PERBARISAN MESTI DITERUSKAN

05jun20_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05jun20_news1_photo1.jpg?sfvrsn=fbb0567b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERBARISAN-MESTI-DITERUSKAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERBARISAN-MESTI-DITERUSKAN
PERBARISAN MESTI DITERUSKAN
05 Jun 2020 | COMMUNITY

PERBARISAN MESTI DITERUSKAN

// BERITA BENITA TEO

// FOTO IHSAN NDP EXCO & PIONEER PHOTOGRAPHERS

NDP tahun ini akan diteruskan tetapi pada skala yang lebih kecil selaras dengan langkah berjaga-jaga COVID-19. [Foto fail: Mobile column di Padang semasa NDP 2019]

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) menggembleng rakyat Singapura untuk bersatu dalam menghadapi bencana. Kerana itulah penting untuk rakyat mengadaptasi serta meneruskan kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini, "walaupun terpaksa menghadapi kesukaran, dan kerana kita akan menempuh masa-masa yang lebih mencabar pada masa depan", kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Beliau berucap di Parlimen pada 5 Jun ketika menjawab soalan mengenai NDP2020.

NDP pertama yang diadakan pada 1966 berlangsung dalam ketidaktentuan dan ketidakstabilan, ketika Singapura sedang bergelut dengan pelbagai isu sebagai sebuah negara yang baru lahir. Menyaksikan askar, polis, pelajar dan kumpulan beruniform berarak dalam kontinjen; pertunjukan bermandikan cahaya serta bunga api membantu menggembleng semangat serta meningkatkan keyakinan rakyat Singapura.

"Ia menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa walaupun berdepan dengan kesukaran yang amat besar, negara kita tidak akan ditewaskan - negara kita memiliki rakyat yang mampu bangun dan mengatasinya," kata Dr Ng.

"Walaupun mengharungi tahun-tahun yang sukar (seperti kemelesetan global, SARS pada 2003 dan epidemik H1N1 pada 2009), rakyat Singapura memilih untuk meraikan Perarakan Hari Kebangsaan sebagaimana yang kita telah biasa raikan serta bangkit bersama-sama. Berbekalkan optimisme dan harapan yang sedemikian, Singapura telah bangkit dengan lebih kukuh," beliau menambah.

NDP sentiasa menggembleng rakyat dalam masa yang sukar. [Foto fail]

Perbelanjaan berhati-hati serta berberhemah

Berkaitan dengan kebimbangan orang awam bahawa sumber-sumber untuk perayaan ini seharusnya disalurkan untuk perkara-perkara lain, terutamanya dalam menyokong ekonomi dan pekerjaan yang terkesan dengan pandemik, Dr Ng memberi jaminan bahawa format NDP2020 akan mengurangkan bajetnya sekurang-kurangnya sepertiga berbanding tahun-tahun lalu. Penjimatan ini adalah hasil daripada mengurangkan perbelanjaan atas infrastruktur di lokasi seperti di Padang atau The Float @ Marina Bay.

Untuk membolehkan rakyat Singapura menyertai perayaan maya NDP di Padang pada waktu pagi dan Pertunjukan di The Star Performing Arts Centre pada waktu malam, EXCO NDP (Jawatankuasa Eksekutif) akan mengeluarkan "Singapore Together Pack", mengandungi item-item yang boleh digunakan semasa siaran acara ini.

Berdasarkan maklum balas orang awam, EXCO NDP telah memutuskan untuk mengeluarkan pek untuk 80 peratus isi rumah rakyat Singapura dan PR, yang boleh diambil di semua Kelab Komuniti dan pusat Jawatankuasa Penduduk dari 20 Jul. Pengumpulan dijangka akan selesai pada 2 Ogos.

Tempat pengumpulan akan dibuka di mana orang awam boleh memulangkan item-item terpilih (seperti bendera negara jika mereka telah pun menerimanya sebelum ini) untuk diedarkan semula atau digunakan semula.

Pek akan diedarkan kepada kumpulan yang memerlukan oleh sukarelawan bagi membantu semua rakyat Singapura menyertai pengalaman meraikan NDP.

Beg tote Singapore Together Pack boleh dilipat menjadi kantung kecil yang boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah. Ia juga boleh digunakan sebagai beg barang runcit yang boleh digunakan semula. Reka bentuk in telah dihasilkan oleh Zoe Wang Shi Min daripada Perikatan Palsi Serebrum Singapura.

Singapore Together Pack didatangkan dengan beg boleh lipat yang boleh digunakan sebagai beg barang runcit. Ia menggalakkan rakyat Singapura agar kurang bergantung kepada beg sekali guna.

Ia mengandungi 12 item, berbanding 25 item di dalam NDP Funpacks yang biasa diedarkan sebelum ini.

Penerima akan diberikan item kegemaran seperti bendera negara yang boleh kibarkan untuk menunjukkan semangat perpaduan mereka, bendera tangan, tatu muka, dan snek. Buku kecil e-diskaun untuk digunakan dalam talian akan menggantikan buka kecil bercetak yang biasa diberikan sebelum ini.

Terdapat juga item baharu bagi membantu rakyat Singapura menyertai Perarakan dan Pertunjukan dari rumah. Ini termasuk penapis merah yang boleh dipasang pada lampu suluh telefon bagi "momen menerangi suasana", magnet peringatan Singapore Together, dan bendera yang boleh diseterikakan pada topeng muka dan item-item lain untuk menghiasinya.

Disertakan juga kad "Heart for Singaporeā€ bagi menggalakkan rakyat Singapura menyatakan kesanggupan mereka meluangkan masa dan tenaga untuk usaha murni serta melahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan.

Pelajar Rendah 5 Anisah gembira dapat menyumbang kepada NDP 2020 dengan mereka bentuk Singapore Together Pack.

Visi Singapura

Beg ini didatangkan dalam 20 reka bentuk berbeza, setiap satu dicipta oleh pelajar Rendah 5 atau artis daripada Agensi Perkhidmatan Sosial (SSA) yang menyokong orang kurang upaya.

Sepuluh daripada reka bentuk oleh artis adalah berdasarkan karya seni yang mereka hasilkan untuk bahan-bahan NDP dengan kerjasama SG Enable, bagi melahirkan cinta serta impian mereka untuk negara. Reka bentuk tambahan juga boleh didapati pada kad "Our Heart for Singapore" di dalam setiap pek.

Sepuluh reka bentuk oleh pelajar-pelajar Rendah 5 telah disenarai pendek berikutan pertandingan karya seni yang berlangsung semasa tempoh Pemutus Rantaian. Ia telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Sejumlah 1,200 entri telah diterima daripada pelajar-pelajar seluruh negara yang berkongsi harapan mereka untuk Singapura yang lebih kukuh dan bersepadu.

Pelajar Sekolah Perempuan Haig Anisah Faisal merupakan salah seorang daripada pereka bentuk muda yang karya seninya disenarai pendek sebagai salah satu daripada 20 reka bentuk terpilih. Pelajar berusia 11 tahun itu melakarkan gambar lima genggaman menggapai bendera Singapura, yang mengelilingi kata-kata "Bersama, Untuk Singapura yang Lebih Teguh".

"Saya ingin berkongsi bahawa semua rakyat Singapura berdiri teguh dengan gigih untuk memerangi virus ini. Setiap genggaman mewakili sifat kebaikan, keberanian, keyakinan, tidak mementingkan diri sendiri dan optimisme. Saya harap kita akan muncul dengan lebih teguh bersama-sama."

Singapore Together Pack mengandungi 12 item berbanding 20 hingga 25 item semasa NDP yang terdahulu. Ini termasuk item penjagaan seperti topeng muka, termometer dan pensanitasi tangan untuk membantu rakyat Singapura semasa pandemik ini.
Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?