsn=ab16a010_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERJALANAN-32-KLIK
PERJALANAN 32 KLIK https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERJALANAN-32-KLIK
01 Jan 2019 | OPS & TRAINING

PERJALANAN 32 KLIK

Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang infanteer? PIONEER menyertai kumpulan kadet pakar 37/18 untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai perjalanan mereka dalam memperoleh Lencana Kemahiran Tempur yang didambakan.

// Laporan Benita Teo

 

// Gambar Chua Soon Lye & Chai Sian Liang

English 华文
English 华文

Ia adalah ujian minda, badan dan semangat yang memenatkan.

Latihan navigasi selama dua hari yang panjang, perjalanan sejauh 32 km semalaman, termasuk ujian pengendalian senjata, menyeberang sungai dan menembak - semua ini dan banyak lagi untuk membuktikan yang mereka layak untuk menjadi askar infantri di dalam Angkatan Bersenjata Singapura dan memakai Lencana Kemahiran Tempur mereka dengan bangga.

 


 

12 & 13 SEP 2018

09:53am

Menggunakan peta dan kompas, para kadet bekerjasama untuk mencari jalan keluar melalui laluan hutan Lower Mandai, untuk mencari tempat pemeriksaan. Latihan navigasi bermula pada awal pagi dan tidak berakhir hingga keesokan harinya. Mereka akan menggunakan kemahiran mereka untuk ujian pada 26 September.

"(Apa) yang benar-benar menarik perhatian saya adalah penyediaan untuk menghadapi misi ini, contohnya, kompas dan pacer kita perlu dikalibrasi supaya kita tidak tersesat di dalam lading. (Dengan cara ini) peralatan kami boleh digunakan dengan lebih baik dan dalam jangkamasa yang lama."

QUOTE-B-credit

 

3 OCT 2018

01:54am

Dataran perbarisan di Kem Pasir Laba diubah menjadi dewan peperiksaan luar, di mana kadet pakar diuji tentang pengendalian senjata - kemahiran ini penting yang mesti dimiliki dan disampaikan kepada bakal askar. Di sini, mereka menjalankan latihan I.A. (tindakan segera) dengan menggunakan Rifel Penggempur Singapura 21.

02:41am

3SG Joline Ow (kanan) memasang pelancar bom tangan M203 semasa ujian pengendalian senjata. "Apa yang mendorong saya (dalam kursus) adalah berapa banyak yang saya mahu lencana. Ini penting kerana sebagai seorang infanteer, ini adalah periuk nasi kami - kemahiran tempur dan kecergasan untuk bertempur," kata pemain berusia 29 tahun itu.

"Sebelum ini, kami mempunyai banyak latihan yang membina seperti berbaris sejauh 16km dan 24km. Ini sangat berguna kepada kami."

 

Having completed their tests, the cadets carry on with their march. It is another 8km before they reach the next station — the river crossing.

03:00am

Setelah ujian mereka selesai, para kadet meneruskan perbarisan mereka. Tambahan perjalanan sejauh 8km lagi sebelum mereka sampai ke stesen seterusnya - menyeberangi sungai.

 

 

05:24am

Kadet membantu satu sama lain untuk memeriksa dan memastikan bahawa alat pengapungan mereka dipasang dengan selamat, sebagai persediaan untuk menyeberangi sungai. Pada ketika ini, mereka telah pun berjalan sejauh kira-kira 30km.

06:12am

Di dalam kegelapan: Seorang kadet menyeberang sungai sebelum matahari terbit. Untuk melakukan ini, dia menarik dirinya menggunakan kabel di atas yang terbentang dari satu hujung ke hujung yang lain. Bagi sesetengah orang, ia adalah pada waktu subuh apabila mereka cuba meyeberangi sungai.

 

 

08:23am

Laluan penghabisan: Para kadet duduk untuk taklimat sebelum stesen terakhir mereka – penebakan jarak jauh. Keletihan dari malam yang panjang jelas kelihatan di muka mereka, tetapi mereka bertekad untuk meneruskannya.

09:10am

Tepat pada sasaran! Untuk lulus ujian terakhir, kadet mesti melakukan tembakan yang tepat sekurang-kurangnya lima dari 10 sasaran dari jarak 100m. Hanya dengan itu mereka boleh layak memakai Lencana Kemahiran Pertempuran.

"Saya rasa ini adalah ujian ketahanan mental, jadi sangat penting untuk mempersiapkan diri secara mental, bahkan lebih daripada fizikal ... Pada masa hadapan, akan ada situasi yang sukar bagi saya dan anggota-anggota saya. Mereka akan mencontohi saya, dan jika saya tidak mempunyai daya tahan untuk meneruskannya, mereka juga tidak akan meneruskannya. Saya ingin menjadi sumber inspirasi untuk mereka supaya kami boleh menyelesaikan misi tersebut."

QUOTE-B-credit
Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?